Latest

Friday, June 14, 2024

The Most Beloved Words to Allah are Four...


The Most Beloved Words to Allah are Four...

The Messenger of Allah Allah (ﷺ) said: 
“I met Ibrahim (a.s) on the night of my ascent, so he said: ‘O Muhammad, recite Salam from me to your nation, and inform them that Paradise has pure soil and delicious water, and that it is a flat treeless plain, and that its seeds are: 
“Glory is to Allah (Subḥān Allāh) [and] all praise is due to Allah (Al-ḥamdulillāh) and ‘none has the right to be worshipped but Allah’ (Lā ilāha illallāh), and Allah is the greatest (Allāhu Akbar).”
 
(Hadith, Jami` at-Tirmidhi 3462)

#zikr #zikir #zikrullah #SubhanAllah #Alhamdulillah #Lailahaillallah #AllahuAkbar

Thursday, June 13, 2024

Perjalanan Mengerjakan Ibadah Haji | Rukun Haji dan Wajib Haji


Perjalanan Mengerjakan Ibadah Haji | Rukun Haji dan Wajib Haji

#haji #hajj #rukunhaji #wajibhaji

The Steps in Hajj Journey 🕋


The Steps in Hajj Journey 🕋

#hajj #haji

Ringkasan Tafsir Surah Al-Ikhlas (Surah 112, Al-Quran)


Ringkasan Tafsir Surah Al-Ikhlas (Surah 112, Al-Quran)

SURAH ini merupakan surah Makkiyah dan mengandungi empat ayat. Dinamakan Al-Ikhlas kerana surah ini menegakkan kemurniaan tauhid kepada Allah Subhanahuwata’ala.

Isi pokok surah ini ialah menegaskan kemurnian tauhid kepada Allah Subhanahuwata’ala, menolak segala bentuk syirik kepada-Nya dan menjelaskan bahawa tidak ada sesuatu yang menyamai-Nya.

بِسۡمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحۡمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ

قُلۡ هُوَ ٱللَّهُ أَحَدٌ ١
Katakanlah: Dialah Allah, Yang Maha Esa.

ٱللَّهُ ٱلصَّمَدُ ٢
Allah adalah Rab yang bergantung kepada-Nya segala sesuatu.

لَمۡ يَلِدۡ وَلَمۡ يُولَدۡ ٣
Dia tiada beranak dan tidak pula diperanakkan.

وَلَمۡ يَكُن لَّهُۥ كُفُوًا أَحَدُۢ ٤
dan tidak ada sesuatu yang setara dengan Dia.

Pengajaran

Surah ini merangkumi dua aspek iaitu penafian dan penetapan (pengisbatan).

Ia menafikan pada Allah Subhanahuwata’ala itu sebarang unsur penyekutuan dan berbilang-bilang kewujudan. Sekali gus, menetapkan bahawa Allah Subhanahuwata’ala itu Esa dari sudut zat-Nya dan juga  hakikat-Nya, menerusi firman-Nya:

قُلۡ هُوَ ٱللَّهُ أَحَدٌ ١
Katakanlah: “Dialah Allah, Yang Maha Esa.

Hati manusia yang hanya bergantung kepada Allah Yang Maha Esa, akan bebas daripada segala ikatan dan akan terlepas daripada segala belenggu.

Surah ini juga menetapkan bahawa Dia-lah Rab yang bergantung kepada-Nya segala sesuatu.

ٱللَّهُ ٱلصَّمَدُ ٢
Allah adalah Rab yang bergantung kepada-Nya segala sesuatu.

Ini kerana Dia-lah Yang Maha Kaya, Maha Mulia dan Maha Mengasihani. Semua makhluk memerlukan-Nya. Makhluk memohon rahmat dan keperluan mereka kepada-Nya. Dia-lah Allah yang bersifat dengan segala sifat yang sempurna dan Maha Hebat. Ayat ini menafikan bahawa Allah Subhanahuwata’ala memerlukan pertolongan makhluk atau ‘tuhan’ yang lain.

