Istighfar dan Taubat
أَسْتَغْفِرُ اللَّهَ الْعَظِيمَ الَّذِي لاَ إِلَهَ إِلاَّ هُوَ الْحَيَّ الْقَيُّومَ وَأَتُوبُ إِلَيْهِ
Istighfar dan Taubat
أَسْتَغْفِرُ اللَّهَ الْعَظِيمَ الَّذِي لاَ إِلَهَ إِلاَّ هُوَ الْحَيَّ الْقَيُّومَ وَأَتُوبُ إِلَيْهِ
Hadis Kelebihan Surah Al-Mulk
1. Ada suatu surah dalam Al Quran yang terdiri dari tiga puluh ayat dan dapat memberi syafa’at bagi yang membacanya, sehingga dia diampuni, iaitu: surah Al Mulk. (Hadis riwayat Imam Tirmizi, Abu Daud, Ibnu Majah dan Ahmad)
2. Surah Al Mulk adalah penghalang dan penyelamat yang menyelamatkan pembacanya dari seksa kubur. (Hadis riwayat Imam Tirmizi)
3. Dahulu Nabi tidak tidur malam sebelum baginda SAW membaca surah As Sajdah dan surah Al Mulk. (Hadis riwayat Imam Tirmizi)
4. Barangsiapa membaca surah Al Mulk setiap malam, maka Allah akan menghalanginya dari seksa kubur. Para sahabat di masa Rasulullah SAW menamakan surat tersebut “Al Mani’ah” (penghalang dari siksa kubur). (Hadis riwayat Imam Nasai)
Kehidupan Dunia Hanyalah Kesenangan Sementara | Akhirat Itulah Sahaja Negeri Yang Kekal
يَٰقَوۡمِ إِنَّمَا هَٰذِهِ ٱلۡحَيَٰوةُ ٱلدُّنۡيَا مَتَٰعٞ وَإِنَّ ٱلۡأٓخِرَةَ هِيَ دَارُ ٱلۡقَرَارِ
"Wahai kaumku! Sesungguhnya kehidupan dunia ini hanyalah kesenangan (untuk sementara waktu sahaja), dan sesungguhnya hari akhirat itulah sahaja negeri yang kekal."
(Quran, Surah Ghafir 40: Ayat 39)
Memperbanyakkan selawat pada hari Jumaat
اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ
Timbangan Amal Yang Baik | Orang-Orang Yang Berjaya
وَٱلۡوَزۡنُ يَوۡمَئِذٍ ٱلۡحَقُّ ۚ فَمَن ثَقُلَتۡ مَوَٰزِينُهُۥ فَأُوْلَٰٓئِكَ هُمُ ٱلۡمُفۡلِحُونَ
Dan timbangan amal pada hari itu adalah benar; maka sesiapa yang berat timbangan amalnya (yang baik), maka mereka itulah orang-orang yang berjaya.
(Quran, Surah Al-A'raf 7: Ayat 8)
Doa Agar Dibuka Lapan Pintu:
1. Pintu kebaikan
2. Pintu keberkatan
3. Pintu kenikmatan
4. Pintu rezeki
5. Pintu kekuatan
6. Pintu kesihatan
7. Pintu keselamatan
8. Pintu-pintu Syurga
30 MALAIKAT BEREBUT UNTUK MENJADI YANG PERTAMA KALI MENULIS PAHALANYA
Rifa'ah bin Rafi' al-Zuraqi رضى الله عنه berkata:
كُنَّا يَوْمًا نُصَلِّي وَرَاءَ النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، فَلَمَّا رَفَعَ رَأْسَهُ مِنَ الرَّكْعَةِ قَالَ: "سَمِعَ اللَّهُ لِمَنْ حَمِدَهُ"
Pada suatu hari kami solat di belakang Nabi ﷺ, ketika Baginda mengangkat kepala dari rukuk sambil mengucapkan: سَمِعَ اللَّهُ لِمَنْ حَمِدَهُ (Semoga Allah menerima doa orang yang memujiNya),
قَالَ رَجُلٌ وَرَاءَهُ: "رَبَّنَا وَلَكَ الحَمْدُ حَمْدًا كَثِيرًا طَيِّبًا مُبَارَكًا فِيهِ"،
Maka seorang laki-laki di belakang Baginda mengucapkan, رَبَّنَا وَلَكَ الحَمْدُ حَمْدًا كَثِيرًا طَيِّبًا مُبَارَكًا فِيهِ (Wahai Rabb kami, bagiMulah segala puji dengan pujian yang banyak, yang baik lagi diberkati).
فَلَمَّا انْصَرَفَ، قَالَ: "مَنِ المُتَكَلِّمُ"، قَالَ: "أَنَا"،
Selepas selesai solat, Baginda bertanya: ‘Siapa yang mengucapkan kalimah tadi?’ Sahabat itu menjawab, ‘Aku’.
قَالَ: "رَأَيْتُ بِضْعَةً وَثَلاَثِينَ مَلَكًا يَبْتَدِرُونَهَا أَيُّهُمْ يَكْتُبُهَا أَوَّلُ"
Baginda bersabda, ‘AKU MELIHAT 30 MALAIKAT BEREBUT UNTUK MENJADI YANG PERTAMA KALI MENULISNYA (PAHALANYA)'
(Hadis Riwayat al-Bukhari, hadis no: 799)