Latest

Saturday, June 08, 2024

Sepuluh Hari Terbaik Dalam Setahun: 1-10 Zulhijjah


Alhamdulillah telah masuk 1 Zulhijjah 1445H yang penuh keistimewaan. Berikut dikongsikan beberapa kelebihan bulan Zulhijjah :

1- Bulan Zulhijjah merupakan salah satu bulan daripada 4 bulan haram. Iaitu Muharram, Rajab, Zul Qa’dah, Zulhijjah. Bulan haram maksudnya bulan yang amat mulia.

‎2- Selain itu, 10 hari terawal bulan Zulhijjah mempunyai kelebihannya yang tersendiri. Ia merupakan seafdal-afdal hari dalam dunia.

‎Kata Nabi ﷺ: "‎Seafdal afdal hari dalam dunia adalah 10 hari terawal Zulhijjah." [Riwayat Al Munziri, Al Targhib wal Tarhib (2/190)]

‎3- Allah sendiri bersumpah dengan 10 hari terawal bulan Zulhijjah berdasarkan firman-Nya dalam Surah Al-Fajr ayat 1.
Ini menggambarkan besarnya kemuliaan 10 hari terawal Zulhijjah di sisi Allah.

4- Amalan yang paling Allah sukai, adalah amalan pada 10 hari terawal bulan Zulhijjah.
Rasulullah ﷺ bersabda: "Tidak ada mana-mana hari yang amalan soleh di dalamnya lebih Allah sukai berbanding amalan pada hari-hari ini (10 hari terawal Zulhijjah)."
[Riwayat Abu Daud (2438)]
Justeru banyakkan amal soleh dalam 10 hari terawal ini.

5- Puasa pada hari Arafah iaitu 9 Zulhijjah. Rasulullah S.A.W bersabda: "Berpuasa hari Arafah aku berharap agar ia dapat menghapuskan dosa-dosa kecil setahun yang lepas dan setahun yang akan datang."
[Riwayat Muslim (1162)]

‎6- Perbanyakkan doa pada hari Arafah. Berdasarkan hadis: "Sebaik-baik doa adalah doa pada hari Arafah."
[Riwayat Al-Tirmizi]

7- Banyakkan juga Zikrullah seperti firman Allah yang bermaksud : "Dan hendaklah mereka menyebut-nyebut nama Allah pada hari-hari ma’lumāt (10 hari terawal bulan Zulhijjah)."
[Surah Al-Hajj (28)]

9- Pada Hari Raya korban, sembelihan korban hukumnya sunat muakkad untuk kita lakukan. Diikuti dengan sembelihan pada tiga hari tasyriq sesudahnya iaitu 11, 12, 13 Zulhijjah.

‎10- Pada hari tasyriq pula, kita dituntut perbanyakkan zikrullah berdasarkan firman Allah yang bermaksu : "Dan sebutlah nama Allah pada hari-hari ma’dūdāt (iaitu hari-hari tasyriq)."
[Surah Al Baqarah (203)]

Semoga bermanfaat.

Friday, June 07, 2024

Mendengar Dan Membaca Al-Quran

Mendengar Dan Membaca Al-Quran

Kelebihan al-Quran juga bukan hanya bagi mereka yang membacanya, malah mereka yang mendengarnya juga turut beroleh kebaikan.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Sesiapa mendengar (bacaan) satu ayat daripada al-Quran, dia dicatat melakukan amal soleh yang dilipatgandakan. Sesiapa membacanya, maka dia akan mendapat cahaya pada hari kiamat.” (Musnad Imam Ahmad)

Jika membaca dan mendengar al-Quran membolehkan seseorang Muslim mendapat pahala yang cukup besar, apatah lagi jika mampu membaca serta memahami isi kandungannya.

Di dalam al-Quran itu banyak terkandung segala perintah, amaran, larangan serta nasihat. Sekiranya membaca ayat yang menceritakan keagungan Allah SWT, maka kita perlu baca dengan sepenuh rasa kekaguman.

Apabila membaca ayat ancaman daripada Allah SWT, kita perlu menghadirkan rasa kerisauan serta memohon pengampunan daripada-Nya dengan penuh pengharapan.

