Latest

Thursday, March 01, 2018

Solat Sunat Isyraq


Solat Sunat Isyraq dilakukan sebagai tanda syukur kepada Allah SWT kerana menganugerahkan pada hamba-Nya sehari lagi mengecapi alam ini walaupun dalam hari-hari berlalu kita banyak melakukan dosa.
Solat Sunat Isyraq dua rakaat ini dikerjakan selepas waktu Syuruk iaitu setelah matahari naik anggaran setengah galah (4 hasta atau 1.5 meter), lebih tepatnya kira-kira 12 minit setelah terbit matahari.
Diberi tempoh jarak masa sebegini sejak waktu Syuruk (terbit matahari) adalah supaya ia tidak menyamai orang yang menyembah matahari. Waktu ini juga adalah haram untuk melakukan sebarang solat kerana tanduk syaitan berada di antara matahari.
Dari Abdullah bin ‘Umar r.a.,katanya Rasulullah shallallahu’ alaihi wa sallam bersabda: “Waktu Subuh adalah sejak terbit fajar hingga terbit matahari. Apabila matahari terbit, berhentilah solat kerana dia terbit antara dua tanduk syaitan.” (Hadis Riwayat, Muslim r.a.)
Tempoh masa Solat Sunat Isyraq adalah sangat singkat iaitu 14 minit sahaja (12 minit – 26 minit setelah Syuruk), bersamaan sehingga masuk waktu Dhuha. Oleh itu wajarlah seseorang itu berikhtikaf sebentar selepas solat jemaah Subuh dengan berzikir dan membaca al-Quran sementara menunggu tibanya waktu Isyraq agar tidak terlepas memperolehi fadhilat besarnya.
Keutamaan Solat Isyraq
Dari Anas bin Malik radhiyallahu ‘anhu dia berkata, Rasulullah shallallahu’ alaihi wa sallam bersabda:
مَنْ صَلَّى الْغَدَاةَ فِى جَمَاعَةٍ ثُمَّ قَعَدَ يَذْكُرُ اللَّهَ حَتَّى تَطْلُعَ الشَّمْسُ ثُمَّ صَلَّى رَكْعَتَيْنِ كَانَتْ لَهُ كَأَجْرِ حَجَّةٍ وَعُمْرَةٍ تَامَّةٍ تَامَّةٍ تَامَّةٍ
“Sesiapa solat Subuh berjemaah, kemudian duduk berzikir kepada Allah sehingga naik matahari dan mengerjakan solat dua rakaat (Solat Sunat Isyraq). Maka adalah baginya pahala seperti pahala Haji dan Umrah yang sempurna, sempurna, sempurna.” (Hadis Riwayat, At-Tirmidzi dan , ath-Thabrani r.a.)
Betapa besarnya keutamaan duduk/menetap di tempat solat sesudah Solat Fardhu Subuh berjemaah untuk berzikir kepada Allah SWT sehingga matahari terbit, kemudian itu melakukan solat dua rakaat, sebagaimana ditunjukkan pada hadis agung di atas yang terdapat dalam kitab ‘Tuhfatul ahwadzi’ dan ‘at-Targhib wat tarhib’.
Keterangan Hadis
Keterangan lanjut tentang hadis di atas:
Dalam kitab ‘Bughyatul Mutathawwi’ mencatatkan solat dua rakaat ini sebagai Solat Isyraq (terbitnya matahari) oleh Ibnu Abbas yang waktunya di awal waktu (sebelum) solat dhuha.
Dalam kitab ‘Tuhfatul Ahwadzi’ “… sampai matahari terbit“. diistilah sebagai sehingga matahari terbit dan agak naik setinggi satu tombak. Manakala Syaikh Muhammad bin Shaleh al-Utsaimin dalam “asy-Syarhul mumti'” menyatakan masanya sekitar 12-15 minit selepas matahari terbit kerana Rasulullah shallallahu’ alaihi wa sallam melarang melakukan solat ketika matahari terbit, terbenam dan ketika tegak di tengah-tengah langit. (HR Muslim)
Keutamaan dalam hadis ini lebih dikuatkan dengan perbuatan Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam sendiri, dari Jabir bin Samurah radhiyallahu anhu: “Bahawa Rasulullah shallallahu’ alaihi wa sallam jika selesai melakukan solat subuh, beliau duduk (berzikir) di tempat beliau solat sampai matahari terbit dan meninggi.” (HR Muslim dan at-Tirmidzi)
Keutamaan dalam hadis ini adalah bagi orang yang berzikir kepada Allah SWT di masjid tempat dia bersolat sampai matahari terbit dan tidak bercakap atau melakukan hal-hal yang tidak termasuk zikir kecuali kalau wuduknya batal, maka dia boleh keluar masjid untuk berwuduk dan akan kembali ke masjid.
Maksud “berzikir kepada Allah” dalam hadis ini adalah umum, termasuk membaca al-Quran, membaca zikir di waktu pagi, mahupun zikir-zikir lain yang disyariatkan.
Dalam kitab ‘Tuhfatul Ahwadzi’, pengulangan kata “sempurna” dalam hadis ini adalah sebagai penguat dan penegas, dan bukan bererti mendapat tiga kali pahala haji dan umrah.
Makna “mendapatkan (pahala) seperti pahala haji dan umrah” adalah hanya dalam pahala dan balasan, dan bukan bererti orang yang telah melakukannya tidak wajib lagi untuk melaksanakan ibadah haji dan umrah jika dia mampu.
Jangan lepaskan peluang keemasan yang terhad tempohmya dengan ganjaran luar biasa dari Allah SWT yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

