Latest

Wednesday, November 13, 2024

Allah menyuruh kamu supaya menyerahkan segala jenis amanah kepada ahlinya (yang berhak menerimanya)


Allah menyuruh kamu supaya menyerahkan segala jenis amanah kepada ahlinya (yang berhak menerimanya)

إِنَّ ٱللَّهَ يَأۡمُرُكُمۡ أَن تُؤَدُّواْ ٱلۡأَمَٰنَٰتِ إِلَىٰٓ أَهۡلِهَا وَإِذَا حَكَمۡتُم بَيۡنَ ٱلنَّاسِ أَن تَحۡكُمُواْ بِٱلۡعَدۡلِ ۚ إِنَّ ٱللَّهَ نِعِمَّا يَعِظُكُم بِهِۦٓ ۗ إِنَّ ٱللَّهَ كَانَ سَمِيعَۢا بَصِيرًا

Sesungguhnya Allah menyuruh kamu supaya menyerahkan segala jenis amanah kepada ahlinya (yang berhak menerimanya), dan apabila kamu menjalankan hukum di antara manusia, (Allah menyuruh) kamu menghukum dengan adil. Sesungguhnya Allah dengan (suruhanNya) itu memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepada kamu. Sesungguhnya Allah sentiasa Mendengar, lagi sentiasa Melihat.

(Quran; Surah  An-Nisa' 4: Ayat 58)

#Quran #AlQuran #SurahAnNisa #Surah4 #surah4ayat58 #amanah #hukum #adil #taqwa

Bayangkan kalimat ini diucapkan Allah padamu pada Hari itu...


Bayangkan kalimat ini diucapkan Allah padamu pada Hari itu...

Tuesday, November 12, 2024

Lazimi Istighfar


Lazimi Istighfar

#istighfar #taubat #Sunnah #Hadis #Hadith #Hadissahih #SahihMuslim

Monday, November 11, 2024

Rezeki Pemberian Dari Allah


Rezeki Pemberian Dari Allah

Allah Subhanahu Wa Ta'ala berfirman:

أَمَّنۡ هَٰذَا ٱلَّذِي يَرۡزُقُكُمۡ إِنۡ أَمۡسَكَ رِزۡقَهُۥ ۚ بَل لَّجُّواْ فِي عُتُوٍّ وَنُفُورٍ

Atau siapa dia yang dapat memberi rezeki kepada kamu jika Allah menahan rezekiNya? (Tidak ada sesiapapun), bahkan mereka (yang musyrik itu) kekal terus dalam keadaan sombong angkuh serta melarikan diri (dari kebenaran).

(Quran, Surah Al-Mulk 67: Ayat 21)

#AlQuran #Quran #SurahAlMulk #Surah67 #surah67ayat21 #rezeki

Friday, November 08, 2024

Memakmurkan (Menghidupkan) Masjid


Memakmurkan (Menghidupkan) Masjid

Allah Subhanahu Wa Ta'ala berfirman:

إِنَّمَا يَعۡمُرُ مَسَٰجِدَ ٱللَّهِ مَنۡ ءَامَنَ بِٱللَّهِ وَٱلۡيَوۡمِ ٱلۡأٓخِرِ وَأَقَامَ ٱلصَّلَٰوةَ وَءَاتَى ٱلزَّكَٰوةَ وَلَمۡ يَخۡشَ إِلَّا ٱللَّهَ ۖ فَعَسَىٰٓ أُوْلَٰٓئِكَ أَن يَكُونُواْ مِنَ ٱلۡمُهۡتَدِينَ
Hanyasanya yang layak memakmurkan (menghidupkan) masjid-masjid Allah itu ialah orang-orang yang beriman kepada Allah dan hari akhirat serta mendirikan solat dan menunaikan zakat dan tidak takut melainkan kepada Allah, (dengan adanya sifat-sifat yang tersebut) maka adalah diharapkan mereka menjadi dari golongan yang mendapat petunjuk.

