Membaca Istirja' dan Doa Ketika Musibah
ุฃُู
َّ ุณََูู
َุฉَ ุฒَْูุฌَ ุงَّููุจِِّู ุตََّูู ุงَُّููู ุนََِْููู َูุณََّูู
َ ุชَُُููู ุณَู
ِุนْุชُ ุฑَุณَُูู ุงَِّููู ุตََّูู ุงَُّููู ุนََِْููู َูุณََّูู
َ َُُูููู ู
َุง ู
ِْู ุนَุจْุฏٍ ุชُุตِูุจُُู ู
ُุตِูุจَุฉٌ ََُُููููู ุฅَِّูุง َِِّููู َูุฅَِّูุง ุฅَِِْููู ุฑَุงุฌِุนَُูู ุงُูููู
َّ ุฃْุฌُุฑِْูู ِูู ู
ُุตِูุจَุชِู َูุฃَุฎِْْูู ِูู ุฎَْูุฑًุง ู
َِْููุง ุฅَِّูุง ุฃَุฌَุฑَُู ุงُููู ِูู ู
ُุตِูุจَุชِِู َูุฃَุฎََْูู َُูู ุฎَْูุฑًุง ู
َِْููุง
Daripada Ummul Mukminin, Ummu Salamah isteri Nabi SAW bahawa Rasulullah SAW bersabda: Tiada daripada kalangan hamba (Allah) yang ditimpa suatu musibah, kemudian mengucapkan: “Innฤ lillฤhi wa innฤ ilaihi rฤjiสฟun (Sesungguhnya kami milik Allah dan pastinya kami akan kembali kepada-Nya), Ya Allah! Aku mohon agar kurniakanlah ganjaran pada musibahku ini, dan berikanlah ganti yang lebih baik daripada musibah ini,” melainkan Allah akan memberikan pahala kepadanya kerana musibah itu dan menggantikan yang lebih baik.” (HR Muslim No: 918) Status: Hadis Sahih
Pengajaran:
1. Musibah adalah ujian yang didatangkan oleh Allah kepada kita dalam bentuk kesusahan, kesakitan, dukacita seperti kematian, banjir, kesempitan kewangan dan sebagainya.
2. Bersabar terhadap segala musibah yang menimpa adalah tuntutan kepada setiap Muslim.
3. Musibah yang menimpa seorang mukmin mempunyai banyak hikmahnya antaranya bertujuan untuk menghapuskan dosa dan meningkatkan pahala.
4. Muslim yang menerima musibah seperti banjir, kemalangan, kesakitan, kerugian, masalah kewangan dan sebagainya, disunatkan agar mengucapkan kalimah istirja dan doa yang diajar oleh Rasulullah SAW:
ุฅَِّูุง َِِّููู َูุฅَِّูุง ุฅَِِْููู ุฑَุงุฌِุนَُูู . ุงَُّูููู
َّ ุฃْุฌُุฑِْูู ِูู ู
ُุตِูุจَุชِู َูุฃَุฎِْْูู ِูู ุฎَْูุฑًุง ู
َِْููุง
“Sesungguhnya kami milik Allah dan pastinya kami akan kembali kepada-Nya, Ya Allah! Aku mohon agar kurniakanlah ganjaran pada musibahku ini, dan berikanlah ganti yang lebih baik daripada musibah ini”.
5. Orang yang membaca kalimah istirja dan doa diatas apabila menerima musibah akan diberi gantian yang lebih baik antaranya pahala di sisi Allah diatas kesabarannya serta pengampunan dosa.
6. Sebagai Muslim, kita perlu meyakini bahawa setiap yang berlaku terdapat didalamnya hikmah tertentu.