Latest

Thursday, February 27, 2025

BACA 100 AYAT QURAN PADA WAKTU MALAM (sekurang-kurangnya)


BACA 100 AYAT QURAN PADA WAKTU MALAM (sekurang-kurangnya)

Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda,

مَنْ قَرَأَ بِمِائَةِ آيَةٍ فِي لَيْلَةٍ كُتِبَ لَهُ قُنُوتُ لَيْلَةٍ

Barangsiapa membaca 100 ayat (al-Quran),dalam satu malam maka tertulis baginya pahala seperti solat sepanjang malam.
📚(Hadis riwayat Imam Ahmad: 16510, ash-Shahihah: 644 al-Albani)

#iqraalQuran #bacaQuran #readalQuran #Sunnah #Hadis #MusnadAhmad #MusnadAhmad16510

Bank Digital Islamik di Malaysia | Islamic Digital Banks in Malaysia 🇲🇾


Bank Digital Islamik di Malaysia | Islamic Digital Banks in Malaysia 🇲🇾

Ada boleh buka akaun simpanan dan pelaburan secara dalam talian (online) di 2 buah bank digital Islamik di Malaysia.

1) Be U by Bank Islam 
~ "The Friendliest Digital Bank"

Muat turun app (aplikasi) "Be U by Bank Islam" di Google Play atau Apple Store dan tolong gunakan kod rujukan (referral code) saya: AS076169

*Be U by Bank Islam membenarkan baki kosong (zero balance) untuk akaun Qard Savings Account-i.

2) AEON Bank
~ "The First Islamic Digital Bank"

Muat turun app (aplikasi) "AEON Bank" di Google Play atau App Store dan tolong gunakan kod rujukan (referral code) saya: AB784101

*Dalam tempoh promosi, AEON Bank akan berikan 3,000 AEON points yang boleh ditebuskan menjadi tunai berjumlah RM15 selepas anda membuka akaun.

Saya telah membuka akaun di kedua-dua bank digital Islamik ini. Bukan sekadar untuk buka akaun, anda boleh juga buat pembayaran bil, Jom Pay, DuitNow, pemindahan dana, bayaran secara QR code scan, bayar zakat, sedekah dll. Semuanya boleh dilakukan dari keselesaan di rumah anda dan tidak perlu bersusah payah ke bank. Kemudahan kad MyDebit (ATM) juga ada jika diperlukan.

Gunakan perkhidmatan kewangan patuh Syariah. 
Carilah yang halal, jauhi yang haram.
"Halalan toyyiban"

Saya hanya rekomen perkidmatan kewangan Islam yang patuh Syariah dan mematuhi peraturan kewangan negara.

Terima kasih.
Ahmad Sanusi Husain
(Certified Islamic Financial Planner/IFP)

#Islamicdigitalbank #bankdigitalIslamik #digitalbank #bankdigital #BeUbyBankIslam #AEONBank #perbankanIslam #Halal #Islamicbanking #onlinebanking #Malaysia

Sunday, January 26, 2025

Apakah Amalan Yang Paling Allah Sukai?

Apakah Amalan Yang Paling Allah Sukai?

Abdullah ibn Masud pernah bertanya kepada nabi s.a.w, “Apakah amalan yang paling Allah sukai?” Baginda menjawab, “Solat tepat pada waktunya.” Abdullah ibn Masud bertanya lagi, “Kemudian apa?” Baginda menjawab, “Melakukan kebaikan kepada kedua-dua ibu bapa.” Abdullah bertanya lagi, “Kemudian apa?” Nabi menjawab, “Jihad kerana agama Allah.”
[Hadis; Sahih Bukhari dan Sahih Muslim]

Tuesday, January 21, 2025

Taubat: Kembali Kepada Allah


Taubat: Kembali Kepada Allah

Setiap manusia pasti melakukan kesilapan dan dosa, tetapi Allah ﷻ Maha Pengampun dan sentiasa membuka pintu taubat bagi hamba-Nya yang benar-benar ingin kembali kepada-Nya.

