Latest
Monday, June 10, 2024
Sunday, June 09, 2024
Kitab Al-Quran menjadi hidayah petunjuk dan rahmat, bagi orang-orang yang beriman
Kitab Al-Quran menjadi hidayah petunjuk dan rahmat, bagi orang-orang yang beriman
Allah Subhanahu Wa Ta'ala berfirman:
وَلَقَدۡ جِئۡنَٰهُم بِكِتَٰبٍ فَصَّلۡنَٰهُ عَلَىٰ عِلۡمٍ هُدًى وَرَحۡمَةً لِّقَوۡمٍ يُؤۡمِنُونَ
Dan sesungguhnya Kami telah datangkan kepada mereka, sebuah Kitab (Al-Qur'an) yang Kami telah menjelaskannya satu persatu berdasarkan pengetahuan (Kami yang meliputi segala-galanya), untuk menjadi hidayah petunjuk dan rahmat, bagi orang-orang yang (mahu) beriman.
(Quran; Surah Al-A'raf 7: Ayat 52)
#Quran #AlQuran #SurahAlAraf #Surah7 #surah7ayat52 #hidayah #petunjuk #rahmat
Orang yang terbaik di kalangan kamu ialah mereka yang mempelajari Al-Quran dan mengajarnya
Rasulullah s.a.w bersabda:
"Orang yang terbaik di kalangan kamu ialah mereka yang mempelajari Al-Quran dan mengajarnya (kepada orang lain)."
[Hadis riwayat Imam Bukhari (5027)]
Asmaul Husna
Asmaul Husna
Allah Subhanahu Wa Ta'ala berfirman:
وَلِلَّهِ ٱلۡأَسۡمَآءُ ٱلۡحُسۡنَىٰ فَٱدۡعُوهُ بِهَا ۖ وَذَرُواْ ٱلَّذِينَ يُلۡحِدُونَ فِيٓ أَسۡمَٰٓئِهِۦ ۚ سَيُجۡزَوۡنَ مَا كَانُواْ يَعۡمَلُونَ
Dan Allah mempunyai nama-nama yang baik (yang mulia), maka serulah (dan berdoalah) kepadaNya dengan menyebut nama-nama itu, dan pulaukanlah orang-orang yang berpaling dari kebenaran dalam masa menggunakan nama-namaNya. Mereka akan mendapat balasan mengenai apa yang mereka telah kerjakan.
(Quran; Surah Al-A'raf 7: Ayat 180)
#Quran #AlQuran #SurahAlAraf #Surah7 #surah7ayat180 #asmaulhusna #asmaalhusna
Keutamaan Orang-orang Yang Berdoa dan Beristighfar di waktu Sahur
Keutamaan Orang-orang Yang Berdoa dan Beristighfar di waktu Sahur
Dari hadis Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:
يَنْزِلُ رَبُّنَا تَبَارَكَ وَتَعَالَى كُلَّ لَيْلَةٍ إِلَى السَّمَاءِ الدُّنْيَا حِينَ يَبْقَى ثُلُثُ اللَّيْلِ الْآخِرُ فَيَقُولُ مَنْ يَدْعُونِي فَأَسْتَجِيبَ لَهُ مَنْ يَسْأَلُنِي فَأُعْطِيَهُ مَنْ يَسْتَغْفِرُنِي فَأَغْفِرَ لَهُ
“Allah Tabaraka wa Ta’ala turun ke langit dunia pada setiap akhir sepertiga malam lalu berfirman, “Siapa sahaja yang berdoa kepada-Ku, maka Aku tunaikan untuknya. Sesiapa sahaja yang meminta kepada-Ku, Aku berikan kepadanya. Sesiapa sahaja yang memohon ampun kepada-Ku, Aku ampunkannya.” (Shahih Al-Bukhari, no. 7494)
Di dalam Al-Qur’an pula kita boleh lihat Allah memuji mereka yang beristighfar (memohon keampunan) ketika waktu sahur. Ini boleh disemak antaranya di Surah Ali ‘Imran, 3: 17 dan Surah Adz-Dzaariyaat, 51: 18.