(Quran; Surah At-Taubah 9: Ayat 18)

#Quran #AlQuran #SurahAtTaubah #Surah9 #surah9ayat18

Wednesday, November 06, 2024

30 Malaikat Berebut Mencatat Pahala Amalan Sunat Ini Dalam Solat


30 Malaikat Berebut Mencatat Pahala Amalan Sunat Ini Dalam Solat

Rifa’ah bin Rafi’ berkata, ‘Kami pernah solat bersama Rasulullah, saat bangun dari ruku’ ia membaca, ‘Sami’allahu liman hamidah.” Tiba-tiba ada seorang sahabat yang membaca, ‘Rabbana wa lalakal hamd hamdan katsiran tayyiban mubarakan fihi (wahai Rabb kami, bagi-Mu segala puji, aku memuji-Mu dengan pujian yang banyak, yang baik dan penuh dengan berkah). Setelah selesai solat,
Rasul bertanya, ‘Siapa yang mengucapkan kalimat itu?’ Sahabat itu berkata, ‘Saya Rasulullah.’ Kemudian Rasulullah berkata, ‘Saya melihat sekitar tiga puluhan malaikat berloma-lomba untuk siapa pertama kali yang mencatat (pahalanya).’

(Hadis riwayat Imam Bukhari)

#doa #zikir #kalimat #solat #Sunnah #Hadis #SahihBukhari #SahihBukhari799

Monday, November 04, 2024

Ganjaran Melazimi Istighfar


Ganjaran Melazimi Istighfar

Allah SWT Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. Namun, Allah SWT hanya mengampuni hamba-Nya yang benar-benar memohon keampunan dan tidak mensyirikkan-Nya.

Maksud lafaz istighfar itu bukan sekadar menuturkannya di bibir, tetapi ianya satu pengakuan seorang hamba untuk memohon keampunan bukan sahaja terhadap dosa-dosa dan kesilapan yang telah dilakukan, bahkan terhadap sebarang kekurangan dalam melaksanakan segala perintah Allah SWT. Seseorang Muslim akan sentiasa memohon keampunan dan bertaubat kepada Allah SWT kerana itulah jalan orang yang bertaqwa.

Dengan beristighfar, Allah SWT akan akan mengurniakan keampunan dan manfaat bukan sahaja di dunia, bahkan di akhirat nanti syurga yang menanti. Lazimilah istighfar ibarat musafir di padang pasir yang keputusan bekalan makanan, yang bermain dibenak fikiran dan bibirnya hanyalah air. Begitulah sifat seorang mukmin yang sentiasa membasahi lidahnya tidak lain dan tidak bukan hanyalah istighfar.

Daripada Ibn Abbas RA, bahawa Nabi SAW bersabda: "Sesiapa yang melazimi (sentiasa) istighfar, Allah SWT akan menjadikan untuknya bagi setiap kesempitan itu jalan keluar, dan daripada setiap kebimbangannya itu kelapangan dan dikurniakan kepadanya rezeki daripada sumber yang tidak disangka-sangka”. (Hadith riwayat Abu Daud, No. 1518, Ibnu Majah, No. 3819, Ahmad, No. 2123).

Sumber: Portal myHadith JAKIM : Ganjaran Melazimi Istighfar

#istighfar #Sunnah #Hadis #SunanAbuDaud1518 #SunanIbnuMajah3819 #MusnadAhmad2123

Kelebihan Solat Berjemaah


Kelebihan Solat Berjemaah

Rasulullah s.a.w bersabda:
"Solat berjemaah itu lebih afdal (baik) daripada solat bersendirian dengan 27 darjat.

(Sahih Bukhari & Sahih Muslim)

#Hadis #SahihBukhari #SahihMuslim #solat #solatberjemaah

Doa Di Akhir Setiap Solat Sebelum Salam


Doa Di Akhir Setiap Solat Sebelum Salam

#Sunnah #Hadis #SunanAbuDaud #SunanAbuDawud #SunanAbuDaud1522 #SunanAbuDawud1522 #doa #solat

Tuesday, October 29, 2024

Surah Al-Fatihah adalah Surah Paling Agung dalam Al-Quran


Surah Al-Fatihah adalah Surah Paling Agung dalam Al-Quran

Rasulullah pernah menjelaskan keistimewaan surat Al Fatihah. Sebagaimana dituturkan Sa’ad ibn al Mu’alla. Kepada Sa’ad, Rasulullah bersabda, “saya akan mengajarkan kepadamu surah teragung di dalam Al Quran, iaitu "Alhamdulillahi rabiil Alamin" (Surah Al-Fatihah), ia adalah al Sab’ul Matsani dan Al Quran al Adzim yang diberikan kepadaku” 

(Hadis riwayat Imam Muslim)

#AlQuran #Quran #SurahAlFatihah #Surah1 #surah1ayat1 #surah1ayat2 #surah1ayat3 #surah1ayat4 #surah1ayat5 #surah1ayat6 #surah1ayat7

Please Join my facebook's fan page