Latest

Wednesday, October 23, 2024

Niat Solat Taubat

Solat Taubat

Daripada Abu Bakar al-Siddiq r.a berkata, aku mendengar Rasulullah s.a.w pernah bersabda: "Mana-mana daripada kalangan hamba (hamba Allah) yang melakukan dosa, maka dia memperelokkan wudhuknya. Kemudian dia menunaikan solat sebanyak dua rakaat, lalu dia beristighfar melainkan Allah akan mengampunkan dosanya". Setelah itu, Nabi SAW membaca _ayat 135 dari surah Ali Imran: “Dan juga orang-orang yang apabila melakukan perbuatan keji atau menganiaya diri sendiri, mereka segera ingat kepada Allah.”..sehingga ke akhir ayat tersebut.”

[Hadis Riwayat Imam Abu Daud (1521)]

#Sunnah #Hadis #Hadith #SunanAbuDaud #SunanAbuDaud1521 #solat #sunat #taubat #solatsunattaubat #niat #surah3ayat135

Tuesday, October 22, 2024

Hikmah Kebijaksanaan

Hikmah Kebijaksanaan

Allah Subhanahu Wa Ta'ala berfirman:

يُؤۡتِي ٱلۡحِكۡمَةَ مَن يَشَآءُ ۚ وَمَن يُؤۡتَ ٱلۡحِكۡمَةَ فَقَدۡ أُوتِيَ خَيۡرًا كَثِيرًا ۗ وَمَا يَذَّكَّرُ إِلَّآ أُوْلُواْ ٱلۡأَلۡبَٰبِ

Allah memberikan Hikmah kebijaksanaan (ilmu yang berguna) kepada sesiapa yang dikehendakiNya (menurut aturan yang ditentukanNya). Dan sesiapa yang diberikan hikmat itu maka sesungguhnya ia telah diberikan kebaikan yang banyak. Dan tiadalah yang dapat mengambil pengajaran (dan peringatan) melainkan orang-orang yang menggunakan akal fikirannya.

(Al-Quran; Surah Al-Baqarah 2: Ayat 269)

#Quran #AlQuran #SurahAlBaqarah #Surah2 #surah2ayat269 #hikmah #kebijaksanaan

Doa agar amalan dan taubat diterima

Doa agar amalan dan taubat diterima 🤲

#doa #amalan #amalsoleh #taubat

Sesiapa Yang Taat Kepada Rasulullah, Maka Sesungguhnya Ia Telah Taat Kepada Allah

Sesiapa Yang Taat Kepada Rasulullah, Maka Sesungguhnya Ia Telah Taat Kepada Allah

مَّن يُطِعِ ٱلرَّسُولَ فَقَدۡ أَطَاعَ ٱللَّهَ ۖ وَمَن تَوَلَّىٰ فَمَآ أَرۡسَلۡنَٰكَ عَلَيۡهِمۡ حَفِيظًا
"Sesiapa yang taat kepada Rasulullah, maka sesungguhnya ia telah taat kepada Allah; dan sesiapa yang berpaling ingkar, maka (janganlah engkau berdukacita wahai Muhammad), kerana Kami tidak mengutusmu untuk menjadi pengawal (yang memelihara mereka dari melakukan kesalahan)."

(Al-Quran; Surah An-Nisa' 4: Ayat 80)

#AlQuran #Quran #SurahAnNisa #Surah4 #surah4ayat80 #taat #ketaatan #Sunnah

Sunday, October 20, 2024

Selawat

SELAWAT

Perkataan Selawat atau Salawat (Arab: الصلوات ) diambil dari perkataan solat (Arab: الصلاة ), beerti doa, pujian.

Menurut istilah Kamus Bahasa Melayu, selawat ditakrifkan sebagai; "doa kepada Tuhan supaya dilimpahkan rahmat atas Nabi Muhammad ﷺ.

Ibnu Kathir berkata dalam tafsirnya yang meriwayatkan dari Al-Bukhari, telah berkata Abu `Aliyah:

Selawat Allah subhanahu wata`ala ialah pujian-Nya di sisi para Malaikat. Dan Selawat Malaikat ialah doa. Dan Selawat orang Mukmin ialah memohon rahmat kepada/daripada Allah ke atas Nabi Muhammad ﷺ.

Allah turut berfirman di dalam Al-Quran dalam Surah Al-Ahzab pada ayat ke-56 tentang berselawat:

إِنَّ اللَّهَ وَمَلَائِكَتَهُ يُصَلُّونَ عَلَى النَّبِيِّ يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا صَلُّوا عَلَيْهِ وَسَلِّمُوا تَسْلِيمًا
Sesungguhnya Allah dan para malaikat-Nya berselawat (memberi segala penghormatan dan kebaikan) ke atas Nabi (Muhammad ﷺ). Wahai orang-orang yang beriman, berselawatlah kamu ke atasnya serta ucapkanlah salam dengan penghormatan.

Ayat tersebut menjelaskan antara banyak-banyak perlakuan ibadah yang dilakukan oleh manusia, hanya selawat sahaja yang turut dilakukan oleh Allah bersama para malaikat.

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ

#selawat #salawat #shalawat #berselawat

Thursday, October 17, 2024

Doa Yang Sering Dibaca Nabi s.a.w Ketika Sujud

Doa Yang Sering Dibaca Nabi s.a.w Ketika Sujud

#doa #sujud #solat #Sunnah #Hadis #SahihMuslim #SahihMuslim745 #SunanAbuDaud #SunanAbuDaud744

Keutamaan Masjid Quba' dan Solat Di Dalamnya

Keutamaan Masjid Quba' dan Solat Di Dalamnya

#MasjidQuba #solat #Sunnah #Hadis #Hadith #SunanIbnuMajah

Keutamaan Masjid Quba' dan Solat Di Dalamnya

Keutamaan Masjid Quba' dan Solat Di Dalamnya

#MasjidQuba #solat #Sunnah #Hadis #Hadith #SunanIbnuMajah

Wednesday, October 16, 2024

Sebaik-baik Zikir dan Sebaik-baik Doa...

Sebaik-baik Zikir dan Sebaik-baik Doa...

#zikr #zikir #Lailahaillallah #tahlil #doa #Alhamdulillah #tahmid #Sunnah #Hadis #SunanIbnuMajah #HRIbnuMajah

Please Join my facebook's fan page