Latest

Sunday, December 02, 2012

Adakah Rasulullah (s.a.w) Tidur Selepas Subuh?



Soalan:

Adakah Nabi Muhammad tidur selepas solat Subuh? Atau adakah Baginda kekal berjaga selepas menunaikan solat?

Jawapan:

Rasulullah tidak tidur selepas menunaikan solat subuh kerana Allah memberkati umat ini yang berpagi-pagi, seperti satu hadith yg berbunyi: ‘اللهم بارك لأمتي في بكورها’

(Ya Allah, berkatilah umatku yang berpagi-pagi). Untuk itu, para fuqaha’ memakruhkan tidur selepas solat subuh.
Tersebut di dalam Fatwa Syabkah Islamiyah (IslamWeb) Qatar:
Telah thabit dari Nabi bahawasanya Baginda berdoa kepada Allah supaya memberkati umatnya yg berpagi-pagi, sebagaimana yang diriwayatkan oleh Ashab as-Sunan yg empat dan Ibn Hibban dalam Sahihnya, Nabi melewati anaknya Fatimah r.ha yang sedang berbaring pada waktu Subuh, maka Baginda bersabda:
يا بنية قومي اشهدي رزق ربك، ولا تكوني من الغافلين، فإن الله يقسم أرزاق الناس ما بين طلوع الفجر إلى طلوع الشمس ‘
Wahai anakku, bangunlah dan hadaplah rezeki Tuhanmu, dan janganlah engkau jadi dari kalangan org yang lalai, sesungguhnya Allah membahagikan rezeki manusia di antara terbit fajar hingga terbit matahari.’ (Diriwayatkan Baihaqi)
Berkata Nabi di dalam hadith yg diriwayatkan oleh Tabarani di dlm al-Awsath:
باكروا الغدو -أي الصباح- في طلب الرزق، فإن الغدو بركة ونجاح’
Berpagi-pagilah (subuh) dalam mencari rezeki, sesungguhnya berpagi-pagi itu adalah berkat dan kejayaan.’
Oleh itu para fuqaha’ menetapkan kemakruhan tidur selepas solat Subuh, dan dinukilkan oleh Imam as-Safarini mengenai kemakruhan tidur selepas solat Subuh dan Asar:
‘Dimakruhkan tidurmu -wahai mukallaf- selepas solat Subuh, kerana waktu itu adalah waktu mencari rezeki dan berusaha (syara’ dan ‘uruf) di sisi org yg beraqal.’
Dan dalam hadith: ‘اللهم بارك لأمتي في بكورها’ (Ya Tuhanku, berkatilah umatku yg berpagi-pagi) [Diriwayatkan Tirmizi, Abu Daud dan selainnya].
Disebutkan ulama’ bahawa tidur selepas solat Subuh adalah makruh, dikecualikan dari kemakruhan ini adalah mereka yg berjaga malam utk qiyam dsb.
Sumber: FatwaUlama
---
Consultant-Speaker-Motivator: www.ahmad-sanusi-husain.com
Alfalah Consulting - Kuala Lumpur : www.alfalahconsulting.com
Islamic Investment Malaysia: www.islamic-invest-malaysia.com
Pelaburan Unit Amanah Islam: www.unit-amanah-islam.com

Please Join my facebook's fan page