Latest

Friday, March 03, 2023

Mengajak Ke Arah Kebaikan

 Mengajak Ke Arah Kebaikan

Rasulullah s.a.w bersabda:

مَنْ دَعَا إِلَى هُدًى كَانَ لَهُ مِنَ الأَجْرِ مِثْلُ أُجُورِ مَنْ تَبِعَهُ لاَ يَنْقُصُ ذَلِكَ مِنْ أُجُورِهِمْ شَيْئًا

"Sesiapa yang mengajak ke arah kebaikan, dia akan mendapat ganjaran yang sama dengan ganjaran mereka yang mengikuti kebaikan tersebut, tanpa dia mengurangkan walau sedikit pun ganjaran mereka."

[Hadis riwayat Imam Abu Daud (4609)]

Memperbanyakkan selawat pada hari Jumaat


Memperbanyakkan selawat pada hari Jumaat

اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ

Thursday, March 02, 2023

Apa maksud rezeki yang berkat?

Beautiful Du'a From Sunnah


Ya Allah,
help me to remember You,
to be grateful to You,
and to worship You in the most excellent manner.

Aamiin

Perumpamaan Orang Yang Berzikir dan Tidak Berzikir

Menimbun Pahala Dengan Al-Qura

Berbuat Baik Kepada Ibu Bapa


Berbuat Baik Kepada Ibu Bapa

Allah Subhanahu Wa Ta'ala berfirman:

وَقَضَىٰ رَبُّكَ أَلَّا تَعۡبُدُوٓاْ إِلَّآ إِيَّاهُ وَبِٱلۡوَٰلِدَيۡنِ إِحۡسَٰنًا ۚ إِمَّا يَبۡلُغَنَّ عِندَكَ ٱلۡكِبَرَ أَحَدُهُمَآ أَوۡ كِـلَاهُمَا فَلَا تَقُل لَّهُمَآ أُفٍّ وَلَا تَنۡهَرۡهُمَا وَقُل لَّهُمَا قَوۡلًا كَرِيمًا

"Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepadaNya semata-mata, dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang dari keduanya, atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan "Ha", dan janganlah engkau menengking menyergah mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia (yang bersopan santun)."

(Quran, Surah Al-Isra' 17: Ayat 23)

Wednesday, March 01, 2023

Membaca Satu Huruf Dari Al-Quran Mendapat Sepuluh Pahala


Membaca Satu Huruf Dari Al-Quran Mendapat Sepuluh Pahala

عَنْ عَبْد اللَّهِ بْنَ مَسْعُودٍ رضى الله عنه يَقُولُ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- « مَنْ قَرَأَ حَرْفًا مِنْ كِتَابِ اللَّهِ فَلَهُ بِهِ حَسَنَةٌ وَالْحَسَنَةُ بِعَشْرِ أَمْثَالِهَا لاَ أَقُولُ الم حرْفٌ وَلَكِنْ أَلِفٌ حَرْفٌ وَلاَمٌ حَرْفٌ وَمِيمٌ حَرْفٌ ».

“Abdullah bin Mas’ud radhiyallahu ‘anhu berkata: “Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Siapa yang membaca satu huruf dari Al-Quran maka baginya satu kebaikan dengan bacaan tersebut, satu kebaikan dilipatkan menjadi 10 kebaikan semisalnya dan aku tidak mengatakan الم satu huruf akan tetapi Alif satu huruf, Laam satu huruf dan Miim satu huruf.” (HR. Tirmizi dan dishahihkan di dalam kitab Shahih Al Jami’, no. 6469)

عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بن مسعود رضى الله عنه قَالَ : تَعَلَّمُوا هَذَا الْقُرْآنَ ، فَإِنَّكُمْ تُؤْجَرُونَ بِتِلاَوَتِهِ بِكُلِّ حَرْفٍ عَشْرَ حَسَنَاتٍ ، أَمَا إِنِّى لاَ أَقُولُ بِ الم وَلَكِنْ بِأَلِفٍ وَلاَمٍ وَمِيمٍ بِكُلِّ حَرْفٍ عَشْرُ حَسَنَاتٍ.

