Latest

Wednesday, February 21, 2018

Akaun Emas (Pengeluaran 60 Tahun) - KWSP

Akaun Emas merupakan satu inisiatif penambahbaikan skim KWSP yang diperkenalkan kepada ahli yang telah mencapai umur 55 tahun. Apa-apa caruman yang dikreditkan selepas ahli mencapai umur 55 tahun bermula 1 Januari 2017 hanya boleh dikeluarkan apabila ahli mencapai umur 60 tahun. TIADA lagi sub akaun 1 dan sub akaun 2.

Pengeluaran Umur 60 Tahun (Akaun Emas) adalah skim pengeluaran KWSP yang diperkenalkan bagi membolehkan ahli yang telah mencapai umur 60 tahun mengeluarkan kesemua atau sebahagian simpanan KWSP.

Pengeluaran ini diperkenalkan selaras dengan peningkatan umur persaraan wajib yang diumumkan oleh kerajaan daripada umur 55 tahun kepada umur 60 tahun.

Syarat-syarat permohonan adalah seperti berikut:

  • Mencapai umur 60 tahun
  • Mempunyai simpanan KWSP





Kaedah bayaran yang boleh dipilih adalah seperti berikut:

  • Bayaran kesemua simpanan
  • Bayaran sebahagian simpanan
    • Amaun minimum RM2,000.00
    • Setiap 30 hari dari tarikh permohonan pengeluaran terdahulu
  • Bayaran bulanan
    • Pengeluaran minimum RM3,000.00 iaitu RM 250.00 sebulan untuk sekurang kurangnya 12 bulan
    • Kombinasi Bayaran sebahagian simpanan dan Bayaran bulanan













Ahli perlu hadir di Pejabat KWSP Cawangan dengan membawa:
  • MyKad atau dokumen pengenalan diri lain (bagi tujuan pengesahan identiti pemohon); dan
  • Maklumat akaun bank (bagi tujuan pembayaran)
Permohonan melalui mel perlu mengemukakan dokumen tambahan iaitu:

  • Borang KWSP 9B; dan
  • Salinan dokumen pengenalan diri yang telah disahkan oleh Pegawai Pengesah (Sila rujuk Senarai Semak Dokumen); dan
  • Borang KWSP 3 (Pindaan)








Pengeluaran Umur 60 Tahun (Akaun Emas) TIDAK MEMBATALKAN Pengeluaran Umur 55 Tahun (Akaun 55) sedia ada.
Ahli layak memohon Pengeluaran Umur 55 Tahun bagi simpanan terkumpul yang dipindahkan ke dalam Akaun 55 dengan syarat ahli belum mencapai umur 60 tahun.

Manakala caruman yang diterima selepas umur 55 tahun dalam Akaun Emas hanya boleh dikeluarkan setelah ahli mencapai umur 60 tahun di bawah Pengeluaran Umur 60 Tahun.

Sumber: www.kwsp.gov.my


---
Consultant-Speaker-Motivator: www.ahmad-sanusi-husain.com 
Alfalah Consulting - Kuala Lumpur : www.alfalahconsulting.com
Islamic Investment Malaysia: www.islamic-invest-malaysia.com
Pelaburan Unit Amanah Islam: www.unit-amanah-islam.blogspot.my

No comments:

Post a Comment

Upcoming Events on Islamic Finance, Wealth Management, Business, Management, Motivational Alfalah Consulting, KL-Malaysia: www.alfalahconsulting.com

Please Join my facebook's fan page