Dialah Tuhan sebenar. Tiada Tuhan hakiki melainkan Dia. Tidak berlaku sesuatu melainkan dengan izin-Nya. Allah adalah Maha Esa dalam Rubbubiyyah-Nya dan Uluhiyyah-Nya, dan segala sesuatu adalah hamba bagi-Nya. Hanya Dia-lah yang dituju bagi memenuhi segala hajat. Hanya Dia-lah yang dapat memenuhi hajat.

Ayat:

لَمۡ يَلِدۡ وَلَمۡ يُولَدۡ ٣
Dia tiada beranak dan tidak pula diperanakkan.

Menegaskan bahawa Allah Subhanahuwata’ala itu Maha Esa dan Maha Tunggal. Dia tidak melahirkan sesiapa. Allah Subhanahuwata’ala Maha Sedia Wujud sejak azali. Sifat Allah adalah sempurna dan mutlak dalam semua keadaan. Ia tidak berubah-ubah mengikut situasi dan kondisi. Ia tidak didahului oleh sifat tiada. Ia tidak berbapa. Tidak ada sesiapa yang mendahului-Nya.

Kelahiran adalah satu kemunculan baru atau kewujudan tambahan setelah kekurangan atau tiada. Hal sedemikian adalah mustahil bagi Allah Subhanahuwata’ala. Kelahiran juga, sebelumnya, memerlukan perkahwinan. Hal ini juga mustahil bagi Allah Subhanahuwata’ala.

وَلَمۡ يَكُن لَّهُۥ كُفُوًا أَحَدُۢ ٤
dan tidak ada sesuatu yang setara dengan Dia

Tidak ada sesuatu yang sejenis dengan-Nya. Tidak ada sesiapa yang menyamai-Nya atau yang menyerupai-Nya. Dia tiada teman dan tiada gandingan. Tidak ada yang sebanding atau setara dengan-Nya, samada dalam kewujudan-Nya, dalam sifat-Nya mahupun dalam penciptaan-Nya. Makhluk tidak mampu mencipta sesuatu yang sebanding atau setara dengan penciptaan Allah Subhanahuwata’ala.

Setiap penetapan (Allah Maha Esa, Allah sebagai Rab tempat bergantung, Allah tidak beranak, Allah tidak diperanakkan dan Allah, tiada sesuatu yang setara dengan-Nya) adalah asas tauhid, iaitu asas bagi aqidah Islam.

Penetapan itu adalah sanggahan terhadap fahaman yang mengatakan wujudnya dua tuhan bagi alam, iaitu tuhan cahaya dan tuhan kegelapan. Juga sanggahan terhadap fahaman triniti Nasrani yang mengatakan wujud tiga tuhan. Dan juga sanggahan terhadap golongan yang menyembah bintang, kaum Yahudi yang menyatakan ‘Uzair anak Allah, golongan sesat yang menyatakan malaikat adalah puteri-puteri Allah dan para musyrikin yang menjadikan patung berhala sebagai sekutu atau gandingan bagi Allah.

Berdasarkan penetapan tauhid di atas, Sayyid Qutub menyatakan bahawa, dari sini lahirlah manhaj kehidupan manusia yang sempurna. Manhaj kehidupan ini meliputi manhaj-manhaj:

Manhaj untuk manusia beribadah kepada Allah Subhanahuwata’ala sahaja dan tidak beribadah kepada selain-Nya.

Manhaj untuk menuju kepada Allah Subhanahuwata’ala sahaja ketika berharap dan takut, ketika senang dan susah serta ketika bahagia dan derita.

Manhaj untuk menerima sesuatu daripada Allah Subhanahuwata’ala sahaja. Iaitu menerima aqidah, tasawwur (konsepsi) kehidupan, nilai-nilai, norma-norma, syari’at, undang-undang, peraturan, adab dan tradisi.

