Latest

Wednesday, February 21, 2018

Kelayakan Skim Pelaburan Ahli KWSP untuk pelaburan dalam unit amanah (unit trust)

Definisi Simpanan Asas
Simpanan Asas ialah satu jumlah simpanan dalam Akaun 1 yang ditetapkan mengikut umur bagi membolehkan ahli memperoleh simpanan sekurang-kurangnya RM228,000 pada umur 55 tahun. Ahli boleh melaburkan simpanan dalam Akaun 1 yang melebihi Simpanan Asas dalam produk dan menerusi Institusi Pengurusan Dana (IPD) yang dilantik.
Rasional
Rasional pelaksanaan Simpanan Asas adalah supaya ahli memperolehi jumlah minimum sebanyak RM950.00 sebulan bagi membiayai keperluan asas persaraan apabila bersara kelak, selama 20 tahun bermula daripada umur 55 tahun hingga 75 tahun, iaitu selaras dengan jangka hayat penduduk Malaysia.
Syarat-syarat yang Ditetapkan
Mulai 1 Januari 2017, ahli boleh melaburkan simpanan di bawah Skim Pelaburan Ahli KWSP tidak melebihi 30% daripada jumlah simpanan yang melebihi Simpanan Asas dalam Akaun 1.
Pelaburan ini boleh dibuat setiap 3 bulan selepas tarikh pelaburan sebelumnya, dan jumlah minimum pelaburan ialah RM1,000.00.
Jumlah Simpanan Asas adalah seperti jadual di bawah.
Jika berminat melabur dalam unit amanah Islam dgn menggunakan Skim Pelaburan Ahli KWSP, sila whatsapp: +60192348786 / whatsapp www.wasap.my/60192348786
Ahmad Sanusi
Perunding, PMB Investment, KL
PMB = Pelaburan MARA Berhad








No comments:

Post a Comment

Upcoming Events on Islamic Finance, Wealth Management, Business, Management, Motivational Alfalah Consulting, KL-Malaysia: www.alfalahconsulting.com

Please Join my facebook's fan page