Latest

Friday, August 23, 2024

Gedung Selawat


Gedung Selawat

Perbanyakkan dan gandakan selawatkan paada hari Jumaat. Lebihkan dari yang biasa pada hari-hari lain.

اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ

#selawat #shalawat #Jumaat

Antara Waktu-waktu Doa Mustajab

Antara Waktu-waktu Doa Mustajab

Berdoalah pada waktu-waktu ini, kerana menurut hadis yang sahih/hasan, waktu-waktu ini dimustajabkan doa padanya.

‎𝟭. 𝗦𝗲𝗹𝗲𝗽𝗮𝘀 𝘀𝗼𝗹𝗮𝘁 𝗳𝗮𝗿𝗱𝘂

‎Abu Umamah r.a meriwayatkan: "Ada yang bertanya kepada Rasulullah ﷺ: 'Wahai Rasulullah, doa manakah yang paling didengari (oleh Allah)?' Rasulullah ﷺ menjawab: 'Di pertengahan malam terakhir dan setelah solat fardu.'"

‎(Hasan, Hadis riwayat Imam Tirmizi)

𝟮. 𝗗𝗶 𝗮𝗻𝘁𝗮𝗿𝗮 𝗮𝘇𝗮𝗻 𝗱𝗮𝗻 𝗶𝗾𝗮𝗺𝗮𝗵

‎Sabda Nabi ﷺ:

‎"Doa antara azan dan iqamah tidak akan ditolak."

‎(Sahih, Hadis riwayat  Imam Tirmizi)

𝟯. 𝗞𝗲𝘁𝗶𝗸𝗮 𝘀𝘂𝗷𝘂𝗱

‎Sabda Nabi ﷺ:

‎"Keadaan paling dekat seorang hamba dengan Tuhannya adalah ketika dia sedang bersujud, maka perbanyaklah berdoa."

‎(Sahih, Hadis riwayat Imam Muslim)

𝟰. 𝗞𝗲𝘁𝗶𝗸𝗮 𝗵𝘂𝗷𝗮𝗻

‎Sabda Nabi ﷺ:

‎"Dua perkara yang tidak akan ditolak: Doa ketika azan dan doa ketika hujan."

‎(Sahih, Hadis riwayat Imam Abu Daud)

𝟱. 𝗦𝗮𝘁𝘂 𝘄𝗮𝗸𝘁𝘂 𝗽𝗮𝗱𝗮 𝗵𝗮𝗿𝗶 𝗝𝘂𝗺𝗮𝗮𝘁

‎Sabda Nabi ﷺ:

‎"Sesungguhnya terdapat suatu waktu (pada hari Jumaat) yang apabila seorang hamba Muslim sedang berdiri melaksanakan solat dan memohon sesuatu kepada Allah Taala, nescaya Allah akan mengabulkan permintaannya.”

‎(Sahih, Hadis riwayat Imam Bukhari)

𝟲. 𝟭/𝟯 𝗺𝗮𝗹𝗮𝗺 𝘁𝗲𝗿𝗮𝗸𝗵𝗶𝗿

‎Sabda Nabi ﷺ:

‎"Ketika 1/3 malam terakhir Allah ﷻ menyeru: "Siapa yang berdoa kepada-Ku, Aku akan memperkenankan doanya. Siapa yang meminta kepada-Ku, Aku akan memberinya. Siapa yang memohon ampun kepada-Ku, Aku akan mengampuninya."

‎(Sahih, Hadis riwayat Iman Bukhari)

𝟳. 𝗞𝗲𝘁𝗶𝗸𝗮 𝗯𝗲𝗿𝗽𝘂𝗮𝘀𝗮

‎Sabda Nabi ﷺ:

‎"Tiga golongan doa mereka tidak akan ditolak: Pemimpin yang adil, orang yang berpuasa sehingga dia berbuka dan doa orang yang dizalimi."

‎(Hasan, Hadis riwayat Imam Ibnu Majah)

8. 𝗞𝗲𝘁𝗶𝗸𝗮 𝗯𝗲𝗿𝗯𝘂𝗸𝗮 𝗽𝘂𝗮𝘀𝗮

‎Sabda Nabi ﷺ:

‎"Sesungguhnya bagi orang yang berpuasa, pada saat berbuka terdapat doa yang tidak akan ditolak."

‎(Hasan, Hadis riwayat Imam Ibnu Majah)

9. 𝗞𝗲𝘁𝗶𝗸𝗮 𝗺𝗶𝗻𝘂𝗺 𝗮𝗶𝗿 𝘇𝗮𝗺𝘇𝗮𝗺

‎Sabda Nabi ﷺ:
‎"Air zamzam itu tergantung kepada niat orang yang meminumnya."

‎(Hasan, Hadis riwayat Imam Ahmad)

10. 𝗞𝗲𝘁𝗶𝗸𝗮 𝗮𝘇𝗮𝗻

‎Sabda Nabi ﷺ:

‎"Dua perkara yang tidak akan ditolak: doa ketika azan dan doa ketika hujan."

‎(Sahih, Hadis riwayat Imam Abu Daud)

11. 𝗞𝗲𝘁𝗶𝗸𝗮 𝗵𝗮𝗿𝗶 𝗔𝗿𝗮𝗳𝗮𝗵

Sabda Nabi ﷺ:

"Sebaik-baik doa adalah doa pada hari Arafah."

(Hasan, Hadis riwayat Imam Tirmizi)

Please Join my facebook's fan page