Sehubungan itu, walaupun sekadar membaca al-Quran dan tidak termasuk lagi memahami isi kandungannya, Allah SWT tetap menyediakan pahala yang melimpah ruah kepada golongan itu.

Rasulullah SAW bersabda bermaksud: “Sesiapa membaca satu huruf daripada al-Quran maka dia melakukan satu kebajikan. Dan satu kebajikan itu dilipatgandakan sepuluh kali. Saya tidak mengatakan Alif Lam Mim itu satu huruf, tetapi Alif itu satu huruf, Lam satu huruf dan Mim satu huruf.” (Riwayat At-Tirmizi)

Jika ada yang membaca dalam keadaan sukar, kata Nabi SAW, golongan itu akan mendapat dua kali ganjaran pahala.

Aisyah menyatakan, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Orang yang membaca al-Quran dan menjaganya (membacanya dengan betul dan mengamalkannya) akan bersama para malaikat yang mulia. Adapun orang yang membaca al-Quran dengan sungguh-sungguh dan mengalami kesulitan, dia akan mendapat dua pahala.” (Sahih Bukhari dan Muslim)

Solat Tahajjud


Solat Tahajjud

 وَمِنَ اللَّيْلِ فَتَهَجَّدْ بِهِ نَافِلَةً لَكَ عَسَى أَنْ يَبْعَثَكَ رَبُّكَ مَقَامًا مَحْمُودًا

“Dan pada sebahagian malam hari bersolat tahajudlah kamu sebagai suatu ibadah tambahan bagimu: mudah-mudahan Tuhan-mu mengangkat kamu ke tempat yang terpuji.” 

(Quran, Surah Al-Isra', ayat 79)

#solat #tahajud #tahajjud #solattahajjud

The Gate of Makkah (Arabic: بوابة مكة Bawwabat Makkah)


The Gate of Makkah
(Arabic: بوابة مكة Bawwabat Makkah)

Pintu Gerbang Kota Mekah

Thursday, June 06, 2024

Give good tidings to the patient


Give good tidings to the patient

Allah Subhanahu Wa Ta'ala said:

وَلَنَبۡلُوَنَّكُم بِشَيۡءٍ مِّنَ ٱلۡخَوۡفِ وَٱلۡجُوعِ وَنَقۡصٍ مِّنَ ٱلۡأَمۡوَٰلِ وَٱلۡأَنفُسِ وَٱلثَّمَرَٰتِ ۗ وَبَشِّرِ ٱلصَّٰبِرِينَ

And We will surely test you with something of fear and hunger and a loss of wealth and lives and fruits, but give good tidings to the patient,

(Quran; Surah Al-Baqarah 2: Verse 155)

#Quran #AlQuran #SurahAlBaqarah #Surah2 #Surah2ayat155 #sabr #sabar #patience #patient #bepatient

Berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar


Berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar

Allah Subhanahu Wa Ta'ala berfirman:

وَلَنَبۡلُوَنَّكُم بِشَيۡءٍ مِّنَ ٱلۡخَوۡفِ وَٱلۡجُوعِ وَنَقۡصٍ مِّنَ ٱلۡأَمۡوَٰلِ وَٱلۡأَنفُسِ وَٱلثَّمَرَٰتِ ۗ وَبَشِّرِ ٱلصَّٰبِرِينَ

Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar:

(Quran; Surah Al-Baqarah 2: Ayat 155)

#Quran #AlQuran #SurahAlBaqarah #Surah2 #Surah2ayat155 #sabr #sabar #kesabaran #bersabarlah

Awas! Phone Scam

Awas! Phone scammer terus bermaharajalela memburu mangsa setiap hari di setiap negeri. Bekas anggota polis pun boleh menjadi mangsa. Pada 5 Jun 2024, seorang pesara polis wanita di Johor (berusia 60 tahun) membuat laporan polis yang dia kerugian RM310,000 selepas diperdaya sindiket 'phone scam' yang menyamar sebagai pegawai polis kononnya dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perak.

Berhati-hati selalu.
Awas! Anda waspada anda selamat.

