1. Apabila terjadi gerhana matahari atau bulan, hendaknya imam menyuruh orang menyerukan: "Ash-Shalatu Jami'ah". Sebagaimana dijelaskan dalam sebuah hadis: "Pernah terjadi gerhana matahari pada masa Rasulullah s.a.w, maka beliau menyuruh orang menyerukan Ash-Shalatu Jami'ah, lalu beliau maju mengerjakan shalat empat kali ruku' dalam dua raka'at dan empat kali sujud." [Hadis riwayat Imam Bukhari, Imam Muslim dan Imam Ahmad, dari Aisyah ra.]
2. Lafaz niat solat sunat gerhana bulan
أُصَلِّى سُنَّةَ الخُسُوفِ رَكْعَتَينِ للهِ تَعَالَى
“ Sahaja aku solat sunat gerhana bulan dua rakaat kerana Allah Taala.”
3. Kemudian, imam pimpin orang ramai mengerjakan shalat dua rakaat, pada tiap rakaat berdiri dua kali, ruku' dua kali, dan sujud dua kali, serta pada tiap rakaat membaca Fatihah dan surat yang panjang dengan suara nyaring, dan pada tiap ruku' dan sujud membaca tasbih lama-lama. Berdasarkan dalil yang ertinya :"Pada shalat gerhana Nabi saw menyaringkan bacaannya. Dan dikerjakannya empat kali ruku' dalam dua raka'at serta empat kali sujud." [Hadis riwayat Imam Bukhari dan Imam Muslim, dari Aisyah ra.]
Selain itu, juga dijelaskan dalam hadis lainnya, yang ertinya: "Pada masa Rasulullah s.a.w pernah terjadi gerhana matahari, kemudian Rasulullah saw mendatangi tempat shalat lalu bertakbir dan orang ramaipun ikut bertakbir, lalu membaca bacaan dengan suara nyaring, dan beliau berdiri lama..." [Hadis riwayat Imam Ahmad dari Aisyah r.a]
4. Setelah selesai shalat ketika orang-orang masih tetap duduk, imam berdiri menyampaikan peringatan dan mengingatkan mereka akan tanda-tanda kebesaran Allah. Sebagaimana dijelaskan dalam sebuah hadist yang artinya : "Pada masa hidup Rasulullah saw pernah terjadi gerhana matahari, lalu beliau keluar ke masjid, kemudian beliau bertakbir sedangkan orang banyak ikut bershaf-shaf di belakangnya. Lalu beliau membaca bacaan panjang-panjang kemudian bertakbir untuk ruku' lama sekali, kemudian mengangkat kepalanya lalu mengucapkan 'Sami'allahu liman hamidah, Rabbana wa lakalhamdu', kemudian beliau berdiri lalu membaca bacaan panjang-panjang tetapi lebih pendek dari yang pertama kemudian bertakbir untuk ruku' lama sekali tetapi lebih sebentar dari yang pertama, lalu mengucapkan 'Sami'allahu liman hamidah, Rabbana wa lakalhamdu', kemudian sujud. Kemudian pada rakaat kedua beliau kerjakan seperti itu, sehingga seluruhnya merupakan empat kali ruku' dan empat kali sujud. Dan matahari lalu nampak terang sebelum shalat selesai. Kemudian beliau bangkit berkhutbah dengan menyampaikan puji kepada Allah sebagaimana mestinya dan beliau mengatakan: Matahari dan bulan keduanya adalah tanda kebesaran Allah Yang Maha Mulia, gerhananya bukan disebabkan mati dan lahirnya seseorang. Dan jika kamu menyaksikan hal itu maka segeralah shalat." [HR. al-Bukhari, Muslim dan Ahmad dari Aisyah ra.]
Serta menganjurkan mereka agar banyak membaca istighfar, sedekah dan segala amalan yang baik. Berdasarkan hadis berikut yang ertinya : "Pernah terjadi gerhana matahari, maka bangkitlah Nabi s.a.w shalat, dan bersabda: Apabila kamu saksikan hal yang serupa itu, maka segeralah kamu kerjakan shalat dan panjatkan doa dan mohon pengampunan-Nya." [Hadis riwayat Imam Bukhari, Imam Muslim, Imam Ahmad dari Abu Musa].
Selain itu, dalam suatu riwayat Imam Bukhari dari Aisyah r.a dengan lafaz sebagai berikut : "Maka Apabila kamu saksikan hal itu, maka panjatkanlah doa kepada Allah dan bacalah Takbir dan kerjakan shalat dan bersedekahlah."
---
Consultant-Speaker-Motivator: www.ahmad-sanusi-husain.com
Alfalah Consulting - Kuala Lumpur : www.alfalahconsulting.com
Islamic Investment Malaysia: www.islamic-invest-malaysia.com
Pelaburan Unit Amanah Islam: www.unit-amanah-islam.blogspot.my
Pelaburan Unit Amanah Islam: www.unit-amanah-islam.blogspot.my
No comments:
Post a Comment