Latest

Tuesday, June 04, 2024

Maksiat

Maksiat

Maksiat bukan terhad kepada minum arak, berjudi, mencuri, menfitnah, melakukan syirik dll.

Amalan rasuah, makan riba juga termasuk dalam perbuatan maksiat yang mendatangkan dosa. Ramai yang tidak melihat amalan R&R (rasuah dan riba) sebagai maksiat dan bergelumang dengannya seperti amalan biasa harian yang tidak berdosa.

Maksiat adalah perbuatan mengingkari perintah yang ditetapkan oleh Allah SWT. Setiap Muslim diingatkan agar menjauhkan diri daripada melakukan pebuatan maksiat kerana ia bukan sahaja mengundang dosa dan kemurkaan Allah SWT, tetapi juga memberikan banyak kesan mudarat kepada diri dan kehidupan.

Janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah


Janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah

قُلۡ يَٰعِبَادِيَ ٱلَّذِينَ أَسۡرَفُواْ عَلَىٰٓ أَنفُسِهِمۡ لَا تَقۡنَطُواْ مِن رَّحۡمَةِ ٱللَّهِ ۚ إِنَّ ٱللَّهَ يَغۡفِرُ ٱلذُّنُوبَ جَمِيعًا ۚ إِنَّهُۥ هُوَ ٱلۡغَفُورُ ٱلرَّحِيمُ

Katakanlah (wahai Muhammad): "Wahai hamba-hambaKu yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa; sesungguhnya Dia lah jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.

(Quran; Surah Az-Zumar 39: Ayat 53)

#Quran #AlQuran #SurahAzZumar #Surah39 #surah39ayat53

Tarikh-tarikh Penting Zulhijjah 1445H

TARIKH-TARIKH PENTING ZULHIJJAH

1 Zulhijjah = 8 Jun 2024 (Lepas Maghrib 7hb Jun - Disunatkan tidak memotong kuku, rambut dll bagi peserta Qurban)
2 Zulhijjah = 9 Jun 2024
3 Zulhijjah = 10 Jun 2024
4 Zulhijjah = 11 Jun 2024
5 Zulhijjah = 12 Jun 2024
6 Zulhijjah = 13 Jun 2024
7 Zulhijjah = 14 Jun 2024
8 Zulhijjah = 15 Jun 2024
9 Zulhijjah = 16 Jun 2024

💚 TARIKH SUNAT BERPUASA :
8 Jun hingga 16 Jun 2024,
Sunat untuk berpuasa dan perbanyakkan amal soleh kerana pahalanya akan dilipat gandakan.

✅ Puasa Tarwiyah 8 Zulhijjah = 15 Jun 2024

✅ Puasa Arafah 9 Zulhijjah = 16 Jun 2024

⛔️ TARIKH HARAM BERPUASA :
Hari Raya Haji dan Hari Tasyrik

10 Zulhijjah = 17 Jun 2024
11 Zulhijjah = 18 Jun 2024
12 Zulhijjah = 19 Jun 2024
13 Zulhijjah = 20 Jun 2024

Please follow my TikTok | TT @a_sanusi_h | Thank you. Terima kasih

10 Hari Yang Paling Dicintai Allah | 10 Hari Awal Bulan Zulhijjah


10 Hari Yang Paling Dicintai Allah | 10 Hari Awal Bulan Zulhijjah

Rasulullah s.a.w pernah menggambarkan bahawa amalan soleh pada 10 hari awal bulan Zulhijjah itu lebih dicintai Allah berbanding hari-hari lain. Rasulullah SAW bersabda:

مَا مِنْ أَيَّامٍ أَعْظَمُ عِنْدَ اللهِ، وَلَا أَحَبُّ إِلَيْهِ مِنَ الْعَمَلِ فِيهِنَّ مِنْ هَذِهِ الْأَيَّامِ الْعَشْرِ فَأَكْثِرُوا فِيهِنَّ مِنَ التَّهْلِيلِ، وَالتَّكْبِيرِ، وَالتَّحْمِيدِ

"Tiada hari yang lebih mulia di sisi Allah dan amalan soleh lebih dicintai Allah berbanding 10 hari ini (10 hari awal bulan Zulhijjah). Maka perbanyaklah tahlil, takbir dan tahmid."

(Hadis Riwayat Imam Ahmad, no. 5446, dinilai sebagai hadis sahih oleh Syeikh al-Arnaut)

Ayuh perbanyak amal soleh pada 10 hari awal Zulhijjah.

Semoga Allah menerima amalan kita.

#Zulhijjah #Haji #Sunnah #Hadis #Hadith #MusnadAhmad

Quran; Surah Al-An'am 6: Ayat 152


Allah Subhanahu Wa Ta'ala berfirman:

وَلَا تَقۡرَبُواْ مَالَ ٱلۡيَتِيمِ إِلَّا بِٱلَّتِي هِيَ أَحۡسَنُ حَتَّىٰ يَبۡلُغَ أَشُدَّهُۥ ۚ وَأَوۡفُواْ ٱلۡكَيۡلَ وَٱلۡمِيزَانَ بِٱلۡقِسۡطِ ۖ لَا نُكَلِّفُ نَفۡسًا إِلَّا وُسۡعَهَا ۖ وَإِذَا قُلۡتُمۡ فَٱعۡدِلُواْ وَلَوۡ كَانَ ذَا قُرۡبَىٰ ۖ وَبِعَهۡدِ ٱللَّهِ أَوۡفُواْ ۚ ذَٰلِكُمۡ وَصَّىٰكُم بِهِۦ لَعَلَّكُمۡ تَذَكَّرُونَ

"Dan janganlah kamu hampiri harta anak yatim melainkan dengan cara yang baik (untuk mengawal dan mengembangkannya), sehingga ia baligh (dewasa, serta layak mengurus hartanya dengan sendiri); dan sempurnakanlah segala sukatan dan timbangan dengan adil". - Kami tidak memberatkan seseorang dengan kewajipan melainkan sekadar kesanggupannya - "dan apabila kamu mengatakan sesuatu (semasa membuat apa-apa keterangan) maka hendaklah kamu berlaku adil, sekalipun orang itu ada hubungan kerabat (dengan kamu); dan perjanjian (perintah-perintah) Allah hendaklah kamu sempurnakan. Dengan yang demikian itulah Allah perintahkan kamu, supaya kamu beringat (mematuhiNya)".

(Quran; Surah Al-An'am 6: Ayat 152)

#Quran #SurahAlAnam #Surah6 #surah6ayat152

Solat Tahajjud dan Doa Selepas Solat Tahajjud

Please Join my facebook's fan page