Latest

Thursday, July 11, 2024

Istighfar yang dapat menghapus dosa besar sekalipun


Istighfar yang dapat menghapus dosa besar sekalipun

أَسْتَغْفِرُ اللَّهَ الْعَظِيمَ الَّذِي لاَ إِلَهَ إِلاَّ هُوَ الْحَيَّ الْقَيُّومَ وَأَتُوبُ إِلَيْهِ

#istighfar #taubat #Hadis #SunanAbuDaud #SunanTirmizi

Sabar | Bersabarlah


Sabar | Bersabarlah

#sabr #sabar #kesabaran #bersabarlah

Istighfar dan Taubat


Istighfar dan Taubat

أَسْتَغْفِرُ اللَّهَ الْعَظِيمَ الَّذِي لاَ إِلَهَ إِلاَّ هُوَ الْحَيَّ الْقَيُّومَ وَأَتُوبُ إِلَيْهِ

Rasulullah s.a.w yang maksum (terpelihara dan bebas dari dosa) beristighfar dan bertaubat 70 kali dalam sehari, maka kita yang tidak sepi dari dosa seharusnya beristighfar dan bertaubat lebih lagi.

#istighfar #taubat

Doa Pelunas Hutang Segunung - Doa Dari Sunnah


Doa Agar Dimudahkan Membayar Hutang dan Dicukupkan dengan Rezeki yang Halal

Dari ‘Ali, ada seorang budak mukatab (yang berjanji pada tuannya ingin memerdekakan diri dengan dengan syarat melunaskan pembayaran tertentu) yang mendatanginya, ia berkata,

“Aku tidak mampu melunaskan ia (hutang) untuk memerdekakan diriku.” Ali pun berkata, “Mahukah aku beritahu padamu beberapa ayat yang Rasulullah s.a.w telah mengajarkan padaku iaitu seandainya engkau memiliki hutang setinggi gunung, maka Allah SWT akan memudahkanmu untuk melunaskannya.
Ucapkanlah doa :

"اللَّهُمَّ اكْفِنِى بِحَلاَلِكَ عَنْ حَرَامِك ، وَأَغْنِنِى بِفَضْلِكَ عَمَّنْ سِوَاكَ "

Ya Allah cukupkanlah aku dengan yang halal dan jauhkanlah aku dari yang haram, dan cukupkanlah aku dengan kurniaanMu dari bergantung pada selainMu

(Hadis riwayat Tirmizi no. 3563, hasan menurut At Tirmizi, begitu pula hasan kata Syaikh Al Albani)

#doa #berdoa #Sunnah #Hadis #SunanTirmizi

Hadis Sahih Berkaitan Solat Tahajjud

Hadis Sahih Berkaitan Solat Tahajjud

Matan Hadis:

أَيُّهَا النَّاسُ أَفْشُوا السَّلَامَ وَأَطْعِمُوا الطَّعَامَ وَصَلُّوا وَالنَّاسُ نِيَامٌ تَدْخُلُوا الْجَنَّةَ

Terjemahan:

Wahai sekalian manusia, sebarkanlah salam, berikanlah makanan dan laksanakanlah solat pada saat manusia tertidur nescaya kalian masuk syurga dengan selamat.

Takhrij:

Hadis riwayat Imam Tirmizi no. 2485 dan Ibnu Majah no. 1334, dari Abdullah bin Salam.

[Hadis ini disahihkan oleh Tirmizi dalam Sunannya dan Syeikh al-Albani dalam Sahih Tirmidzi dan Sahih Ibnu Majah]

Please Join my facebook's fan page