Al-Quran Membawa kemuliaan
1. Malam Al-Qadar (Lailatul Qadar) paling dimuliakan berbanding malam-malam lain kerana pada malam inilah Al-Quran dituturunkan.
2. Ramadan paling dimuliakan berbanding bulan-bulan lain kerana pada bulan inilah Al-Quran diturunkan.
3. Nabi Muhammad s.a.w paling dimuliakan berbanding nabi-nabi lain kerana Al-Quran diturunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w.
4. Malaikat Jibril paling dimuliakan berbanding malaikat-malaikat lain kerana malaikat Jibril lah yang menjadi pengantara turunnya Al-Quran.
5. Umat Nabi Muhammad s.a.w paling dimuliakan berbanding umat-umat lain kerana pada umat Nabi Muhammad s.a.w lah Al-Quran diturunkan.
6. Ibu bapa yang anak mereka menghafal Al-Quran akan diberikan pakaian kemuliaan di Akhirat.
7. Orang yang membaca Qur'an dengan mahir akan bersama-sama Malaikat yang mulia lagi taat.
8. Orang sentiasa berdamping dengan Al-Quran akan mendapat kemuliaan.
Maka sentiasa lah kita membaca, memahami, mengkaji dan mengamalkan pelajaran dan pengajaran Al-Quran Kareem - Al Quran Yang Mulia.
~
Ahmad Sanusi Husain
25 Ramadan 1438 Hijrah
Consultant-Speaker-Motivator: www.ahmad-sanusi-husain.com
Alfalah Consulting - Kuala Lumpur : www.alfalahconsulting.com
Islamic Investment Malaysia: www.islamic-invest-malaysia.com
Pelaburan Unit Amanah Islam: www.unit-amanah-islam.blogspot.my
Pelaburan Unit Amanah Islam: www.unit-amanah-islam.blogspot.my
No comments:
Post a Comment