Firman Allah ﷻ:
رَبَّنَا ظَلَمْنَا أَنفُسَنَا وَإِن لَّمْ تَغْفِرْ لَنَا وَتَرْحَمْنَا لَنَكُونَنَّ مِنَ الْخَاسِرِينَ

“Wahai Tuhan kami, kami telah menzalimi diri kami sendiri, dan jika Engkau tidak mengampuni kami dan memberi rahmat kepada kami, nescaya kami termasuk dalam golongan orang-orang yang rugi.”
(Surah Al-A’raf: 23)

Rasulullah ﷺ bersabda:
“Setiap anak Adam itu berdosa, dan sebaik-baik orang yang berdosa adalah mereka yang bertaubat.”
(HR. Tirmidzi, no. 2499)

Apa Yang Boleh Kita Buat?
   •   Segera bertaubat dengan penuh keikhlasan dan penyesalan.
   •   Berhenti serta-merta daripada dosa dan berazam untuk tidak mengulanginya.
   •   Perbanyakkan istighfar dan doa memohon keampunan.
   •   Jika dosa melibatkan manusia lain, kembalikan hak mereka atau minta maaf.
   •   Amalkan amalan soleh untuk menebus kesalahan lalu.
   •   Sentiasa ingat bahawa Allah ﷻ lebih gembira menerima taubat hamba-Nya daripada seorang yang kehilangan unta di padang pasir lalu menemukannya kembali.

Adakah aku benar-benar telah meninggalkan dosa dan kembali kepada Allah dengan sebenar-benarnya?

Solat Tahajjud


Solat Tahajjud

 وَمِنَ اللَّيْلِ فَتَهَجَّدْ بِهِ نَافِلَةً لَكَ عَسَى أَنْ يَبْعَثَكَ رَبُّكَ مَقَامًا مَحْمُودًا

“Dan pada sebahagian malam hari bersolat tahajudlah kamu sebagai suatu ibadah tambahan bagimu: mudah-mudahan Tuhan-mu mengangkat kamu ke tempat yang terpuji.” (Quran, Surah Al-Isra', ayat 79)

Saturday, January 18, 2025

Hendaklah beristiqomah dengan amalan qiyamullail dan jangan jadi seperti si fulan...


Hendaklah beristiqomah dengan amalan qiyamullail dan jangan jadi seperti si fulan...

(Hadis; Sahih Bukhari & Sahih Muslim)

#qiyamullail #tahajjud #Sunnah #Hadith #Hadis #SahihBukhari #SahihMuslim

Tuesday, January 14, 2025

Solat Tahajjud

Solat Tahajjud

Solat malam adalah terapi untuk menyejukkan jiwa kita dan waktu yang paling tepat untuk mengakui segala dosa yang pernah kita lakukan kepada Allah SWT. Di pertengahan malam, kita memohon kepada Allah SWT agar berkenan memberikan keampunan dan terus meminta tanpa penat dan lelah. Ini kerana sebaik mana pun mutu iman seseorang hamba, pasti ada unsur-unsur yang kotor, walaupun sedikit. Hamba yang baik adalah yang terus mengakui dan berusaha memperbaiki kekotoran tersebut. Solat malam adalah saat untuk mengakui kekotoran itu pada Allah SWT, menengadah dan mengetuk pintuNya agar diberikan maghfirah, rahmat dan barakah. Ini disebabkan salah satu hikmah solat malam adalah sebagai wahana mendekatkan diri kepada Allah SWT dan penghapus dosa. 

Rasulullah s.a.w bersabda: 
"Hendaklah kamu bangun malam. Sebab, hal itu merupakan kebiasaan orang-orang soleh sebelum kamu, wahana mendekatkan diri kepada Allah SWT, penghapus dosa dan pengusir penyakit dari dalam tubuh.” (Hadis riwayat Imam Tirmizi)

Monday, January 13, 2025

Kelebihan yang besar bagi solat ‘Isyak dan Subuh secara berjemaah


Kelebihan yang besar bagi solat ‘Isyak dan Subuh secara berjemaah

#solat #solatberjemaah #solatIsyak #Solatsubuh #Sunnah #Hadis #Hadith #SahihMuslim #SahihMuslim1055

Doa Untuk Orang Sakit


Doa Untuk Orang Sakit 🤲

#doa #berdoa

Bersyukur | Alhamdulillah


Bersyukur | Alhamdulillah

Allah Subhanahu Wa Ta'ala berfirman:

وَإِذۡ تَأَذَّنَ رَبُّكُمۡ لَئِن شَكَرۡتُمۡ لَأَزِيدَنَّكُمۡ ۖ وَلَئِن كَفَرۡتُمۡ إِنَّ عَذَابِي لَشَدِيدٞ

Dan (ingatlah) ketika Tuhan kamu memberitahu: "Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmatKu kepada kamu, dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azabKu amatlah keras."

(Al-Quran; Surah Ibrahim 14: Ayat 7)

#syukur #bersyukur #Alhamdulillah #Quran #AlQuran #SurahIbrahim #Surah14 #surah14ayat7

Please Join my facebook's fan page