Amalan-amalan ketika Qiyamullail:
i) Solat tahajjud.
“dan bangunlah pada sebahagian dari waktu malam dan kerjakanlah solat tahajjud sebagai solat tambahan bagimu. Semoga tuhanmu membangkit dan menempatkanmu pada hari qiamat ditempat yang terpuji.” (Al-Isra’ 79)
“Sebaik-baik solat selain daripada solat fardihu ialah solat malam” (H.R. Muslim)
ii) Solat taubat, istikharah, hajat, witir dan solat-solat sunat yang lain.
iii) Berzikir, berselawat, berdoa.
iv) Membaca al-Quran.
v) Amalan-amalan lain seperti muhasabah dan memikirkan keagungan dan kekuasaan Allah.