Latest

Tuesday, April 12, 2011

17 cara-cara mengkhusyukkan solat



"Maka kecelakaanlah bagi orang-orang solat, (iaitu) orang-orang yang lalai dari solatnya." [Surah al-Ma'un : ayat 4-5]


Marilah kita sama-sama renungkan dan amalkan 17 cara-cara mengkhusyukkan solat, semoga solat kita diterima olehNya, Insyaallah. Mudah-mudahan solat kita tidak menjadi kain buruk yang dilemparkan ke muka kita akibat tidak khusyuk. 



1. Sentiasa melaksanakan solat secara berjemaah. 
2. Menjaga makan minum terjamin halalnya. 
3. Memperbanyakkan sedekah kepada fakir miskin. 
4. Jangan bersolat dengan menangguh untuk membuang air besar atau air kecil dan perkemaskan segala urusan supaya tidak timbul kebimbangan dalam solat. 
5. Mengambil wudhu’ dengan sempurna supaya air mengenai semua anggota yang wajib serta mengingati niat atau doa apakala air melalui di tiap-tiap anggota. 
6. Memakai pakaian yang bersih dan suci. 
7. Tempat sujud dipastikan tiada gambar yang mengganggu fikiran. 
8. Mengingati mati dan kemungkinan itu merupakan solat yang terakhir sekali dalam hidup. 
9. Menyedari bahawa ia sedang berhadapan dengan Allah yang Maha Agung dan Maha Mengetahui segala rahsia hambaNya. 
10. Memenuhkan dada dengan perasaan takut dan rendah diri terhadap Allah yang melihat segala gerak geri kita. 
11. Memahami segala bacaan dalam solat termasuk ayat-ayat Quran dan segala zikir. 
12. Sebelum mengangkat takbir, membaca surah An-Nas, salawat ke atas Nabi S.A.W., Istighfar dan apa-apa bacaan untuk menjauhkan gangguan syaitan. 
13. Memandang ke tempat sujud dan tidak terlalu banyak menggerakkan anggota dan berpaling semasa dalam solat. 
14. Memusatkan seluruh ingatan kepada solat. 
15. Memanjangkan sedikit tempoh semasa ruku’ dan sujud. 
16. Memastikan tidak ada gangguan di dalam kawasan kita bersolat. 
17. Jangan memandang ke kiri dan ke kanan. 

Rujukan: Quran, Hadis, buku ‘Hidup Bertaqwa’ oleh Al-Ustaz Hj. Ismail Kamus dll. 
----------  
CEO / Consultant: www.ahmad-sanusi-husain.com 
Alfalah Consulting: www.alfalahconsulting.com 
Islamic investment: www.islamic-invest-malaysia.com

Perunding dan Pensyarah : Kewangan Islam, Perancangan Kewangan Islam, Ekonomi dan Pelaburan Islam, Motivasi

Perunding dan Pensyarah dalam topik-topik berkaitan dengan:
- Kewangan Islam,
- Perancangan Kewangan Islam,
- Ekonomi Islam
- Pelaburan Islam,
- Pembangunan professional
- Pengurusan
- Motivasi


Untuk jemputan sila hubungi saya di : sanusi.my@gmail.com




Terima kasih. Jazak ALLAH khairan.
Upcoming Events on Islamic Finance, Wealth Management, Business, Management, Motivational Alfalah Consulting, KL-Malaysia: www.alfalahconsulting.com

Please Join my facebook's fan page