Latest

Wednesday, August 05, 2015

Posts from my facebook on 5 August 2015 (in English & Bahasa Melayu)

Saya terbaca beberapa orang berkongsi hasil kajian..."Peribadi Anda Mengikut Bulan Kelahiran" berdasarkan kajian seorang pakar motivasi.
Ulasan:
Peribadi, nasib atau takdir seseorang hamba Allah tidak ada kaitan langsung dengan Hari, Haribulan atau Bulan Kelahiran seseorang. Nasib seseorang hamba Allah telah ditentukan sebelum ia dilahirkan lagi. Sudah tertulis dalam suratan takdir, ditulis Allah dalam Lauhul Mahfudz.
Jika kita percaya tentang peribadi seseorang berdasarkan bulan kelahiran ia akan menimbulkan beberapa masalah contohnya bakal suami isteri akan hanya mencari pasangan yang lahir di bulan yang sama untuk mencapai keserasian dll atau majikan akan memilih pekerja berdasarkan bulan kelahiran. Bila saya lihat bulan Mei iaitu bulan kelahiran saya, banyak Peribadi yang disebut dalam hasil kajian adalah tidak benar sama sekali.
Maka jangan mengaitkan Hari, Haribulan atau Bulan kelahiran dengan Peribadi atau untung nasib seseorang. Ianya juga menjurus kepada syirik kerana orang akan cuba menilik nasib atau peribadi orang lain berdasarkan Hari, Haribulan atau Bulan kelahiran.
Allah Maha Mengetahui segala hal yang ghaib dan tersembunyi bahkan ketika semua yang lain tidak mengetahuinya. Semua hal, bukan hanya yang sudah terjadi, namun yang akan terjadi sudah ditulis Allah dalam Lauhul Mahfudz. Jangan hairan kerana ilmu Allah sangat luas.
Dan pada sisi Allah-lah kunci-kunci semua yang ghaib; tidak ada yang mengetahuinya kecuali Dia sendiri, dan Dia mengetahui apa yang di daratan dan di lautan, dan tiada sehelai daun pun yang gugur melainkan Dia mengetahuinya (pula), dan tidak jatuh sebutir biji-pun dalam kegelapan bumi, dan tidak sesuatu yang basah atau yang kering, melainkan tertulis dalam kitab yang nyata (Lauh Mahfudz)” [Quran, surah Al An’aam: 59]
Tiada sesuatupun yang ghaib di langit dan di bumi, melainkan (terdapat) dalam kitab yang nyata (Lauhul Mahfuzh).” [Quran, surah An Naml:75]
Dan segala (urusan) yang kecil maupun yang besar adalah tertulis.” [Al Qamar:53]
Dan tidak ada suatu binatang melata pun di bumi melainkan Allah-lah yang memberi rezkinya, dan Dia mengetahui tempat berdiam binatang itu dan tempat penyimpanannya. Semuanya tertulis dalam Kitab yang nyata (Lauh mahfuzh).” [Huud:6]
Sebagai Tuhan yang Maha Tahu, maka seluruh tulisan yang ditulis Allah itu adalah benar.
”Tak ada suatu negeripun (yang derhaka penduduknya), melainkan Kami membinasakannya sebelum hari kiamat atau Kami azab (penduduknya) dengan azab yang sangat keras. Yang demikian itu telah tertulis di dalam kitab (Lauh Mahfuzh).” [Quran, Al Israa’ :58]
Tak ada satu bencana pun yang menimpa kita kecuali sudah ditulis dalam kitab Lauhul Mahfuz.
Tiada suatu bencanapun yang menimpa di bumi dan (tidak pula) pada dirimu sendiri melainkan telah tertulis dalam kitab (Lauhul Mahfuzh) sebelum Kami menciptakannya. Sesungguhnya yang demikian itu adalah mudah bagi Allah.” [Quran, surah Al Hadiid: 22]
Oleh sebab itu janganlah kita khawatir akan segala musibah yang akan menimpa kita.
Sering orang datang ke peramal atau paranormal untuk mengetahui takdirnya. Padahal ini adalah dosa besar dan tak ada seorang pun tahu perkara yang ghaib kecuali Allah SWT
“Katakanlah tidak ada seorang pun di langit dan di bumi yang mengetahui perkara yang ghaib kecuali Allah” (QS An Naml:65)

Allahu aklam.
A.Sanusi.H

Untuk makluman sekarang saya adalah ahli Persatuan Penasihat Syariah bagi Kewangan Islam Malaysia (ASAS), no ahli 178. Alhamdulillah, saya boleh menjadi Penasihat untuk institusi dan organisasi mengenai kewangan Islam di Malaysia dan luar negara. Telah ada lantikan sebagai penasihat dari Malaysia, Australia & Bangladesh.

It is easy to sit up and take notice, what is difficult is getting up and taking action.

Tidak ujud tin minuman arak Carlsberg dengan tanda Halal JAKIM...yg viral itu hanya gambar edit/palsu..gunakan skil multimedia utk buat poster atau video bermanfaat/berilmu yg boleh menjadi saham akhirat. Jangan membuang masa dgn perkara-perkara mengarut.

A pessimist sees the difficulty in every opportunity; 
an optimist sees the opportunity in every difficulty.

Bukan sahaja rokok dan shisha Haram, rokok elektronik atau vapor pun Haram mengikut Fatwa.
Di kampung, 40 tahun dulu orang hisap "rocker down"...'rokok daun' lah tu smile emoticon, dibuat dari daun nipah. Itu pun dikira Haram..kerana guna tembakau.
* 60 ml vapor (vape) bersamaan 30 hingga 40 batang rokok konvensional. Nyata ia lebih merbahaya. Inilah agenda Yahudi.

FORGIVENESS
Rasulullah s.a.w said:
"All the sons of Adam commit error, and the best of those who err are those who seek forgiveness."
(Hadith reported by Imam Tirmizi)

---
Consultant-Speaker-Motivator: www.ahmad-sanusi-husain.com 
Alfalah Consulting - Kuala Lumpur : www.alfalahconsulting.com
Islamic Investment Malaysia: www.islamic-invest-malaysia.com
Pelaburan Unit Amanah Islam: www.unit-amanah-islam.com
Upcoming Events on Islamic Finance, Wealth Management, Business, Management, Motivational Alfalah Consulting, KL-Malaysia: www.alfalahconsulting.com

Please Join my facebook's fan page