Latest

Friday, October 11, 2024

Doa Kepada Orang Lain Yang Tidak Tahu


DOA KEPADA ORANG LAIN YANG TIDAK TAHU

Daripada Abi Darda’ r.a, bahawa Rasulullah ﷺ bersabda:
.
مَا مِنْ عَبْدٍ مُسْلِمٍ يَدْعُو لِأَخِيهِ بِظَهْرِ الْغَيْبِ، إِلَّا قَالَ الْمَلَكُ: وَلَكَ بِمِثْلٍ
.
Maksudnya: “Tidak ada seorang hamba yang muslim apabila berdoa kepada saudaranya yang berjauhan (tanpa pengetahuannya), melainkan malaikat berkata kepadanya: dan bagi kamu sepertinya (seperti yang didoakan)”. (Hadis riwayat Imam Muslim no. 2732) https://sunnah.com/muslim:2732a
.
Imam al-Nawawi menjelaskan bahawa yang dimaksudkan oleh Rasulullah s.a.w dengan ‘ظَهْر الْغَيْبِ’ adalah ketika orang yang didoakan itu tiada, ataupun berdoa kepadanya secara diam-diam (tanpa pengetahuannya). Ini kerana, dengan cara itu akan menimbulkan atau meningkatkan tahap keikhlasan kita ketika berdoa. Manakala maksud sabda Baginda, ‘ بِمِثْلٍ’ iaitu sepertimana yang orang itu doakan.

Hal ini menunjukkan akan kelebihan berdoa kepada saudaranya seislam secara diam-diam atau sembunyi. Walaupun yang didoakan itu adalah sekumpulan kaum muslimin, maka dia akan memperolehi kebaikan ini (kemustajaban doa). Jika yang didoakan itu adalah sebahagian daripada kaum muslimin, maka zahirnya dia juga mendapat kelebihan ini (iaitu dimakbulkan doanya).

Disebabkan itu, sebahagian salaf, apabila mereka ingin mendoakan kepada dirinya, maka mereka akan berdoa kepada saudaranya seislam secara sembunyi kerana ia adalah mustajab dan mereka akan beroleh yang sama seperti yang didoakan itu. (Lihat Syarh al-Nawawi ‘ala Sahih Muslim, 17/49).
Bacaan lanjut: https://maktabahalbakri.com/2899-doa-kepada-sahabat-tanpa-pengetahuannya/

#doa #Sunnah #Hadis #Hadith #SahihMuslim #SahihMuslim2732

No comments:

Post a Comment

Please Join my facebook's fan page