Latest

Tuesday, December 17, 2019

Allah mencukupkan sesiapa yang bertawakkal kepada Nya




Allah mencukupkan sesiapa yang bertawakkal kepada Nya

Firman Allah s.w.t
وَمَن يَتَوَكَّلْ عَلَى ٱللَّهِ فَهُوَ حَسْبُهُۥٓ
"Dan barangsiapa bertawakkal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkan (keperluan) nya..."
(Quran, Surah Ath-Thalaq 65 : 3)

Daripada Umar bin Khattab r.a berkata, "Aku mendengar Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam bersabda: 

 لَوْ أَنَّكُمْ تَوَكَّلْتُمْ عَلَى اللَّهِ حَقَّ تَوَكُّلِهِ لَرَزَقَكُمْ كَمَا يَرْزُقُ الطَّيْرَ تَغْدُو خِمَاصًا وَتَرُوحُ بِطَانًا

"Sekiranya kalian bertawakkal kepada Allah dengan sebenar-benarnya tawakkal, nescaya Dia akan memberi rezeki kepada kalian sebagaimana Dia memberi rezeki terhadap burung, ia pergi dalam keadaan lapar dan pulang dalam keadaan kenyang."

Hadis riwayat Ibnu Majah (4164), Tirmizi (2344), Nasa'i di dalam al-Kubra,  Ahmad (200), dinilai sahih oleh Syeikh Nasiruddin al-Albani

Keterangan hadis :
(Syeikh Salim bin 'Ied al-Hilali) 

1. Perintah untuk bertawakkal kepada Allah s.w.t dengan bersungguh-sungguh dan penuh keyakinan iaitu dalam segala hal dan berbagai kesibukan. 

2. Berusaha mencari rezeki termasuk dalam wujudnya kesungguhan dalam bertawakkal kepada Allah s.w.t, seperti burung yang terbang pagi hari dan tidak berhenti berusaha. 

3. Tawakkal yang benar adalah sumber rezeki terbaik, tetapi harus tetap disertai dengan usaha yang diperlukan untuk mendapatkannya. 

4. Rezeki tidak datang melalui kekuatan, tetapi datang dengan menempuh jalan yang diperlukan lalu disertai dengan sikap tawakkal. Jika tidak demikian, nescaya burung yang kecil tidak akan dapat rezeki saat sedang bersama burung helang (yang lebih kuat daripadanya)


No comments:

Post a Comment

Please Join my facebook's fan page