Latest

Monday, January 16, 2023

4 dana patuh Syariah PMB berjaya mengatasi penanda aras dengan pulangan melebihi 30% bagi tempoh 3 tahun berakhir 31 Disember 2022


Dana-Dana Patuh Syariah (Islamic Unit Trust Funds) - PMB INVESTMENT

4 dana patuh Syariah PMB berjaya mengatasi penanda aras dengan pulangan melebihi 30% bagi tempoh 3 tahun berakhir 31 Disember 2022. Alhamdulillah.

Hubungi saya sekiranya berminat melabur dalam 19 dana patuh Syariah 🌙 yang diuruskan oleh PMB INVESTMENT [syarikat pengurusan dana Islam & syarikat kumpulan Pelaburan MARA Berhad (PMB)].

Dana-dana dilaburkan dalam bisnes patuh Syariah sahaja di pasaran lokal dan global.

Pelaburan Tunai & skim SPA KWSP (akaun 1).
Untuk penduduk Malaysia 🇲🇾 sahaja.

Sanusi | Group Agency Manager & Consultant
PMB INVESTMENT | Kuala Lumpur
Wasap: www.wasap.my/60192348786/danapatuhSyariahPMBinvestment

Laman web rasmi: www.pmbinvestment.com.my




Saturday, January 14, 2023

Zikir ini adalah tanaman di Syurga


Zikir ini adalah tanaman di Syurga

‎سُبْحَانَ اللَّهِ
Maha Suci Allah
‎وَالْحَمْدُ لِلَّهِ
Segala Puji Bagi Allah
‎وَلاَ إِلَهَ إِلاَّ اللَّهُ
Tiada Tuhan Selain Allah
‎وَاللَّهُ أَكْبَرُ
Allah Maha Besar

Seek Beneficial Knowledge Only


Seek Beneficial Knowledge Only

Rasulullah s.a.w said:
"Ask Allah for beneficial knowledge and seek refuge with Allah from knowledge that is of no benefit."

[Sunan Ibn Majah (3843)]

Zikir Di Pagi Hari


Zikir Di Pagi Hari

Zikir di pagi hari, sekurang-kurang 3 kali, dan boleh sebanyak-banyaknya.

Zikir ini diajarkan oleh Nabi s.a.w kepada isteri baginda iaitu Sayyidatina Juwaiyirah r.a.

Kebiasaannya, setelah selesai solat Subuh, Sayyidatina Juwairiyah akan duduk di ruang ibadahnya, memenuhi masanya dengan berzikir dan solat sehingga matahari meninggi. Pada suatu hari, Juwairiyyah meriwayatkan, “Rasulullah s.a.w datang ke rumahku ketika aku sedang solat dan berzikir di suatu pagi, waktu fajar. Kemudian Baginda pergi semula menyelesaikan urusannya. Di waktu dhuha Rasulullah s.a.w datang semula dan mendapati aku masih duduk di situ. Baginda bertanya yang bermaksud:

“Apakah kamu masih duduk mengerjakan solat dari Aku meninggalkan kamu tadi?”

Lalu aku menjawab, “Ya.”

Terus Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya:
“Sungguh!, aku telah membaca empat kalimat ini sebanyak tiga kali selepas aku meninggalkan kamu. Kalau ditimbang berat zikir ini, nescaya sama beratnya dengan berat timbangan ibadah yang kamu lakukan:

سُبْحَانَ اللهِ وَبِحَمْدِهِ: عَدَدَ خَلْقِهِ، وَرِضَا نَفْسِهِ، وَزِنَةَ عَرْشِهِ، وَمِدَادَ كَلِمَاتِهِ

“Subhanallahi Wa Bihamdihi, ‘Adada Khalqihi, Wa Rida Nafsihi, Wa Zinata ‘Arsyihi, Wa Midada Kalimatih.”

“Maha suci Allah. Aku memuji-Nya sebanyak bilangan makhluk-Nya, menurut keredaan-Nya, seberat timbangan ‘Arasy-Nya, dan sebanyak dakwat tulisan kalimat-Nya.””
(Hadis Riwayat Muslim, Tirmizi, Abu Daud dan Ibnu Majah)

Please Join my facebook's fan page