Contohi Rasulullah s.a.w Dalam Berakhlak
عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عَمْرٍو قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ خِيَارُكُمْ أَحَاسِنُكُمْ أَخْلَاقًا
Daripada Abdullah bin Amr ia berkata; Rasulullah s.a.w bersabda: "Sebaik-baik orang di antara kalian adalah orang yang paling baik akhlaknya di antara kalian."
(Hadis riwayat Tirmizi, No: 1898)
Status: Hadis Sahih
Pengajaran:
1. Rasulullah s.a.w di utus untuk menyempurnakan akhlak manusia
Abu Hurairah r.a, bahawa Nabi s a.w bersabda:
إِنَّمَا بُعِثْتُ لِأُتَمِّمَ صَالِحَ الْأَخْلَاقِ
“Sesungguhnya tidak aku diutuskan melainkan untuk menyempurnakan kebaikan akhlak.”
(HR Ahmad No:8952) Status: Hadis sahih
2. Sebaik-baik kita ialah yang paling baik akhlaknya.
3. Akhlak yang baik adalah akhlak terpuji yang dicontohi dari Rasulullah s.a.w.
4. Bersifat terpujilah kita dengan sentiasa memiliki akhlak yang paling baik sama ada dalam beribadat mahupun ketika berhubungan sesama manusia dan makhluk lain.