Latest
Friday, June 23, 2023
Solat Dhuha
Solat Dhuha
“Pada tiap-tiap pagi lazimkanlah atas tiap-tiap ruas anggota seseorang kamu bersedekah; tiap-tiap tahlil satu sedekah, tiap-tiap takbir satu sedekah, menyuruh berbuat baik satu sedekah, dan cukuplah (sebagai ganti) yang demikian itu dengan mengerjakan dua rakaat solat Dhuha.” (Hadis riwayat Imam Bukhari dan Imam Muslim)
"Solat Dhuha mendatangkan keberkatan rezeki dan menolak kemiskinan, tiada seorang memelihara solat Dhuha melainkan seorang ahli bertaubat. Barangsiapa yang mengerjakan solat Dhuha dengan istiqamah, nescaya diampuni dosanya oleh Allah, sekali pun dosanya sebanyak buih di lautan." (Hadis riwayat Imam Tirmizi)
Aisyah r.a menceritakan bahwa Rasulullah SAW selalu melaksanakan shalat Dhuha empat rakaat. Dalam riwayat Ummu Hani', ''Kadang Rasulullah SAW melaksanakan shalat Dhuha sampai lapan rakaat.'' (Hadis riwayat Imam Muslim).
Imam Tirmidzi dan Imam Thabrani meriwayatkan sebuah hadis yang menjelaskan bahawa bila seseorang melaksanakan shalat Subuh berjamaah di masjid, lalu ia berdiam di tempat shalatnya sampai tiba waktu dhuha, kemudian ia melaksanakan shalat Dhuha, ia akan mendapatkan pahala seperti naik haji dan umrah diterima. Para ulama hadis merekomendasikan hadis ini kedudukannya hasan.
Ruang Waktu Solat Dhuha
Sesuailah dengan namanya dhuha yang bermaksud pagi. Jadi ruang waktunya bermula kira-kira 26 minit selepas terbit matahari atau disebut dalam kitab-kitab fekah sebagai tinggi matahari daripada pandangan jauh sekadar satu al-Rumh atau batang lembing yakni kira-kira dua meter. Waktu solat ini pula berakhir sebelum menjelang waktu Zuhur. Namun pada satu pandangan, sebaiknya solat duha didirikan ketika waktu masih dalam status pagi (a.m) sesuai dengan maksud duha (pagi).
Justeru, waktu sedemikian eloklah dilaksanakan solat tersebut, apatah lagi pada saat itu badan memerlukan ‘rehat sebentar’ setelah penat bekerja. Maka disarankan juga sekiranya masa tersebut diisi sekadar empat hingga lima minit dengan sujud menyembah Ilahi sama ada di masjid, surah, rumah atau di tempat kerja dengan syarat tidak mengetepikan perkara-perkara atau urusan yang wajib dan utama daripada yang sunat.
Bacaan dalam solat ini adalah sesuatu yang terbuka/bebas dan tidak statik. Maka tidak perlulah hanya terikat dengan kaifiat tertentu dan bacaan tertentu. Apa yang penting, solat tersebut diniatkan dengan betul, syarat-syaratnya dipenuhi dan rukun-rukunnya disempurnakan sebaik-baiknya. Begitu jugalah dengan doa selepas solat tersebut.
Dirikanlah solat dhuha dengan niat ikhlas mencari redha Allah.