Latest

Friday, March 31, 2023

Cara Kiraan Sepertiga Malam



Cara Kiraan Sepertiga Malam 🌌🌙

Malam bermaksud apabila masuknya waktu maghrib, maka itulah malam. Bermulanya malam apabila masuknya waktu Maghrib.

Penghujung malam pula apabila masuknya waktu subuh, itulah penghujung malam.

Kiraan 1/3 malam ni penting kerana, untuk mengetahui bilakah waktu yang tepat masuknya 1/3 malam terakhir.

Daripada Abu Hurairah RA, sabda Rasulullah:

Tuhan yang Maha Berkat dan Maha Tinggi turun setiap malam ke langit dunia sewaktu masa berbaki sepertiga malam terakhir dan berfirman: Barangsiapa yang berdoa kepada-Ku, nescaya Aku perkenankan baginya. Barangsiapa yang meminta kepada-Ku nescaya aku akan memberikan (apa yang dipinta) kepadanya. Barangsiapa yang meminta pengampunan daripada-Ku, nescaya Aku akan mengampuninya.

Hadis riwayat Imam al-Bukhari (1145) dalam Sahih-nya

Ini kerana ia adalah diantara waktu yang mustajab untuk berdoa dan beribadah..

Allah berfirman dalam Surah Al-Muzammil ayat 1-4 yang bermaksud:

“Wahai orang yang berselimut! Bangunlah solat tahajud pada waktu malam, selain dari sedikit masa (yang tak dapat tidak untuk berehat) iaitu separuh dari waktu malam atau kurangkan sedikit dari separuh itu, ataupun lebihkan (sedikit) daripadanya; dan bacalah al-Quran dengan ‘tartil’.

Firman Allah dalam Surah Azzariyat ayat 18 bermaksud:

“Sesungguhnya mereka (iaitu mereka yang di dalam syurga) sebelum itu di dunia adalah orang yang berbuat baik. Mereka sedikit sekali tidur di waktu malam. Dan di akhir-akhir malam mereka memohon ampun kepada Allah. Dan pada harta mereka ada hak untuk orang miskin yang meminta dan orang miskin yang tidak mendapat kebahagiaan.

Dan banyak lagi keterangan tentang ibadah di penghujung malam ini sama ada di dalam Al-Qur'an mahupun Hadis.

Semoga Allah perkenankan doa di sepertiga malam, luahkan lah segalanya. Allah Maha Mendengar.

Solatlah di awal waktu


Solatlah di awal waktu

Hadis:
"Ditanya Nabi SAW, apakah amalan yang terbaik? Maka jawap jawab Nabi:
Solat di awal waktu."
(Sunan Tirmizi & Sunan Abu Daud)

Kelebihan Membina Masjid

Please Join my facebook's fan page