Saturday, June 08, 2024
Yang Ketiganya Adalah Syaitan
Yang Ketiganya Adalah Syaitan
Saidina Abdullah Ibn Umar r.a bahawa Rasulullah s.a.w bersabda:
أَلاَ لاَ يَخْلُوَنَّ رَجُلٌ بِامْرَأَةٍ إِلاَّ كَانَ ثَالِثَهُمَا الشَّيْطَانُ
Maksudnya: Ketahuilah bahawa tidaklah berdua-duan seorang lelaki dan seorang perempuan itu melainkan yang ketiganya adalah syaitan.
[Hadis riwayat ImamTirmizi (2165)]
Syeikh Muhammad Bin Abd Al-Rahman Al-Mubarakfuri Rahimahullah apabila mensyarahkan hadis ini berkata: Makna hadis ini adalah: Syaitan ada bersama keduanya (lelaki dan perempuan yang berkhalwat) serta membisikkan syahwat kepada mereka sehinggalah ia mencampakkan mereka berdua ke lembah penzinaan. Rujuk Tuhfah Al-Ahwazi, Al-Mubarakfuri (6/320).
Sepuluh Hari Terbaik Dalam Setahun: 1-10 Zulhijjah
Alhamdulillah telah masuk 1 Zulhijjah 1445H yang penuh keistimewaan. Berikut dikongsikan beberapa kelebihan bulan Zulhijjah :
1- Bulan Zulhijjah merupakan salah satu bulan daripada 4 bulan haram. Iaitu Muharram, Rajab, Zul Qa’dah, Zulhijjah. Bulan haram maksudnya bulan yang amat mulia.
2- Selain itu, 10 hari terawal bulan Zulhijjah mempunyai kelebihannya yang tersendiri. Ia merupakan seafdal-afdal hari dalam dunia.
Kata Nabi ﷺ: "Seafdal afdal hari dalam dunia adalah 10 hari terawal Zulhijjah." [Riwayat Al Munziri, Al Targhib wal Tarhib (2/190)]
3- Allah sendiri bersumpah dengan 10 hari terawal bulan Zulhijjah berdasarkan firman-Nya dalam Surah Al-Fajr ayat 1.
Ini menggambarkan besarnya kemuliaan 10 hari terawal Zulhijjah di sisi Allah.
4- Amalan yang paling Allah sukai, adalah amalan pada 10 hari terawal bulan Zulhijjah.
Rasulullah ﷺ bersabda: "Tidak ada mana-mana hari yang amalan soleh di dalamnya lebih Allah sukai berbanding amalan pada hari-hari ini (10 hari terawal Zulhijjah)."
[Riwayat Abu Daud (2438)]
Justeru banyakkan amal soleh dalam 10 hari terawal ini.
5- Puasa pada hari Arafah iaitu 9 Zulhijjah. Rasulullah S.A.W bersabda: "Berpuasa hari Arafah aku berharap agar ia dapat menghapuskan dosa-dosa kecil setahun yang lepas dan setahun yang akan datang."
[Riwayat Muslim (1162)]
6- Perbanyakkan doa pada hari Arafah. Berdasarkan hadis: "Sebaik-baik doa adalah doa pada hari Arafah."
[Riwayat Al-Tirmizi]
7- Banyakkan juga Zikrullah seperti firman Allah yang bermaksud : "Dan hendaklah mereka menyebut-nyebut nama Allah pada hari-hari ma’lumāt (10 hari terawal bulan Zulhijjah)."
[Surah Al-Hajj (28)]
9- Pada Hari Raya korban, sembelihan korban hukumnya sunat muakkad untuk kita lakukan. Diikuti dengan sembelihan pada tiga hari tasyriq sesudahnya iaitu 11, 12, 13 Zulhijjah.
10- Pada hari tasyriq pula, kita dituntut perbanyakkan zikrullah berdasarkan firman Allah yang bermaksu : "Dan sebutlah nama Allah pada hari-hari ma’dūdāt (iaitu hari-hari tasyriq)."
[Surah Al Baqarah (203)]
Semoga bermanfaat.
Subscribe to:
Posts (Atom)







