Latest

Thursday, May 11, 2023

Mari amalkan doa murah rezeki ini



Mari amalkan doa murah rezeki ini

 رَبِّ إِنِّي لِمَآ أَنزَلۡتَ إِلَيَّ مِنۡ خَيۡرٍ فَقِيرٞ

"Wahai Tuhanku, sesungguhnya aku sangat berhajat kepada sebarang rezeki pemberian yang Engkau berikan"."

(Quran, Surah Al-Qasas 28: Ayat 24)

Dirikanlah solat Witir 3 Raka'at Sebelum Tidur Atau Sebelum Solat Subuh

Wednesday, May 10, 2023

Istighfar untuk kedua orang tua


Istighfar untuk kedua orang tua bermaksud anak memohon kepada Allah agar mengampunkan dosa-dosa kedua ibu bapa.

Jangan Jemu Doakan Ibu Bapa Kita


JANGAN JEMU DOAKAN IBUBAPA KITA

1. Rasulullah SAW mendidik para sahabat supaya sentiasa mendoakan kedua ibubapa. Ini kerana, doa kita mampu membantu meninggikan kedudukan mereka di sisi Allah.

2. Di dalam al-Quran, Allah mengajar kita supaya sentiasa mendoakan kedua ibubapa kita. Firman Allah SWT:

وَقُلْ رَبِّ ارْحَمْهُمَا كَمَا رَبَّيَانِي صَغِيرًا

“Dan doakanlah (untuk mereka dengan berkata) Wahai Tuhanku, cucurilah rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka mengasihani kami sejak dari kecil.”

(Al-Isra: 24)

3. Mendoakan mereka juga adalah sunnah para Nabi. Di dalam al-Quran Allah mendatangkan beberapa contoh Nabi yang mendoakan kedua ibubapa mereka. Antaranya adalah doa Nabi Nuh:

رَبِّ اغْفِرْ لِي وَلِوَالِدَيَّ وَلِمَن دَخَلَ بَيْتِيَ مُؤْمِناً وَلِلْمُؤْمِنِينَ وَالْمُؤْمِنَاتِ

“Wahai Tuhanku, ampunlah bagiku, dan kedua ibubapaku serta sesiapa yang masuk ke rumahku dalam keadaan beriman.”
(Nuh: 28)

4. Sebahagian sarjana Muslim berpandangan bahawa sentiasa berbuat baik kepada ibubapa itu boleh melapangkan rezeki seseorang. Ini kerana menurut al-Imam al-Badr al-Aini, berbuat baik kepada ibubapa itu adalah sebaik-baik amalan dalam menghubungkan silaturrahim. Dan orang yang menghubungkan silaturrahim ini akan dipermudahkan rezekinya di sisi Allah. Sabda Rasulullah SAW.

من أحب أن يبسط له في رزقه فليصل رحمه

“Barangsiapa yang berharap agar diperluaskan rezekinya maka hubungkanlah silaturrahim.”

Oleh itu, jangan jemu mendoakan dan berlaku baik kepada ibubapa kita semasa mereka masih hidup atau telah meninggal dunia. Sentiasa doakan mereka seusai solat kita.

Wallahua'lam.

Sunnah Dan Tertib Dalam Berdoa


Sunnah Dan Tertib Dalam Berdoa 🤲:
1) memuji Allah
2) selawat keatas Rasulullah s.a.w
3) berdoa

(Sunan Tirmizi, Sunan Abu Daud, Sunan Nasai, Musnad Ahmad)

Tuesday, May 09, 2023

Zikrullah

Shalawat


Shalawat

اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ

Prophet Muhammad ﷺ said:
"He who bless me (say shalawat) once, Allah would bless him ten times."
[Hadith, Sahih Muslim (408)]

Pesanan Lukman Hakim...Bangunlah untuk solat tahajjud

Monday, May 08, 2023

Amalan Sunnah


Amalan Sunnah

Bertakbir (Allahu Akbar) ketika naik ke tempat tinggi ⬆️.
Bertasbih (SubhanAllah) ketika turun tempat rendah ⬇️.

Doa Untuk Sahabat Yang Sakit

Please Join my facebook's fan page