Manhaj untuk bergerak dan beramal kerana Allah Subhanahuwata’ala semata-mata. Iaitu untuk mendekatkan diri kepada-Nya semata-mata.

Manhaj yang menghubungkan hati manusia dengan segala yang wujud dengan hubungan cinta, kasih sayang, lemah lembut dan saling bertinteraksi.

Surah yang pendek ini sebanding dengan sepertiga al-Qur’an, sebagaimana disebut dalam beberapa riwayat yang sahih. Imam Bukhari meriwayatkan bahawa seorang lelaki mendengar seorang lelaki lain membaca قُلۡ هُوَ ٱللَّهُ أَحَدٌ berulang-ulang. Pada keesokannya ia datang kepada Nabi Sallallahu’alaihiwasallam dan melaporkan hal itu, seakan-akan ia mempersoalkannya. Kemudian Nabi Sallallahu’alaihiwasallam bersabda:

“Demi Allah yang jiwaku berada dalam genggaman-Nya, sesungguhnya surah ini sebanding dengan sepertiga al-Qur’an”

Daftar Rujukan:

Tafsir Al-Munir, Juz 30, Dr. Wahbah Al-Zuhaily (Terjemahan). Penerbit: Persatuan Ulama Malaysia dan Intel Multimedia And Publication, Selangor, 2001.

Tafsir Fi Zhilalil Qur’an (Di Bawah Naungan Al-Qur’an), Sayyid Quthb. Penerbit: Gema Insani, Jakarta, 2001.

Mukhtashar Tasir Ibn Katsir (Ringkasan Tafsir Ibn Katsir), Syaikh Muhammad Ali Ash-Shabuni. Penerbit: Jabal, Bandung, 2013.

Tafsir Al-Wadih, Dr Muhammad Mahmud Hijazi (Terjemahan). Penerbit: Pustaka Salam, Kuala Lumpur, 2005.

Al-Qur’an dan Terjemahnya. Penerbit: Jaffar Abdullah Bajrai, Batu Pahat, Johor.

Wednesday, June 12, 2024

Punishment for missing salah (prayers) without valid reasons... Hell ♨️

Ayat Kaligrafi Kiswah Ka’bah (Bahagian Kanan - di bawah pancur emas) 🕋


Ayat Kaligrafi Kiswah Ka’bah (Bahagian Kanan - di bawah pancur emas) 🕋

Ayat yang tertulis pada kaligrafi ka’bah pada bahagian sisi kanan adalah :

