Penyebab Masuk Syurga Atau Masuk Neraka
Daripada Abu Hurairah RA dia berkata; Nabi SAW pernah ditanya; "Perkara apa yang banyak menyebabkan orang masuk syurga?" Baginda menjawab: "Taqwa kepada Allah dan akhlak yang mulia." Baginda di tanya lagi; "Perkara apa yang banyak menyebabkan orang masuk neraka?" baginda menjawab: "Dua rongga yang terbuka iaitu mulut dan kemaluan."
[Hadis riwayat Imam Ibnu Majah (4236)] Status: Hadis Hasan
۞ اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ ۞