Latest

Friday, April 14, 2023

Mustajabnya Doa Petang Jumaat Ramadan

Zikir Yang Paling Disukai Allah


Zikir Yang Paling Disukai Allah

Empat (4) ucapan (zikir) yang paling disukai Allah SWT

‎سُبْحَانَ اللَّهِ
Maha Suci Allah
‎وَالْحَمْدُ لِلَّهِ
Segala Puji Bagi Allah
‎وَلاَ إِلَهَ إِلاَّ اللَّهُ
Tiada Tuhan Selain Allah
‎وَاللَّهُ أَكْبَرُ
Allah Maha Besar

(Sahih Muslim, 2137)

Jom perbanyakkan bacaan zikir ini selepas solat atau setiap masa seberapa banyak yang mungkin.

Semoga lidah kita sentiasa basah dengan bertasbih, bertahmid, bertahlil dan bertakbir setiap masa.

Doa Ketika Selesai Membaca Al-Quran

Doa Tambahan Untuk Lailatul Qadr


Doa Tambahan Untuk Lailatul Qadr

Ya Allah, jika malam ini adalah Lailatul Qadr, maka bahagikanlah untukku kebaikan padanya yang Engkau bahagikan, dan kurniakanlah kesudahan untukku pada ketentuan-Mu kesudahan yang terbaik, dan kurniakan kesudahan kebahagiaan untukku pada apa yang Engkau sudahkan. Ya Allah jadikanlah namaku, keturunanku, pada malam ini, di kalangan yang berbahagia, rohku bersama syuhada’, kebaikanku bersama ‘illiyyin, keburukanku diampunkan. Ya Allah pada malam ini bukakanlah untukku pintu segala kebaikan, yang Engkau bukakan untuk sesiapa di kalangan hamba-Mu, para kekasihmu, orang yang taat pada-Mu. Janganlah tutup ia daripadaku. Rezekikanku rezeki yang Engkau cucuriku dengannya daripada rezeki yang baik lagi halal. Ya Allah apa yang Engkau bahagikan pada malam yang berkat ini, kebaikan, keafiatan, kesihatan, keselamatan, keluasan rezeki, jadikanlah aku di kalangan yang memperolehinya.

Doa Memohon Kebaikan Dalam Segala Hal Yang Pernah Diminta Nabi ﷺ

Upcoming Events on Islamic Finance, Wealth Management, Business, Management, Motivational Alfalah Consulting, KL-Malaysia: www.alfalahconsulting.com

Please Join my facebook's fan page