Latest

Saturday, June 08, 2024

Sepuluh Hari Terbaik Dalam Setahun: 1-10 Zulhijjah


Alhamdulillah telah masuk 1 Zulhijjah 1445H yang penuh keistimewaan. Berikut dikongsikan beberapa kelebihan bulan Zulhijjah :

1- Bulan Zulhijjah merupakan salah satu bulan daripada 4 bulan haram. Iaitu Muharram, Rajab, Zul Qa’dah, Zulhijjah. Bulan haram maksudnya bulan yang amat mulia.

‎2- Selain itu, 10 hari terawal bulan Zulhijjah mempunyai kelebihannya yang tersendiri. Ia merupakan seafdal-afdal hari dalam dunia.

‎Kata Nabi ﷺ: "‎Seafdal afdal hari dalam dunia adalah 10 hari terawal Zulhijjah." [Riwayat Al Munziri, Al Targhib wal Tarhib (2/190)]

‎3- Allah sendiri bersumpah dengan 10 hari terawal bulan Zulhijjah berdasarkan firman-Nya dalam Surah Al-Fajr ayat 1.
Ini menggambarkan besarnya kemuliaan 10 hari terawal Zulhijjah di sisi Allah.

4- Amalan yang paling Allah sukai, adalah amalan pada 10 hari terawal bulan Zulhijjah.
Rasulullah ﷺ bersabda: "Tidak ada mana-mana hari yang amalan soleh di dalamnya lebih Allah sukai berbanding amalan pada hari-hari ini (10 hari terawal Zulhijjah)."
[Riwayat Abu Daud (2438)]
Justeru banyakkan amal soleh dalam 10 hari terawal ini.

5- Puasa pada hari Arafah iaitu 9 Zulhijjah. Rasulullah S.A.W bersabda: "Berpuasa hari Arafah aku berharap agar ia dapat menghapuskan dosa-dosa kecil setahun yang lepas dan setahun yang akan datang."
[Riwayat Muslim (1162)]

‎6- Perbanyakkan doa pada hari Arafah. Berdasarkan hadis: "Sebaik-baik doa adalah doa pada hari Arafah."
[Riwayat Al-Tirmizi]

7- Banyakkan juga Zikrullah seperti firman Allah yang bermaksud : "Dan hendaklah mereka menyebut-nyebut nama Allah pada hari-hari ma’lumāt (10 hari terawal bulan Zulhijjah)."
[Surah Al-Hajj (28)]

9- Pada Hari Raya korban, sembelihan korban hukumnya sunat muakkad untuk kita lakukan. Diikuti dengan sembelihan pada tiga hari tasyriq sesudahnya iaitu 11, 12, 13 Zulhijjah.

‎10- Pada hari tasyriq pula, kita dituntut perbanyakkan zikrullah berdasarkan firman Allah yang bermaksu : "Dan sebutlah nama Allah pada hari-hari ma’dūdāt (iaitu hari-hari tasyriq)."
[Surah Al Baqarah (203)]

Semoga bermanfaat.

No comments:

Post a Comment

Please Join my facebook's fan page