SELAWAT
Perkataan Selawat atau Salawat (Arab: الصلوات ) diambil dari perkataan solat (Arab: الصلاة ), beerti doa, pujian.
Menurut istilah Kamus Bahasa Melayu, selawat ditakrifkan sebagai; "doa kepada Tuhan supaya dilimpahkan rahmat atas Nabi Muhammad ﷺ.
Ibnu Kathir berkata dalam tafsirnya yang meriwayatkan dari Al-Bukhari, telah berkata Abu `Aliyah:
Selawat Allah subhanahu wata`ala ialah pujian-Nya di sisi para Malaikat. Dan Selawat Malaikat ialah doa. Dan Selawat orang Mukmin ialah memohon rahmat kepada/daripada Allah ke atas Nabi Muhammad ﷺ.
Allah turut berfirman di dalam Al-Quran dalam Surah Al-Ahzab pada ayat ke-56 tentang berselawat:
إِنَّ اللَّهَ وَمَلَائِكَتَهُ يُصَلُّونَ عَلَى النَّبِيِّ يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا صَلُّوا عَلَيْهِ وَسَلِّمُوا تَسْلِيمًا
Sesungguhnya Allah dan para malaikat-Nya berselawat (memberi segala penghormatan dan kebaikan) ke atas Nabi (Muhammad ﷺ). Wahai orang-orang yang beriman, berselawatlah kamu ke atasnya serta ucapkanlah salam dengan penghormatan.
Ayat tersebut menjelaskan antara banyak-banyak perlakuan ibadah yang dilakukan oleh manusia, hanya selawat sahaja yang turut dilakukan oleh Allah bersama para malaikat.
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ
#selawat #salawat #shalawat #berselawat