1️⃣ بِسْمِ اللّٰهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ (Al-Fatihah : 1)
اَلْحَجُّ اَشْهُرٌ مَّعْلُوْمٰتٌ ۚ فَمَنْ فَرَضَ فِيْهِنَّ الْحَجَّ فَلَا رَفَثَ وَلَا فُسُوْقَ وَلَا جِدَالَ فِى الْحَجِّ ۗ (Al-Baqarah : 197)
2️⃣ وَمَا تَفْعَلُوْا مِنْ خَيْرٍ يَّعْلَمْهُ اللّٰهُ ۗ وَتَزَوَّدُوْا فَاِنَّ خَيْرَ الزَّادِ التَّقْوٰىۖ وَاتَّقُوْنِ يٰٓاُولِى الْاَلْبَابِ (Al-Baqarah : 197)
3️⃣ لَيْسَ عَلَيْكُمْ جُنَاحٌ اَنْ تَبْتَغُوْا فَضْلًا مِّنْ رَّبِّكُمْ ۗ فَاِذَآ اَفَضْتُمْ مِّنْ عَرَفَاتٍ فَاذْكُرُوا اللّٰهَ عِنْدَ الْمَشْعَرِ الْحَرَامِ ۖ (Al-Baqarah : 198)
4️⃣ وَاذْكُرُوْهُ كَمَا هَدٰىكُمْ ۚ وَاِنْ كُنْتُمْ مِّنْ قَبْلِهٖ لَمِنَ الضَّاۤلِّيْنَ – ١٩٨ ثُمَّ اَفِيْضُوْا مِنْ حَيْثُ اَفَاضَ النَّاسُ وَاسْتَغْفِرُوا اللّٰهَ ۗ (Al-Baqarah : 198-199)
5️⃣ بِسْمِ اللّٰهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ (Al-Fatihah : 1)
قُلْ هُوَ اللّٰهُ اَحَدٌۚ . اَللّٰهُ الصَّمَدُۚ . لَمْ يَلِدْ وَلَمْ يُوْلَدْۙ . وَلَمْ يَكُنْ لَّهٗ كُفُوًا اَحَدٌ. (Al-Ikhlash : 1-4)
6️⃣ يا رحمن يا رحيم
7️⃣ بِسْمِ اللّٰهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ (Al-Fatihah : 1)
نَبِّئْ عِبَادِيْٓ اَنِّيْٓ اَنَا الْغَفُوْرُ الرَّحِيْمُۙ (Al-Hijr : 49)
8️⃣ اَلْحَمْدُ لِلّٰهِ رَبِّ الْعٰلَمِيْنَ (Al-Fatihah : 2)
9️⃣ قال الله تعالى
وَاِذَا سَاَلَكَ عِبَادِيْ عَنِّيْ فَاِنِّيْ قَرِيْبٌ ۗ اُجِيْبُ دَعْوَةَ الدَّاعِ اِذَا دَعَانِۙ (Al-Baqarah : 186)
1️⃣0️⃣ ياحي ياقيوم
1️⃣1️⃣ بِسْمِ اللّٰهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ (Al-Fatihah : 1)
قُلْ هُوَ اللّٰهُ اَحَدٌۚ . اَللّٰهُ الصَّمَدُۚ . لَمْ يَلِدْ وَلَمْ يُوْلَدْۙ . وَلَمْ يَكُنْ لَّهٗ كُفُوًا اَحَدٌ. (Al-Ikhlash : 1-4)

#Kaabah

Salah satu dari ayat Quran yang tertulis di kain penutup pintu Ka'bah


Salah satu dari ayat Quran yang tertulis di kain penutup pintu Ka'bah 🕋

وَسَارِعُوٓا إِلٰى مَغْفِرَةٍ مِّنْ رَّبِّكُمْ وَجَنَّةٍ عَرْضُهَا السَّمٰوٰتُ وَالْأَرْضُ أُعِدَّتْ لِلْمُتَّقِينَ

Dan segeralah kamu kepada (mengerjakan amal-amal yang baik untuk mendapat) keampunan dari Tuhan kamu, dan (mendapat) Syurga yang bidangnya seluas segala langit dan bumi, yang disediakan bagi orang-orang yang bertaqwa;
(Quran, Surah Ali 'Imran 3: Ayat 133)

#Kaabah #Quran #SurahAliImran #Surah3

Mohonlah pertolongan kepada Allah dengan sabar dan solat

Memohon perlindungan kepada Allah dari hasutan Syaitan yang direjam


Memohon perlindungan kepada Allah dari hasutan Syaitan yang direjam

Allah Subhanahu Wa Ta'ala berfirman:

فَإِذَا قَرَأۡتَ ٱلۡقُرۡءَانَ فَٱسۡتَعِذۡ بِٱللَّهِ مِنَ ٱلشَّيۡطَٰنِ ٱلرَّجِيمِ

Oleh itu, apabila engkau membaca Al-Qur'an, maka hendaklah engkau terlebih dahulu) memohon perlindungan kepada Allah dari hasutan Syaitan yang kena rejam.

(Quran; Surah An-Nahl 16: Ayat 98)

#Quran #AlQuran #SurahAnNahl #Surah16 #ayat98 #surah16ayat98

Perform sujud correctly


Perform sujud correctly

#sujud #salah #solat

Please Join my facebook's fan page