Latest
Thursday, May 25, 2023
Wednesday, May 24, 2023
Tuesday, May 23, 2023
Sajak: Terlena (Almarhum Profesor Hamka)
TERLENA
Waktu berlalu begitu pantas menipu kita yang terlena.
Belum sempat berzikir di waktu pagi, hari sudah menjelang siang, Belum sempat bersedekah pagi, matahari sudah meninggi.
Niat pukul 9.00 pagi hendak solat Dhuha, tiba-tiba azan Zuhur sudah terdengar.
Teringin setiap pagi membaca 1 juzuk Al-Quran, menambah hafalan satu hari satu ayat, itu pun tidak dilakukan.
Rancangan untuk tidak akan melewatkan malam kecuali dengan tahajjud dan witir, walau pun hanya 3 rakaat, semua tinggal angan-angan.
Beginikah berterusannya nasib hidup menghabiskan umur? Berseronok dengan usia?.
Lalu tiba-tiba menjelmalah usia di angka 30, sebentar kemudian 40, tidak lama terasa menjadi 50 dan kemudian orang mula memanggil kita dengan panggilan "Tok Wan, Atok...Nek" menandakan kita sudah tua.
Lalu sambil menunggu Sakaratul Maut tiba, diperlihatkan catatan amal yang kita pernah buat....
Astaghfirullah, ternyata tidak seberapa sedekah dan infak cuma sekadarnya, mengajarkan ilmu tidak pernah ada, silaturrahim tidak pernah buat.
Justeru, apakah roh ini tidak akan melolong, meraung, menjerit menahan kesakitan di saat berpisah daripada tubuh ketika Sakaratul Maut?.
Tambahkan usiaku ya Allah, aku memerlukan waktu untuk beramal sebelum Kau akhiri ajalku.
Belum cukupkah kita menyia-nyiakan waktu selama 30, 40, 50 atau 60 tahun?.
Perlu berapa tahun lagikah untuk mengulang pagi, siang, petang dan malam, perlu berapa minggu, bulan, dan tahun lagi agar kita BERSEDIA untuk mati?
Kita tidak pernah merasa kehilangan waktu dan kesempatan untuk menghasilkan pahala, maka 1,000 tahun pun tidak akan pernah cukup bagi orang-orang yang terlena.
~ Al Marhum Profesor Hamka
Monday, May 22, 2023
Friday, May 19, 2023
Akhlak dan Adab
Akhlak dan Adab
Rasulullah ﷺ bersabda:
“Bukanlah (golongan ini) daripada orang beriman yang sempurna imannya : orang yang suka mengecam, suka melaknat yang suka bercakap kufur dan yang suka mencarut.”
[Hadis Riwayat Imam Ahmad]
Monday, May 15, 2023
3 Amalan Yang Paling Allah Sukai
3 amalan yang paling Allah sukai:
1️⃣ solat tepat pada waktunya (di awal waktu)
2️⃣ melakukan kebaikan kepada kedua-dua ibu bapa
3️⃣ jihad kerana agama Allah
(Sahih Bukhari & Muslim)
Sunday, May 14, 2023
Subscribe to:
Posts (Atom)







