Istiqamah Membaca Al-Quran Setiap Hari
Dalam satu hadis daripada Abu Umamah al-Bahili, beliau berkata: Aku pernah mendengar Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:
"Bacalah al-Quran kerana al-Quran itu akan memberi syafaat kepada pembacanya di akhirat kelak. Dan bacalah Az Zahrawain iaitu Surah Al-Baqarah dan Ali Imran kerana kedua-dua surah itu akan datang pada hari kiamat, seolah-olah kedua-duanya bagai sekelompok awan atau payung yang menaungi, atau dua kelompok burung yang mengembangkan sayapnya. Kedua-duanya akan membela pembacanya pada hari kiamat.”
[Hadis riwayat Imam Ahmad]
Hadis berkenaan bukan ditujukan buat golongan yang menghafal al-Quran. Sebaliknya, seruan motivasi itu adalah buat insan yang sentiasa menjadikan bacaan al-Quran sebagai aktiviti harian yang mesti dilaksanakan.
No comments:
Post a Comment