L
Latest
- Apakah Amalan Yang Paling Allah Sukai? - 1/25/2025
- Taubat: Kembali Kepada Allah - 1/21/2025
- Solat Tahajjud - 1/20/2025
- Hendaklah beristiqomah dengan amalan qiyamullail dan jangan jadi seperti si fulan... - 1/17/2025
- Solat Tahajjud - 1/13/2025
Tuesday, June 30, 2020
Masjid Lapan Kubah - Jerteh, Terengganu, Malaysia
Masjid Lapan Kubah - Jerteh, Terengganu, Malaysia 🇲🇾
Masjid Lapan Kubah di Kampung Lapan Kotak, Jerteh, Besut, Terengganu ini mendapat jolokan sebagai "Masjid Russia" kerana seni binanya seakan-akan "St Basil Cathedral" di Moscow, Rusia. Keunikan kombinasi warna kubah yang berwarna-warni membuatkan masjid ini tidak putus-putus dikunjungi pengunjung sejak mula digunakan pada tahun 2017. Ia sangat ikonik dan kini menjadi antara Mercu Tanda kampung di Jerteh, Besut, Terengganu.
Masjid yang dibina sepenuhnya menggunakan 100% tenaga dan arkitek tempatan di atas tanah bekas tapak sawah padi seluas 0.6 hektar itu boleh menampung 500 jemaah pada satu-satu masa.
Subscribe to:
Posts (Atom)