* Panduan Solat Sunat Isyraq ► https://goo.gl/wHIba3
---
Consultant-Speaker-Motivator: www.ahmad-sanusi-husain.com 
Alfalah Consulting - Kuala Lumpur : www.alfalahconsulting.com
Islamic Investment Malaysia: www.islamic-invest-malaysia.com
Pelaburan Unit Amanah Islam: www.unit-amanah-islam.blogspot.my

Perunding Unit Amanah Islam Diperlukan - PMB Investment

Saya menyertai syarikat pengurusan dana Islam, PMB INVESTMENT baru 12 bulan. Alhamdulillah, dalam tempoh ini dapat membentuk 21 perunding di bawah pasukan saya (direct & indirect consultants). Mereka memegang kad kuasa perunding dari FIMM dan di bawah panduan dan kepimpinan saya sebagai Pengurus Agensi di PMB INVESTMENT.
Para perunding di bawah pasukan saya berada di:
KL, Selangor, Kedah, Terengganu, Kelantan, Pahang, Melaka, Sabah & Sarawak.

Jika berminat menjadi perunding unit amanah Islam di bayah payung PMB INVESTMENT, sila hubungi: +6019 234 8786 / www.wasap.my/60192348786 (Ahmad Sanusi - Pengurus Agensi - KL).
Saya akan bimbing anda sehingga menjadi pakar & profesional, insya Allah.

Wednesday, February 28, 2018

PMB INVESTMENT's Shariah Funds - investment solutions that help you grow and manage your wealth based on your needs and risk appetite


Published in The Edge Malaysia - 25 Feb 2018
PMB INVESTMENT's Shariah Funds - investment solutions that help you grow and manage your wealth based on your needs and risk appetite.
Contact your Islamic unit tust consultant:
Ahmad Sanusi
+6019 234 8786
www.wasap.my/60192348786
Consultant/Agency Manager
PMB INVESTMENT
KL

The best deeds

Prophet Muhammad ﷺ said:
"The best of the deeds are the prayer at its proper time and kindness to the parents."