Wednesday, June 05, 2024

Tenang dan Sabar


Tenang dan Sabar

مَآ أَصَابَ مِن مُّصِيبَةٍ إِلَّا بِإِذۡنِ ٱللَّهِ ۗ وَمَن يُؤۡمِنۢ بِٱللَّهِ يَهۡدِ قَلۡبَهُۥ ۚ وَٱللَّهُ بِكُلِّ شَيۡءٍ عَلِيمٞ

Tidak ada kesusahan (atau bala bencana) yang menimpa (seseorang) melainkan dengan izin Allah; dan sesiapa yang beriman kepada Allah, Allah akan memimpin hatinya (untuk menerima apa yang telah berlaku itu dengan tenang dan sabar); dan (ingatlah), Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu."

(Quran; Surah At-Taghabun 64: Ayat 11)

#Quran #AlQuran #SurahAtTaghabun #Surah64 #ayat11 #tenang #sabar

Al-Quran, Surah Al-Hajj 22: Verse 18


Allah Subhanahu Wa Ta'ala said:

أَلَمۡ تَرَ أَنَّ ٱللَّهَ يَسۡجُدُ لَهُۥ مَن فِي ٱلسَّمَٰوَٰتِ وَمَن فِي ٱلۡأَرۡضِ وَٱلشَّمۡسُ وَٱلۡقَمَرُ وَٱلنُّجُومُ وَٱلۡجِبَالُ وَٱلشَّجَرُ وَٱلدَّوَآبُّ وَكَثِيرٞ مِّنَ ٱلنَّاسِ ۖ وَكَثِيرٌ حَقَّ عَلَيۡهِ ٱلۡعَذَابُ ۗ وَمَن يُهِنِ ٱللَّهُ فَمَا لَهُۥ مِن مُّكۡرِمٍ ۚ إِنَّ ٱللَّهَ يَفۡعَلُ مَا يَشَآءُ

Do you not see that to Allah prostrates whoever is in the heavens and whoever is on the earth and the sun, the moon, the stars, the mountains, the trees, the moving creatures and many of the people? But upon many the punishment has been justified. And he whom Allah humiliates - for him there is no bestower of honor. Indeed, Allah does what He wills."

(Quran, Surah Al-Hajj 22: Verse 18)

#Quran #AlQuran #SurahAlHajj #Surah22 #surah22ayat18

Al-Quran; Surah Al-Hajj 22: Ayat 18


Allah Subhanahu Wa Ta'ala berfirman:

أَلَمۡ تَرَ أَنَّ ٱللَّهَ يَسۡجُدُ لَهُۥ مَن فِي ٱلسَّمَٰوَٰتِ وَمَن فِي ٱلۡأَرۡضِ وَٱلشَّمۡسُ وَٱلۡقَمَرُ وَٱلنُّجُومُ وَٱلۡجِبَالُ وَٱلشَّجَرُ وَٱلدَّوَآبُّ وَكَثِيرٞ مِّنَ ٱلنَّاسِ ۖ وَكَثِيرٌ حَقَّ عَلَيۡهِ ٱلۡعَذَابُ ۗ وَمَن يُهِنِ ٱللَّهُ فَمَا لَهُۥ مِن مُّكۡرِمٍ ۚ إِنَّ ٱللَّهَ يَفۡعَلُ مَا يَشَآءُ

Tidakkah engkau mengetahui bahawa segala yang ada di langit dan di bumi tunduk sujud kepada Allah dan (di antaranya termasuklah) matahari dan bulan, dan bintang-bintang, dan gunung-ganang, dan pokok-pokok kayu, dan binatang-binatang, serta sebahagian besar dari manusia? Dan banyak pula (di antara manusia) yang berhak ditimpa azab (disebabkan kekufurannya dan maksiatnya); dan (ingatlah) sesiapa yang dihinakan oleh Allah maka ia tidak akan beroleh sesiapapun yang dapat memuliakannya. Sesungguhnya Allah tetap melakukan apa yang dirancangkanNya.

(Al-Quran; Surah Al-Hajj 22: Ayat 18)

#Quran #AlQuran #SurahAlHajj #Surah22 #surah22ayat18

Please Join my facebook's fan page