Surah Aali-‘Imran, ayat 173:
Maksudnya: “ Cukuplah Allah untuk ( menolong ) kami, dan Ia sebaik-baik pengurus ( yang terserah kepada-Nya segala urusan kami ).”
Keterangan ayat:
Menurut al-Imam al-Bukhari, Ibn al-Munzir, al-Hakim dan al-Baihaqi, daripada Ibn Abbas berkata bahawa doa ini merupakan kalimah yang terakhir diucapkan oleh Nabi Ibrahim a.s. sebelum dicampakkan ke dalam api. Ia juga diucapkan oleh Nabi Muhammad s.a.w. ketika golongan kafir menakut-nakutkan nabi tentang tentera bersekutu yang akan menyerang Nabi s.a.w. (Tafsir al-Fakhrurrazi, tafsir ayat 173, surah Ali-Imran)
Khasiat dan Kaifiat Beramal:
Amalkan membaca zikir ini apabila berhadapan dengan suasana yang menakutkan atau ketika menghadapi tekanan atau stress.
---