(Hadith, Sahih Muslim, 155)

---
Consultant-Speaker-Motivator: www.ahmad-sanusi-husain.com 
Alfalah Consulting - Kuala Lumpur : www.alfalahconsulting.com
Islamic Investment Malaysia: www.islamic-invest-malaysia.com
Pelaburan Unit Amanah Islam: www.unit-amanah-islam.blogspot.my

Wednesday, February 21, 2018

Asian countries with the best English speakers

Asian countries with the best English speakers

EF English Proficiency Index score in 2016

Malaysia at #2




---
Consultant-Speaker-Motivator: www.ahmad-sanusi-husain.com 
Alfalah Consulting - Kuala Lumpur : www.alfalahconsulting.com
Islamic Investment Malaysia: www.islamic-invest-malaysia.com
Pelaburan Unit Amanah Islam: www.unit-amanah-islam.blogspot.my

Simpanan Shariah KWSP

Ciri-ciri Utama Simpanan Shariah:


  • Semua ahli KWSP tanpa mengira agama, bangsa dan status warganegara boleh memilih Simpanan Shariah
  • Simpanan Shariah diuruskan dan dilaburkan berdasarkan Akad Wakalah
  • Simpanan Shariah diperakukan oleh Jawatankuasa Penasihat Shariah (JKPS)
  • Kadar dividen yang akan diisytiharkan untuk Simpanan Shariah adalah berdasarkan prestasi sebenar pelaburan patuh Syariah yang diuruskan dan dilaburkan oleh KWSP
  • Nota Penting: Ahli KWSP yang memilih Simpanan Shariah tidak boleh membatalkan pilihannya selepas tarikh kuat kuasa dan kembali ke Simpanan Konvensional.

  • Bagaimanakah cara ahli memilih Simpanan Shariah?

  • Ahli perlu menghadirkan diri ke kaunter KWSP untuk membuat permohonan serta menurunkan cap ibu jari bagi tujuan pengesahan identiti ahli.

    Apakah yang perlu dibawa untuk permohonan?

    1
    MyKad / Passport (Bukan Warganegara Malaysia)
    2
    Menghadirkan diri ke kaunter KWSP untuk membuat permohonan serta menurunkan cap ibu jari bagi tujuan pengesahan identiti ahli

    3
    Ahli akan dimaklumkan melalui Notis dan Sistem Pesanan Ringkas (SMS) tidak kurang daripada tujuh (7) hari sebelum tarikh kuat kuasa pilihan



Sumber: www.kwsp.gov.my


---
Consultant-Speaker-Motivator: www.ahmad-sanusi-husain.com 
Alfalah Consulting - Kuala Lumpur : www.alfalahconsulting.com
Islamic Investment Malaysia: www.islamic-invest-malaysia.com
Pelaburan Unit Amanah Islam: www.unit-amanah-islam.blogspot.my

Akaun Emas (Pengeluaran 60 Tahun) - KWSP

Akaun Emas merupakan satu inisiatif penambahbaikan skim KWSP yang diperkenalkan kepada ahli yang telah mencapai umur 55 tahun. Apa-apa caruman yang dikreditkan selepas ahli mencapai umur 55 tahun bermula 1 Januari 2017 hanya boleh dikeluarkan apabila ahli mencapai umur 60 tahun. TIADA lagi sub akaun 1 dan sub akaun 2.

Pengeluaran Umur 60 Tahun (Akaun Emas) adalah skim pengeluaran KWSP yang diperkenalkan bagi membolehkan ahli yang telah mencapai umur 60 tahun mengeluarkan kesemua atau sebahagian simpanan KWSP.

Pengeluaran ini diperkenalkan selaras dengan peningkatan umur persaraan wajib yang diumumkan oleh kerajaan daripada umur 55 tahun kepada umur 60 tahun.

