Latest
Thursday, March 09, 2023
3 Amalan Yang Dicintai Allah
3 amalan yang dicintai Allah:
1️⃣ Solat di awal waktu
2️⃣ Berbakti kepada ibu bapa
3️⃣ Jihad di jalan Allah
7 Amalan Yang Mengalirkan Pahala Berterusan (جارية)
7 Amalan Yang Mengalirkan Pahala Berterusan (جارية)
Dari Anas r.a berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: “Terdapat tujuh jenis pahala yang akan terus menerus diterima oleh seseorang itu walaupun selepas kematiannya. Tujuh amalan tersebut ialah:-
(1) Mereka yang mengajarkan ilmu yang berguna, selama ia diamalkan oleh orang yang mempelajarinya
(2) Sesiapa yang mengalirkan air sungai ke kebun-kebun, maka pahala akan terus-terusan sampai kepadanya selagi ada orang yang menggunakan terusan tersebut.
(3) Orang yang menggali perigi, selagi mana ada orang yang menggunakannya.
(4) Sesiapa yang menanam tanam-tanaman, selama mana ada yang memakannya baik dari manusia atau burung.
(5) Sesiapa yang mendirikan masjid, maka ganjaran pahalanya akan tetap diterima selagi Masjid itu digunakan untuk beramal ibadat di dalamnya.
(6) Sesiapa yang mewariskan (menulis/mewakaf) mushaf (al-Quran) atau kitab, dia akan mendapat pahala selagi ada orang yang membacanya.
(7) Orang yang meninggalkan anak yang soleh, lalu anak tersebut mendoakan kedua orang tuanya dan mereka beristighfar untuk kedua ibubapanya itu. Iaini anak yang selalu diajari ilmu al-Quran, maka orang yang mengajarnya akan mendapat pahala selagi anak itu mengamalkan ajaran-ajarannya tanpa mengurangi pahala guru itu sendiri.
[Al-Jami’ Al-Sahih/Sahih Bukhari]
Subscribe to:
Posts (Atom)