Pertama : Memasukkan
sesuatu kedalam rongga badan dengan sengaja , samaada daripada jenis makanan
atau bukan makanan.
Termasuk perkara ini ialah :
1) Menghisap rokok / tembakau, candu,
dadah dan sebagainya. Dan menghisap (Nusyuk) melalui hidung.
2) Suntikan makanan atau menambah
vitamin.
Kedua : Memasukkan sesuatu daripada dua jalan (Qubul & Dubur).
Ketiga : Memuntahkan makanan dengan sengaja.
Keempat : Jimak (Bersetubuh)
Sebagaimana Hadis
Rasulullah SAW yang bermaksud:
Seorang lelaki datang
kepada Rasulullah s.a.w, katanya: Celaka aku, wahai Rasulullah. Nabi s.a.w
berkata: Apakah yang mencelakakan engkau? Jawab lelaki itu: Aku telah
bersetubuh dengan isteriku pada waktu siang di bulan Ramadan. Rasulullah s.a.w
berkata: Sanggupkah engkau memerdekakan hamba? Jawab lelaki itu: Tidak sanggup.
Rasulullah s.a.w berkata: Hendaklah engkau berpuasa dua bulan berturut-turut?.
Jawab lelaki itu: Tidak mampu. Kata Rasulullah s.a.w: Adakah engkau mempunyai
makanan untuk diberikan kepada enam puluh orang miskin?. Jawab lelaki itu:
Tidak. Kemudian lelaki itu duduk, sekejap lepas itu datang seseorang kepada
Nabi s.a.w dengan memberi satu bakul besar berisi tamar. Lalu Rasulullah s.a.w
bersabda: Sedekahkanlah kurma ini. Kata lelaki itu: Kepada siapakah?. Kepada yang
lebih miskin daripada aku? Demi Allah tidak ada penduduk kampung ini yang lebih
berhajat kepada makanan selain dari kami seisi rumah. Nabi s.a.w tertawa
sehingga terlihat gigi taringnya dan berkata: Pulanglah, berikanlah kurma itu
kepada ahli rumahmu.
(Hadis
Riwayat Imam Al-Bukhari dan Muslim)
Kelima : Keluar Mani dengan sengaja.
Dengan apa cara yang pada adatnya boleh
membawa kepadanya. Atau dengan sengaja memandang, atau berfikir-fikir, cium,
sentuh dan sebagainya.
Akan tetapi sekiranya keluar kerana
bermimpi tidak membatalkan puasa.
Keenam dan Ketujuh : Keluar darah Haid dan Nifas .
كنا نحيض عند رسول الله صلى الله عليه وسلم ثم
نطهر فنؤمر بقضاء الصوم ، ولا نؤمر بقضاء الصلاة
Maksudnya : Dari Aisyah r.a,
katanya: Kami disuruh oleh Rasulullah s.a.w mengqada' puasa dan tidak
disuruhnya untuk mengqada' sembahyang.
(Hadis Riwayat Imam Al-Bukhari)
Kelapan : Gila .
Kesembilan : Murtad
terkeluar daripada islam samaada dengan perkataan atau perbuatan atau
keyakinan.
وَمَنْ يَرْتَدِدْ مِنْكُمْ عَنْ دِينِهِ
فَيَمُتْ وَهُوَ كَافِرٌ فَأُولَئِكَ حَبِطَتْ أَعْمَالُهُمْ فِي الدُّنْيَا
وَالآخِرَةِ
Maksudnya : Dan sesiapa
di antara kamu yang murtad (berpaling tadah) dari ugamanya (ugama Islam), lalu
ia mati sedang ia tetap kafir, maka orang-orang yang demikian, rosak binasalah
amal usahanya (yang baik) di dunia dan di akhirat.
[Surah
Al-Baqarah, Ayat : 217]
Kesepuluh : Pengsan
sepanjang hari ketika berpuasa .