Latest

Sunday, November 26, 2023

Persaudaraan Islam dan Hak Muslim

Persaudaraan Islam dan Hak Muslim

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لَا تَحَاسَدُوا وَلَا تَنَاجَشُوا وَلَا تَبَاغَضُوا وَلَا تَدَابَرُوا وَلَا يَبِعْ بَعْضُكُمْ عَلَى بَيْعِ بَعْضٍ وَكُونُوا عِبَادَ اللَّهِ إِخْوَانًا الْمُسْلِمُ أَخُو الْمُسْلِمِ لَا يَظْلِمُهُ وَلَا يَخْذُلُهُ وَلَا يَحْقِرُهُ التَّقْوَى هَاهُنَا وَيُشِيرُ إِلَى صَدْرِهِ ثَلَاثَ مَرَّاتٍ بِحَسْبِ امْرِئٍ مِنْ الشَّرِّ أَنْ يَحْقِرَ أَخَاهُ الْمُسْلِمَ كُلُّ الْمُسْلِمِ عَلَى الْمُسْلِمِ حَرَامٌ دَمُهُ وَمَالُهُ وَعِرْضُهُ

Daripada Abu Hurairah RA dia berkata; Rasulullah SAW bersabda: ‘Janganlah kalian saling mendengki, saling memfitnah, saling membenci, dan saling memusuhi. Janganlah ada seseorang di antara kalian yang berjual beli sesuatu yang masih dalam penawaran muslim lainnya dan jadilah kalian hamba-hamba Allah yang saling bersaudara. Muslim yang satu dengan muslim yang lainnya adalah bersaudara tidak boleh menyakiti, merendahkan, ataupun menghina. Takwa itu ada di sini (Rasulullah menunjuk dadanya), Baginda mengucapkannya sebanyak tiga kali. Seseorang telah dianggap berbuat jahat apabila ia menghina saudaranya sesama muslim. Muslim yang satu dengan yang Iainnya haram darahnya, hartanya, dan kehormatannya.”

(Hadis Riwayat Muslim No: 4650)
Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

1.  Islam melarang umatnya berakhlak buruk antaranya: 

a.  Mendengki
b.  Memfitnah
c.  Membenci
d.  Memusuhi
e.  Membeli sesuatu yang telah dibeli atau dijanjikan kepada orang lain

2.  Setiap Muslim adalah bersaudara. Muslim dilarang berbuat zalim dengan Muslim yang lain sama ada dengan perbuatan, lisan mahupun tulisan antaranya dengan cara:

a.  Menyakiti
b.  Merendahkan
c.  Menghina

3.  Takwa itu di dada (rasa taat dan patuh kepada Allah itu terletak di dalam hati)

4.  Seseorang Muslim dianggap berbuat jahat apabila ia menghina saudaranya sesama muslim. 

5.  Penghinaan  boleh berlaku apabila seseorang meremeh, memperlekeh juga merendahkan orang lain sama ada dengan perkataan, tulisan atau perbuatan termasuk kesalahan mereka. Penghinaan ini adalah bentuk sifat sombong dan bangga diri serta menganggap dirinya lebih mulia dari orang tesebut.

6.  Muslim sesama Muslim dilarang:

a.  Menumpahkan darah sesama Muslim
b.  Menzalimi hartanya
c.  Merendahkan kehormatannya

Dalam kita membina sebuah masyarakat dan negara yang harmoni, marilah kita memelihara hak saudara Muslim sebagai tanda kita menyayangi mereka. Jauhilah berakhlak buruk terhadap Muslim yang lain serta tidak menzaliminya.

Doa Mohon Kebaikan Di Dunia dan Di Akhirat

Amalan-amalan semasa Qiyamullail

Amalan-amalan semasa Qiyamullail:

i) Solat  tahajjud.

“dan bangunlah pada sebahagian dari waktu malam dan kerjakanlah solat tahajjud sebagai solat tambahan bagimu. Semoga tuhanmu membangkit dan menempatkanmu pada hari qiamat di tempat yang terpuji.” (Surah Al-Isra’, ayat 79)

“Sebaik-baik solat selain daripada solat fardhu ialah solat malam.” (Sahih Muslim)

ii) Solat taubat, istikharah, hajat, witir dan solat-solat sunat yang lain.
iii) Berzikir, berselawat, berdoa.
iv) Membaca al-Quran.
v) Amalan-amalan lain seperti muhasabah dan memikirkan keagungan dan kekuasaan Allah.

Istighfar


Istighfar

أَسْتَغْفِرُ اللَّهَ الْعَظِيمَ الَّذِي لاَ إِلَهَ إِلاَّ هُوَ الْحَيَّ الْقَيُّومَ وَأَتُوبُ إِلَيْهِ

Please Join my facebook's fan page