Syarat-syarat permohonan adalah seperti berikut:

  • Mencapai umur 60 tahun
  • Mempunyai simpanan KWSP





Kaedah bayaran yang boleh dipilih adalah seperti berikut:

  • Bayaran kesemua simpanan
  • Bayaran sebahagian simpanan
    • Amaun minimum RM2,000.00
    • Setiap 30 hari dari tarikh permohonan pengeluaran terdahulu
  • Bayaran bulanan
    • Pengeluaran minimum RM3,000.00 iaitu RM 250.00 sebulan untuk sekurang kurangnya 12 bulan
    • Kombinasi Bayaran sebahagian simpanan dan Bayaran bulanan













Ahli perlu hadir di Pejabat KWSP Cawangan dengan membawa:
  • MyKad atau dokumen pengenalan diri lain (bagi tujuan pengesahan identiti pemohon); dan
  • Maklumat akaun bank (bagi tujuan pembayaran)
Permohonan melalui mel perlu mengemukakan dokumen tambahan iaitu:

  • Borang KWSP 9B; dan
  • Salinan dokumen pengenalan diri yang telah disahkan oleh Pegawai Pengesah (Sila rujuk Senarai Semak Dokumen); dan
  • Borang KWSP 3 (Pindaan)








Pengeluaran Umur 60 Tahun (Akaun Emas) TIDAK MEMBATALKAN Pengeluaran Umur 55 Tahun (Akaun 55) sedia ada.
Ahli layak memohon Pengeluaran Umur 55 Tahun bagi simpanan terkumpul yang dipindahkan ke dalam Akaun 55 dengan syarat ahli belum mencapai umur 60 tahun.

Manakala caruman yang diterima selepas umur 55 tahun dalam Akaun Emas hanya boleh dikeluarkan setelah ahli mencapai umur 60 tahun di bawah Pengeluaran Umur 60 Tahun.

Sumber: www.kwsp.gov.my


---
Consultant-Speaker-Motivator: www.ahmad-sanusi-husain.com 
Alfalah Consulting - Kuala Lumpur : www.alfalahconsulting.com
Islamic Investment Malaysia: www.islamic-invest-malaysia.com
Pelaburan Unit Amanah Islam: www.unit-amanah-islam.blogspot.my

PMB Shariah Premier Fund - Salah Satu Dana Yang Diurus oleh PMB Investment

Dana yang memberikan peluang untuk pelabur membuat pelaburan dalam syarikat-syarikat “blue chip”, PMB Shariah Premier Fund berpotensi memberi pertumbuhan modal dalam jangka masa sederhana hingga panjang.
Dana akan dilaburkan dalam mana-mana 50 saham patuh Syariah terbesar dari segi permodalan pasaran (pada masa pembelian) yang tersenarai di Bursa Malaysia.
PMB Shariah Premier Fund terbuka untuk semua golongan yang inginkan pulangan berpatutan dengan toleransi risiko yang sederhana hingga tinggi.
Jumlah pulangan setahun (2017) utk dana PMB Shariah Premier Fund ialah 29.1%.
(Sumber: Lipper for Investment Managenent)
*Pulangan lepas bukan jaminan pulangan masa depan suatu dana unit amanah.
●☆●☆●☆●
Jika berminat:
whatsapp: +60192348786
www.wasap.my/60192348786
Ahmad Sanusi
Consultant/Agency Manager
PMB INVESTMENT - KL



Jaga mata, Jaga mulut, Jaga nafsu


---
Consultant-Speaker-Motivator: www.ahmad-sanusi-husain.com 
Alfalah Consulting - Kuala Lumpur : www.alfalahconsulting.com
Islamic Investment Malaysia: www.islamic-invest-malaysia.com
Pelaburan Unit Amanah Islam: www.unit-amanah-islam.blogspot.my

Words to use instead of "very"


---
Consultant-Speaker-Motivator: www.ahmad-sanusi-husain.com 
Alfalah Consulting - Kuala Lumpur : www.alfalahconsulting.com
Islamic Investment Malaysia: www.islamic-invest-malaysia.com
Pelaburan Unit Amanah Islam: www.unit-amanah-islam.blogspot.my

Please Join my facebook's fan page