“Abdullah bin Mas’ud radhiyallahu ‘anhu berkata: “Pelajarilah Al Quran ini, kerana sesungguhnya kalian diganjar dengan membacanya setiap hurufnya 10 kebaikan, aku tidak mengatakan itu untuk الم , akan tetapi untuk Alif, Laam, Miim, setiap hurufnya sepuluh kebaikan.” (Atsar riwayat Ad Darimy dan disebutkan di dalam kitab Silsilat Al Ahadits Ash Shahihah, no. 660).

Dan hadis ini sangat menunjukan dengan jelas, bahawa muslim siapapun yang membaca Al-Quran baik faham atau tidak faham, maka dia akan mendapatkan ganjaran pahala sebagaimana yang dijanjikan. Dan sesungguhnya kemuliaan Allah Ta’ala itu Maha Luas, meliputi seluruh makhluk, baik orang Arab atau ‘Ajam (yang bukan Arab), baik yang boleh bahasa Arab atau tidak.

Para imam terdahulu salah satu contohnya adalah imam Syafi’I mampu menamatkan Al-Qur’an 60 kali dalam bulan ramadhan. Memang para ulama terdahulu sangat serius sekali dalam bertadarrus di bulan Ramadhan. Dan yang lainnya adalah:
a. Usman bin Affan radhiAllah 'Azza wa Jalla ‘anhu menamatkan Al-Qur’an setiap hari dalam bulan ramadhan.
b. Al-Aswad menamatkan tadarrusnya setiap malam dalam bulan Ramadhan.
c. Qatadah menamatkan tadarrusnya setiap tiga hari dalam bulan Ramadhan, tapi kalau masuk sepuluh malam terakhir Ramadhan, dia menamatkan setiap malam sekali.

Antara waktu yang mudah untuk kita menghafalkan atau membaca Al-Qur’an iaitu setelah maghrib sampai ‘isya dan setelah subuh. Waktu-waktu itu mempermudah kita menghafal dan membaca Al-Qur’an , sehingga kita dapat lebih konsentrasi, mudah mengingat dan mudah dalam mentadaburi Al-Qur’an. Selain itu kita dapat melakukanya pada saat kita mempunyai waktu luang yang kosong. Dan bagi kamu yang belum lancar membaca Al-Qur’an kamu akan mendapatkan bonus tambahan.

Membaca Al-Quran bagaimanapun akan mendatangkan kebaikan

عَنْ عَائِشَةَ رضى الله عنها قَالَتْ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- « الْمَاهِرُ بِالْقُرْآنِ مَعَ السَّفَرَةِ الْكِرَامِ الْبَرَرَةِ وَالَّذِى يَقْرَأُ الْقُرْآنَ وَيَتَتَعْتَعُ فِيهِ وَهُوَ عَلَيْهِ شَاقٌّ لَهُ أَجْرَانِ »

“Aisyah radhiyallahu ‘anha meriwayatkan bahwa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Seorang yang lancar membaca Al Quran akan bersama para malaikat yang mulia dan senantiasa selalu taat kepada Allah, adapun yang membaca Al Quran dan terbata-bata di dalamnya dan sulit atasnya bacaan tersebut maka baginya dua pahala.” (Hadia riwayat Imam Muslim)

Membaca Al-Quran akan mendatangkan syafa’at

عَنْ أَبي أُمَامَةَ الْبَاهِلِىُّ رضى الله عنه قَالَ سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- يَقُولُ « اقْرَءُوا الْقُرْآنَ فَإِنَّهُ يَأْتِى يَوْمَ الْقِيَامَةِ شَفِيعًا لأَصْحَابِهِ

“Abu Umamah Al Bahily radhiyallahu ‘anhu berkata: “Aku telah mendengar Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Bacalah Al Quran kerana sesungguhnya dia akan datang pada hari kiamat sebagai pemberi syafa’at kepada orang yang membacanya.” (Hadis riwayat Imam Muslim)

Baca zikir ini 7 kali setiap pagi (selepas solat Subuh) dan petang (selepas solat Asar)

Please Join my facebook's fan page