Latest

Friday, June 28, 2024

Sunnah Hari Jumaat

Sunnah Hari Jumaat

1. Berselawat kepada Nabi Muhammad s.a.w

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: "Perbanyaklah selawat kepadaku di hari Jumaat dan malam Jumaat. Barangsiapa membaca selawat untukku satu kali, maka Allah berselawat (memberi rahmat) kepadanya sepuluh kali."
(Hadis hasan, lihat : As-Sahihah Mukhtasarah (lll/397, Asy-Syamilah)

2. Membaca Surah Al-Kahfi

Membaca surah al-Kahfi ini antara surah yang menjadi pilihan kerana mempunyai pelbagai kelebihan yang boleh kita dapati, antaranya ialah dapat menghindarkan diri kita daripada fitnah Dajal dan pelbagai lagi.
“Sesiapa yang membaca surah al-Kahfi pada hari Jumaat nescaya akan diterangkannya dengan satu cahaya di antara dua Jumaat.” 
(Hadis riwayat an-Nasaei, al-Baihaqi dan al-Hakim)

Please Join my facebook's fan page