Latest
Monday, May 27, 2024
Jika anda ada akaun TikTok, silakan ikuti saya di TT @a_sanusi_h
Jika anda ada akaun TikTok, silakan ikuti saya
Pls follow my TikTok
TT @a_sanusi_h
Terima kasih.
Thank you.
Sunday, May 26, 2024
Amalan Sunnah Sebelum Tidur
Amalan Sunnah Sebelum Tidur
Rasulullah s.a.w menggabungkan kedua tangannya dan meniupnya, dan membaca: surah Al-Ikhlas, surah Al-Falaq, surah An-Nas. Kemudian baginda menyapukan kedua tangannya ke tubuhnya dimulai dari kepalanya, wajahnya, dan bahagian depan tubuhnya beliau s.a.w. membacanya sebanyak 3 kali.
(Hadis riwayat Imam Bukhari)
Sesungguhnya Allah menyertai (menolong) orang-orang yang sabar
Sesungguhnya Allah menyertai (menolong) orang-orang yang sabar
يَٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ ٱسۡتَعِينُواْ بِٱلصَّبۡرِ وَٱلصَّلَٰوةِ ۚ إِنَّ ٱللَّهَ مَعَ ٱلصَّٰبِرِينَ
Wahai sekalian orang-orang yang beriman! Mintalah pertolongan (untuk menghadapi susah payah dalam menyempurnakan sesuatu perintah Tuhan) dengan bersabar dan dengan (mengerjakan) solat; kerana sesungguhnya Allah menyertai (menolong) orang-orang yang sabar.
(Quran; Surah Al-Baqarah 2: Ayat 153)
#Quran #AlQuran #SurahAlBaqarah #Surah2 #ayat153 #solat #sabar #kesabaran #bersabar
Saturday, May 25, 2024
حَسْبُنَا اللَّهُ وَنِعْمَ الْوَكِيلُ "Hasbunallahu wa ni’mal wakil"
Cukuplah Allah (menjadi penolong) bagi kami dan Dia sebaik-baik pelindung
Cukuplah Allah (menjadi penolong) bagi kami dan Dia sebaik-baik pelindung
ٱلَّذِينَ قَالَ لَهُمُ ٱلنَّاسُ إِنَّ ٱلنَّاسَ قَدۡ جَمَعُواْ لَكُمۡ فَٱخۡشَوۡهُمۡ فَزَادَهُمۡ إِيمَٰنًا وَقَالُواْ حَسۡبُنَا ٱللَّهُ وَنِعۡمَ ٱلۡوَكِيلُ
Mereka juga ialah yang diberitahu oleh orang-orang (pembawa berita) kepada mereka: "Bahawa kaum (kafir musyrik) telah mengumpulkan tentera untuk memerangi kamu, oleh itu hendaklah kamu gerun kepadanya". Maka berita itu makin menambahkan iman mereka lalu berkata: "Cukuplah Allah untuk (menolong) kami, dan Ia sebaik-baik pengurus (yang terserah kepadaNya segala urusan kami)".
(Quran; Surah Ali 'Imran 3: Ayat 173)
#Quran #AlQuran #SurahAliImran #Surah3 #ayat173
Pensyarah: Kewangan dan Pelaburan Islam & Motivasi
Sebelum pandemik covid-19 melanda dunia pada awal 2020, kerap juga saya dijemput mengajar di universiti dan institusi/syarikat terutamanya dalam bidang berkaitan kewangan & pelaburan Islam dan motivasi.
Dalam rekod, saya pernah sampaikan syarahan di 26 kampus universiti di 3 negara (Malaysia, Indonesia, Brunei). Alhamdulillah.
Gambar: Ceramah saya di Universiti Teknologi MARA (UiTM), Melaka pada 25 Mei 2016 (tepat 8 tahun yang lalu).
*Saya masih boleh dan berminat mengajar, jika ada jemputan, insya-Allah.
Friday, May 24, 2024
Berselawatlah
Berselawatlah
Allah Subhaanhu Wa Ta’aala berfirman:
إنَّ اللهَ وَمَلاَئِكَتَهُ يُصَلُّونَ عَلَى النَّبِيِّ يَا أيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا صَلُّوا عَلَيْهِ وَسَلِّمُوا تَسْلِيمًا
“Sesungguhnya Allah dan malaikat-malaikat-Nya berselawat untuk Nabi. Wahai orang-orang yang beriman, berselawatlah kamu untuk Nabi dan ucapkanlah salam penghormatan kepadanya.”
(Quran, surah Al-Ahzab 33: ayat 56)
#Quran #AlQuran #SurahAlAhzab #Surah33 #ayat56 #selawat #shalawat #sholawat
Subscribe to:
Posts (Atom)








