Latest

Sunday, July 16, 2023

Sayyidul Istighfar, Istighfar Terbaik (Penghulu istighfar)

DOA KETIKA MENGHADAPI MASALAH


DOA KETIKA MENGHADAPI MASALAH 🤲

اللَّهُمَّ رَحْمَتَكَ أَرْجُو فَلَا تَكِلْنِي إِلَى نَفْسِي طَرْفَةَ عَيْنٍ وَأَصْلِحْ لِي شَأْنِي كُلَّهُ لَا إِلَهَ إِلَّا أَنْتَ

Maksudnya: "Ya Allah, sesungguhnya daku mengharapkan rahmatMu dari itu janganlah Engkau membiarkan daku menguruskan diriku sendiri walaupun sekelip mata.

[Hadis Riwayat Abu Daud, 5090, Status hadis: Hasan]

KELEBIHAN ZIKIR lailahaillallah wahdahula syarikalah...100 KALI SEHARI


KELEBIHAN ZIKIR lailahaillallah wahdahula syarikalah... 100 KALI SEHARI

لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللَّهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيكَ لَهُ ، لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ ، وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَىْءٍ قَدِيرٌ
x100
[Tidak ada Tuhan selain Allah, tidak ada sekutu bagiNya, milikNya segala kerajaan dan bagiNya segala pujian, dan Dia Maha Kuasa atas segala sesuatu]
x100

“Sebaik-baik doa adalah doa di hari Arafah, dan sebaik-baik zikir yang aku ucapkan dan juga diucapkan para nabi sebelumku adalah, “لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللَّهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيكَ لَهُ لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَىْءٍ قَدِير”. - (Hadis diriwayatkan oleh Al-Tirmizi)

رَبَّنَا آتِنَا فِىْ الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِىْ الآخِرَةِ حَسَنَةً وَّقِنَا عَذَابَ النَّارِ
(Wahai Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat, dan peliharalah kami dari azab neraka)

-----
ﺍَﻟﻠﻬُﻢَّ ﺻَﻞِّ ﻋَﻠَﻰ ﺳَﻴِّﺪِﻧَﺎ ﻣُﺤَﻤَّﺪٍ ﻭَﻋَﻠَﻰ ﺁﻝِ ﺳَﻴِّﺪِﻧَﺎ ﻣُﺤَﻤَّﺪٍ

JANGAN JEMU DOAKAN IBUBAPA KITA


JANGAN JEMU DOAKAN IBUBAPA KITA

1. Rasulullah s.a.w mendidik para sahabat supaya sentiasa mendoakan kedua ibubapa. Ini kerana, doa kita mampu membantu meninggikan kedudukan mereka di sisi Allah.

2. Di dalam al-Quran, Allah mengajar kita supaya sentiasa mendoakan kedua ibubapa kita. Firman Allah سُبْحَانَهُ وَتَعَالَى :

وَقُلْ رَبِّ ارْحَمْهُمَا كَمَا رَبَّيَانِي صَغِيرًا

“Dan doakanlah (untuk mereka dengan berkata) Wahai Tuhanku,  cucurilah rahmat kepada mereka berdua  sebagaimana mereka mengasihani kami sejak dari kecil.”

(Surah Al-Isra: 24)

3.  Mendoakan mereka juga adalah sunnah para Nabi. Di dalam al-Quran Allah mendatangkan beberapa contoh Nabi yang mendoakan kedua ibubapa mereka. Antaranya adalah doa Nabi Nuh:

رَبِّ اغْفِرْ لِي وَلِوَالِدَيَّ وَلِمَن دَخَلَ بَيْتِيَ مُؤْمِناً وَلِلْمُؤْمِنِينَ وَالْمُؤْمِنَاتِ

“Wahai Tuhanku, ampunlah bagiku, dan kedua ibubapaku serta sesiapa yang masuk ke rumahku dalam keadaan beriman.”
(Surah Nuh: 28)

4. Sebahagian sarjana Muslim berpandangan bahawa sentiasa berbuat baik kepada ibubapa itu boleh melapangkan rezeki seseorang. Ini kerana menurut al-Imam al-Badr al-Aini, berbuat baik kepada ibubapa itu adalah sebaik-baik amalan dalam menghubungkan silaturrahim. Dan orang yang menghubungkan silaturrahim ini akan dipermudahkan rezekinya di sisi Allah. Sabda Rasulullah SAW. 

من أحب أن يبسط له في رزقه فليصل رحمه

“Barangsiapa yang berharap agar diperluaskan rezekinya maka hubungkanlah silaturrahim.”

Oleh itu, jangan jemu mendoakan dan berlaku baik kepada ibubapa kita semasa mereka masih hidup atau telah meninggal dunia. Sentiasa doakan mereka seusai solat kita.

Wallahua'lam.

Bersyukur dan Bersabar

Bersyukur dan Bersabar

Daripada Shuhaib r.a berkata, Rasulullah s.a.w bersabda: 

“Amat menakjubkan urusan seorang Mukmin kerana setiap urusannya adalah baik dan itu tidak akan berlaku kepada seorang pun kecuali kepada seorang Mukmin (yang sempurna keimanannya). Jika dia mendapat sesuatu yang mengembirakan dia bersyukur, maka itu adalah kebaikan baginya. Jika dia ditimpa kesusahan dia bersabar, maka itu adalah kebaikan baginya.” 

(Hadis Riwayat Muslim No. 2999, Status Hadis Sahih)

۞ اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ ۞

Friday, July 14, 2023

Waktu Doa Makbul | Hari Jumaat, Selepas Solat Asar Sebelum Maghrib

Waktu Doa Makbul | Hari Jumaat, Selepas Solat Asar Sebelum Maghrib 

Rasulullah s.a.w bersabda:

يَوْمُ الجُمُعة ثِنْتَا عَشْرَةَ سَاعَةً ، لاَ يُوجَد فِيهَا عَبْدٌ مُسْلِمٌ يَسْأَلُ الله شَيْئاً إِلاَّ آتَاهُ إِيَّاهُ ، فَالْتَمِسُوهَا آخِرَ سَاعَةٍ بَعْدَ العَصْر

"Hari Jumaat ada 12 bahagian masa yang mana tiada seorang hamba muslim berdoa padanya kecuali akan diberikan (maqbul), maka CARILAH IA di HUJUNG WAKTU SELEPAS ASAR." 

(Hadis riwayat Imam Abu Daud - hadis sahih)

Barangsiapa yang membaca (Surah Al-Ikhlas, Surah Al-Falaq, Surah An-Nas )3 kali ketika pagi dan petang maka dia akan dicukupkan dari segala sesuatu


Surah 3 Qul

3 Qul:
- Surah Al-Ikhlas (112)
- Surah Al-Falaq (113)
- Surah An-Nas (114)

Rasulullah s.a.w bersabda:
"Barangsiapa yang membaca (Surah Al-Ikhlas, Surah Al-Falaq, Surah An-Nas )3 kali ketika pagi dan petang maka dia akan dicukupkan dari segala sesuatu."

[Hadis riwayat Imam Abu Daud (5082), Imam Tirmizi (3575), sahih hasan]



Please Join my facebook's fan page