Latest

Wednesday, June 07, 2023

Beautiful Makkah 2023

Amalkan 3 Doa Ini Setiap Hari Kiamat

Mendengar Dan Membaca Al-Quran

Kelebihan al-Quran juga bukan hanya bagi mereka yang membacanya, malah mereka yang mendengarnya juga turut beroleh kebaikan.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Sesiapa mendengar (bacaan) satu ayat daripada al-Quran, dia dicatat melakukan amal soleh yang dilipatgandakan. Sesiapa membacanya, maka dia akan mendapat cahaya pada hari kiamat.” (Musnad Imam Ahmad)

Jika membaca dan mendengar al-Quran membolehkan seseorang Muslim mendapat pahala yang cukup besar, apatah lagi jika mampu membaca serta memahami isi kandungannya.

Di dalam al-Quran itu banyak terkandung segala perintah, amaran, larangan serta nasihat. Sekiranya membaca ayat yang menceritakan keagungan Allah SWT, maka kita perlu baca dengan sepenuh rasa kekaguman.

Apabila membaca ayat ancaman daripada Allah SWT, kita perlu menghadirkan rasa kerisauan serta memohon pengampunan daripada-Nya dengan penuh pengharapan.

Sehubungan itu, walaupun sekadar membaca al-Quran dan tidak termasuk lagi memahami isi kandungannya, Allah SWT tetap menyediakan pahala yang melimpah ruah kepada golongan itu.

Rasulullah SAW bersabda bermaksud: “Sesiapa membaca satu huruf daripada al-Quran maka dia melakukan satu kebajikan. Dan satu kebajikan itu dilipatgandakan sepuluh kali. Saya tidak mengatakan Alif Lam Mim itu satu huruf, tetapi Alif itu satu huruf, Lam satu huruf dan Mim satu huruf.” (Riwayat At-Tirmizi)

Jika ada yang membaca dalam keadaan sukar, kata Nabi SAW, golongan itu akan mendapat dua kali ganjaran pahala.

Aisyah menyatakan, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Orang yang membaca al-Quran dan menjaganya (membacanya dengan betul dan mengamalkannya) akan bersama para malaikat yang mulia. Adapun orang yang membaca al-Quran dengan sungguh-sungguh dan mengalami kesulitan, dia akan mendapat dua pahala.” (Sahih Bukhari dan Muslim)

Istiqamah Membaca Al-Quran Setiap Hari

Istiqamah Membaca Al-Quran Setiap Hari

Dalam satu hadis daripada Abu Umamah al-Bahili, beliau berkata: Aku pernah mendengar Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: 
"Bacalah al-Quran kerana al-Quran itu akan memberi syafaat kepada pembacanya di akhirat kelak. Dan bacalah Az Zahrawain iaitu Surah Al-Baqarah dan Ali Imran kerana kedua-dua surah itu akan datang pada hari kiamat, seolah-olah kedua-duanya bagai sekelompok awan atau payung yang menaungi, atau dua kelompok burung yang mengembangkan sayapnya. Kedua-duanya akan membela pembacanya pada hari kiamat.” 
[Hadis riwayat Imam Ahmad]

Hadis berkenaan bukan ditujukan buat golongan yang menghafal al-Quran. Sebaliknya, seruan motivasi itu adalah buat insan yang sentiasa menjadikan bacaan al-Quran sebagai aktiviti harian yang mesti dilaksanakan.

Empat Soalan Pada Hari Kiamat

Empat Soalan Pada Hari Kiamat

1. Umur
2. Ilmu
3. Harta
4. Tubuh 

Daripada Abu Barzah Al Aslami berkata: Rasulullah SAW bersabda: 
"Kedua telapak kaki seorang hamba tidak akan berganjak pada hari kiamat sehingga dia ditanya tentang umurnya untuk apa dihabiskan, tentang ilmunya untuk apa dia amalkan, tentang hartanya dari mana dia peroleh dan kemana dibelanjakan dan tentang tubuhnya untuk apa digunakan." 

(Hadis Riwayat Imam Tirmizi, No. 2341,  Status Hadis Sahih)

۞ اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ ۞

Hubungi saya untuk melabur dalam 19 dana patuh Syariah yang diuruskan PMB INVESTMENT


Hubungi saya untuk melabur dalam 19 dana patuh Syariah yang diuruskan PMB INVESTMENT di 60192348786.
www.wasap.my/60192348786/DanaPatuhSyariahPMBinvestment

*Pulangan bagi tempoh 3 tahun untuk tempoh yang dinyatakan.
*Pulangan lepas bukan jaminan prestasi masa depan suatu dana unit amanah.
*Untuk warga dan residen Malaysia sahaja 🇲🇾

Allah tidak akan mengecewakan tangan yang diangkat untuk memohon kepada-Nya

Please Join my facebook's fan page