Latest

Friday, June 28, 2024

Sunnah Hari Jumaat

Sunnah Hari Jumaat

1. Berselawat kepada Nabi Muhammad s.a.w

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: "Perbanyaklah selawat kepadaku di hari Jumaat dan malam Jumaat. Barangsiapa membaca selawat untukku satu kali, maka Allah berselawat (memberi rahmat) kepadanya sepuluh kali."
(Hadis hasan, lihat : As-Sahihah Mukhtasarah (lll/397, Asy-Syamilah)

2. Membaca Surah Al-Kahfi

Membaca surah al-Kahfi ini antara surah yang menjadi pilihan kerana mempunyai pelbagai kelebihan yang boleh kita dapati, antaranya ialah dapat menghindarkan diri kita daripada fitnah Dajal dan pelbagai lagi.
“Sesiapa yang membaca surah al-Kahfi pada hari Jumaat nescaya akan diterangkannya dengan satu cahaya di antara dua Jumaat.” 
(Hadis riwayat an-Nasaei, al-Baihaqi dan al-Hakim)

Thursday, June 27, 2024

Doa minta Allah kurniakan kecukupan rezeki dan kemampuan membayar hutang dan dijauhkan perkara yang haram


Doa minta Allah kurniakan kecukupan rezeki dan kemampuan membayar hutang dan dijauhkan perkara yang haram

Manusia boleh memberi sesuatu untuk membantu. Tetapi yang memberikan kecukupan hanyalah Allah ta’ala.

Abu Wa’il berkata: Seorang (hamba) lelaki datang kepada Ali radhiyallahu anhu. Lalu, (hamba) lelaki ini berkata: Bantulah aku untuk menyelesaikan bayaran mukatabah (supaya tuannya membebaskannya).

Ali radhiyallahu anhu berkata: Mahukah aku ajarkan engkau beberapa perkataan yang diajarkan oleh Rasulullah shallallahu alaihi wa sallam kepadaku; jika engkau mempunyai hutang seperti Bukit Shabiir pasti Allah akan menyelesaikannya bagi pihakmu? Katakanlah:

اللهم اكفني بحلالك عن حرامك، وأغنني بفضلك عمن سواك

“Ya Allah, CUKUPKANLAH aku dengan yang HALAL daripada-Mu tanpa perlu kepada yang haram. KAYAKANLAH aku dengan KURNIAAN-MU tanpa perlu kepada selain-Mu.” [Sunan At-Tirmizi 5/560 (3563), katanya:Hasan Gharib, Al-Mustadrak 1/538]

Berdoalah dengan doa ini. Terutamanya orang yang mempunyai kesempitan wang, hutang atau seumpamanya.

Semoga Allah cukupkan kita dengan yang halal dan kayakanlah kita dengan kurniaan-Nya. Insya-Allah.

Du'a for Beneficial Knowledge, Provision (Rizq), Accepted Deeds

Khutbah terakhir Rasulullah ﷺ sebelum baginda wafat - pada 9 Zulhijjah tahun 10 Hijrah di Lembah Uranah, Gunung Arafah


Khutbah terakhir Rasulullah ﷺ sebelum baginda wafat.

Khutbah ini disampaikan oleh baginda pada 9 Zulhijjah tahun 10 Hijrah di Lembah Uranah, Gunung Arafah.

اَللَّهُمَّ صَلِّ َعلى سيدنا مُحَمَّدٍ وَ عَلَى آِل سيدنا مُحَمَّد

#khutbahterakhir #khutbahperpisahan #khutbahwida #SahihBukhari #SahihMuslim #SunanTirmizi #SunanAbuDaud

Wednesday, June 26, 2024

Rebutlah 5 perkara sebelum datang 5 perkara (Sahih Bukhari)

Imagine being welcomed into Jannah with this...

Maksud Selawat Dari Allah


Maksud Selawat Dari Allah

Makna selawat dari Allah Ta’ala kepada hamba-Nya adalah limpahan rahmat, pengampunan, pujian, kemulian dan keberkatan dari-Nya.

Ada juga yang mengatakan ia bererti taufik dari Allah Ta’ala untuk mengeluarkan hamba-Nya dari kegelapan (kesesatan) menuju cahaya (petunjuk-Nya), sebagaimana dalam ayat yang telah disebutkan.

Maka ucapkan selawat kepada Nabi s.a.w, Allah akan berselawat baginya sepuluh kali seperti yang ada disebutkan dalam beberapa riwayat hadis sahih.

#selawat #shalawat #selawatdariAllah

Berselawatlah


Berselawatlah

Allah Subhaanhu Wa Ta’aala berfirman:

إنَّ اللهَ وَمَلاَئِكَتَهُ يُصَلُّونَ عَلَى النَّبِيِّ يَا أيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا صَلُّوا عَلَيْهِ وَسَلِّمُوا تَسْلِيمًا

“Sesungguhnya Allah dan malaikat-malaikat-Nya berselawat untuk Nabi. Wahai orang-orang yang beriman, berselawatlah kamu untuk Nabi dan ucapkanlah salam penghormatan kepadanya.” 

(Quran, surah Al-Ahzab 33: ayat 56)

#Quran #AlQuran #SurahAlAhzab #Surah33 #ayat56 #selawat #shalawat #sholawat

Perbanyakkan istighfar


Perbanyakkan istighfar

أَسْتَغْفِرُ اللَّهَ الْعَظِيمَ الَّذِي لاَ إِلَهَ إِلاَّ هُوَ الْحَيَّ الْقَيُّومَ وَأَتُوبُ إِلَيْهِ

#istighfar #taubat

Masjidil Haram was the first masjid built on the surface of the earth, the second one was Masjidil Aqsa

Please Join my facebook's fan page