Latest
Sunday, November 22, 2020
Selawat ke atas Rasulullah s.a.w merupakan satu tuntutan di dalam Islam sebagai tanda ingatan, kasih sayang dan terima kasih umat kepada junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w
Selawat ke atas Rasulullah s.a.w merupakan satu tuntutan di dalam Islam sebagai tanda ingatan, kasih sayang dan terima kasih umat kepada junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w dan amalan ini mengandungi banyak kelebihan bagi orang yang sentiasa berselawat ke atas Nabi s.a.w sebagaimana yang dikhabarkan oleh Baginda:
Daripada Abdullah bin ‘Amr r.a, bahawa Nabi s.a.w bersabda:
فَإِنَّهُ مَنْ صَلَّى عَلَيَّ صَلَاةً صَلَّى الله عَلَيْهِ بِهَا عَشْرًا
“Sesungguhnya barangsiapa yang berselawat ke atasku dengan satu selawat, maka Allah SWT akan berselawat ke atasnya dengan sepuluh selawat.”
(Hadis riwayat Imam Muslim #384)
Istiqamah: Beristiqamah dalam beribadah
Rasulullah ﷺ bersabda:
"Dan sungguh amalan yang paling dicintai Allah iaitu amalan yang dikerjakan secara terus menerus walaupun sedikit."
(Hadis riwayat Imam Bukhari)
Subscribe to:
Posts (Atom)