Latest

Saturday, June 29, 2024

KELEBIHAN ZIKIR "Lailahaillallah wahdahula syarikalah..." 100 KALI SEHARI


KELEBIHAN ZIKIR "Lailahaillallah wahdahula syarikalah..." 100 KALI SEHARI

لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللَّهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيكَ لَهُ ، لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ ، وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَىْءٍ قَدِيرٌ
x100
[Tidak ada Tuhan selain Allah, tidak ada sekutu bagi-Nya, milik-Nya segala kerajaan dan bagi-Nya segala pujian, dan Dia Maha Kuasa atas segala sesuatu]
x100

“Sebaik-baik doa adalah doa di hari Arafah, dan sebaik-baik zikir yang aku ucapkan dan juga diucapkan para nabi sebelumku adalah, “لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللَّهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيكَ لَهُ لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَىْءٍ قَدِير”. - (Hadis diriwayatkan oleh Al-Tirmizi)

رَبَّنَا آتِنَا فِىْ الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِىْ الآخِرَةِ حَسَنَةً وَّقِنَا عَذَابَ النَّارِ
(Wahai Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat, dan peliharalah kami dari azab neraka)

-----
ﺍَﻟﻠﻬُﻢَّ ﺻَﻞِّ ﻋَﻠَﻰ ﺳَﻴِّﺪِﻧَﺎ ﻣُﺤَﻤَّﺪٍ ﻭَﻋَﻠَﻰ ﺁﻝِ ﺳَﻴِّﺪِﻧَﺎ ﻣُﺤَﻤَّﺪٍ

#zikir #doa #doahariArafah #doaparaNabi #Sunnah #Hadis #Hadissahih #SahihBukhari #SunanTirmizi

Please follow my TikTok | TT @a_sanusi_h

Inilah sebaik-baik zikir yang diucapkan oleh Rasulullah s.a.w dan para nabi sebelum baginda


Inilah sebaik-baik zikir yang diucapkan oleh Rasulullah s.a.w dan para nabi sebelum baginda.

Ganjaran dari Allah amat besar bagi mereka yang mengucapkannya 100 kali atau lebih dalam sehari (seperti yang tercatit dalam hadis sahih).

Jom kita amalkan dengan ikhlas dan istiqamah.

#zikr #zikir #zikrullah #sebaikbaikdoa #doaterbaik #sebaikbaikzikir #zikirterbaik #Sunnah #Hadis #Hadissahih #SunanTirmizi

Solat Sunat 2 Rakaat Sebelum Solat Fardhu Subuh


Solat Sunat 2 Rakaat Sebelum Solat Fardhu Subuh

Daripada Aisyah radhiallahu 'anha, bahawa Rasulullah ﷺ bersabda:
"Dua rakaat sunat fajar (solat sunat qobliyah subuh) adalah lebih baik nilainya daripada dunia dan apa saja yang ada di dalamnya ini (yakni dunia dan seisinya)." 

(Hadis riwayat Imam Muslim)

Doa Diberi Cahaya dan Pengampunan


Doa Diberi Cahaya dan Pengampunan

رَبَّنَآ أَتْمِمْ لَنَا نُورَنَا وَاغْفِرْ لَنَآ ۖ إِنَّكَ عَلَىٰ كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ

Maksudnya: “Wahai Tuhan kami! Sempurnakanlah bagi kami cahaya kami, dan limpahkanlah keampunan kepada kami; sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.”

Amalkan membaca doa ini setiap kali selepas solat fardhu dan solat-solat sunat.

#doa #Quran #SurahAtTahrim #Surah66

Malu melakukan maksiat dan perkara tidak sopan

Friday, June 28, 2024

Sunnah Hari Jumaat

Sunnah Hari Jumaat

1. Berselawat kepada Nabi Muhammad s.a.w

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: "Perbanyaklah selawat kepadaku di hari Jumaat dan malam Jumaat. Barangsiapa membaca selawat untukku satu kali, maka Allah berselawat (memberi rahmat) kepadanya sepuluh kali."
(Hadis hasan, lihat : As-Sahihah Mukhtasarah (lll/397, Asy-Syamilah)

2. Membaca Surah Al-Kahfi

Membaca surah al-Kahfi ini antara surah yang menjadi pilihan kerana mempunyai pelbagai kelebihan yang boleh kita dapati, antaranya ialah dapat menghindarkan diri kita daripada fitnah Dajal dan pelbagai lagi.
“Sesiapa yang membaca surah al-Kahfi pada hari Jumaat nescaya akan diterangkannya dengan satu cahaya di antara dua Jumaat.” 
(Hadis riwayat an-Nasaei, al-Baihaqi dan al-Hakim)

Thursday, June 27, 2024

Doa minta Allah kurniakan kecukupan rezeki dan kemampuan membayar hutang dan dijauhkan perkara yang haram


Doa minta Allah kurniakan kecukupan rezeki dan kemampuan membayar hutang dan dijauhkan perkara yang haram

Manusia boleh memberi sesuatu untuk membantu. Tetapi yang memberikan kecukupan hanyalah Allah ta’ala.

Abu Wa’il berkata: Seorang (hamba) lelaki datang kepada Ali radhiyallahu anhu. Lalu, (hamba) lelaki ini berkata: Bantulah aku untuk menyelesaikan bayaran mukatabah (supaya tuannya membebaskannya).

Ali radhiyallahu anhu berkata: Mahukah aku ajarkan engkau beberapa perkataan yang diajarkan oleh Rasulullah shallallahu alaihi wa sallam kepadaku; jika engkau mempunyai hutang seperti Bukit Shabiir pasti Allah akan menyelesaikannya bagi pihakmu? Katakanlah:

اللهم اكفني بحلالك عن حرامك، وأغنني بفضلك عمن سواك

“Ya Allah, CUKUPKANLAH aku dengan yang HALAL daripada-Mu tanpa perlu kepada yang haram. KAYAKANLAH aku dengan KURNIAAN-MU tanpa perlu kepada selain-Mu.” [Sunan At-Tirmizi 5/560 (3563), katanya:Hasan Gharib, Al-Mustadrak 1/538]

Berdoalah dengan doa ini. Terutamanya orang yang mempunyai kesempitan wang, hutang atau seumpamanya.

Semoga Allah cukupkan kita dengan yang halal dan kayakanlah kita dengan kurniaan-Nya. Insya-Allah.

Du'a for Beneficial Knowledge, Provision (Rizq), Accepted Deeds

Khutbah terakhir Rasulullah ﷺ sebelum baginda wafat - pada 9 Zulhijjah tahun 10 Hijrah di Lembah Uranah, Gunung Arafah


Khutbah terakhir Rasulullah ﷺ sebelum baginda wafat.

Khutbah ini disampaikan oleh baginda pada 9 Zulhijjah tahun 10 Hijrah di Lembah Uranah, Gunung Arafah.

اَللَّهُمَّ صَلِّ َعلى سيدنا مُحَمَّدٍ وَ عَلَى آِل سيدنا مُحَمَّد

#khutbahterakhir #khutbahperpisahan #khutbahwida #SahihBukhari #SahihMuslim #SunanTirmizi #SunanAbuDaud

Please Join my facebook's fan page