Latest

Tuesday, June 18, 2024

Asbabun Nuzul Surah Al-Kausar (Al-Quran, Surah 108)


Asbabun Nuzul Surah Al-Kausar (Al-Quran, Surah 108)

Asbabun nuzul surat Al-Kausar berdasarkan sabda Nabi Muhammad s.a.w dari Imam Ahmad yang meriwayatkan dari Anas bin Malik r.a. Disebutkan bahawa Rasulullah s.a.w menundukkan kepalanya sejenak lalu mengangkat kepalanya seraya tersenyum.

Para sahabat bertanya, “Mengapa engkau tersenyum ya Rasulullah?” Rasulullah menjawab, “Sesungguhnya telah diturunkan kepadaku suatu surah.” Lalu, beliau membaca Surah Al-Kausar. “Tahukah kalian apakah Al-Kausar itu?” Mereka menjawab, “Allah dan Rasul-Nya lebih mengetahui.”

Rasulullah SAW bersabda:
“Al-Kausar adalah sebuah sungai (telaga) yang diberikan kepadaku oleh Tuhanku di dalam syurga. Padanya terdapat kebaikan yang banyak. Umatku kelak akan mendatanginya di hari kiamat. Jumlah wadah-wadah (bejana-bejana)-nya sama dengan bilangan bintang-bintang.

Diusir darinya seseorang hamba, maka aku berkata, “Ya Tuhanku, sesungguhnya dia dari umatku.” Maka dikatakan, “Sesungguhnya kamu tidak mengetahui apa yang telah dibuat-buatnya sesudahmu.” (Hadis riwayat Imam Ahmad)

Selain itu, asbabun nuzul atau asal-usul lain menyatakan bahawa munculnya surah ini berkenaan dengan Ash bin Wail yang menghina Rasulullah SAW sebagai abtar (terputus), kerana putra beliau meninggal, sehingga nasabnya terputus. Lalu, Allah SWT menurunkan surah ini dan memberitakan bahawa Ash bin Wail yang telah memusuhi Rasulullah itulah yang abtar atau orang yang terputus.

Monday, June 17, 2024

Pembahagian Daging Korban


Pembahagian Daging Korban

Semoga ibadah korban yang kita laksanakan diterima dan diberkati Allah SWT.

Sumber: Garis Panduan Ibadah Korban JAKIM

Waktu Sembelih Binatang Korban Hari Raya Aidiladha


Waktu Sembelih Binatang Korban Hari Raya Aidiladha

1. Bermula selepas timbulnya matahari pada 10 Zulhijjah. Kadar timbul matahari boleh dikira selepas selesainya solat sunat hari raya Aidiladha dan dua khutbah yang tidak terlalu panjang.

2. Jika sembelihan dibuat sebelum waktu ini, ia tidak dikira sebagai korban dan hanya dikira sebagai sedekah sahaja (sembelihan untuk mendapat daging semata-mata).

3. Waktu sembelihan korban adalah selama 4 hari iaitu pada 10, 11, 12 dan 13 Zulhijjah. Hari tasyrik berakhir setelah terbenam matahari 13 Zulhijjah. Jika dilakukan selepas itu, ianya tidak dikira sebagai korban dan dikira hanya untuk mendapatkan daging semata-mata.

4. Sekiranya seseorang bernazar untuk melakukan korban dan tidak sempat melakukannya dalam hari-hari tasyrik, maka dia wajib melakukan korban tersebut walaupun tempohnya sudah tamat. Korban tersebut dikira sebagai qada dan qada tidak gugur dengan berlalunya waktu.

Sumber: Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan

Pembahagian Daging Qurban (Korban)


Pembahagian Daging Qurban (Korban)

Dikemukakan keputusan Muzakarah Majlis Fatwa Negeri Sabah pada tahun 2017 berkaitan Pembahagian Daging Qurban sebagai panduan bagi sesiapa yang terlibat.

Untuk sebarang info lanjut sahabat PMNS boleh lah melayari pautan berikut: https://mufti.sabah.gov.my/images/laman-utama/penerbitan/fail-pdf/Garis_Panduan_Pelaksanaan_Ibadah_Qurban_di_Negeri_Sabah.pdf. untuk mendapatkan pemahaman secara terperinci berkaitan Garis Panduan Pelaksanaan Ibadah Korban di negeri Sabah.

6 Sunnah Nabi di Hari Raya Aidil Adha (Idul Adha)

Solat Tahajjud

Solat Tahajjud

Abu Muslim berkata kepada Abu Zarr, “Pada saat manakah solat malam itu lebih utama?” Abu Zarr menjawab , “Saya pernah bertanya kepada Rasulullah s.a.w mengenai perkara ini. Dia menjawab, “Pada tengah malam terakhir, tetapi sangat sedikit orang yang mahu melakukannya.” 
(Hadis Riwayat Imam Ahmad)

Sunday, June 16, 2024

Lafaz Takbir Raya 🕋 🕌

Pembahagian Daging Korban


Pembahagian Daging Korban

Pembahagian daging korban terbahagi kepada dua jenis, iaitu sembelihan korban wajib (nazar) dan sembelihan sunat

PEMBAHAGIAN DAGING KORBAN WAJIB ATAU NAZAR

WAJIB semua dagingnya termasuk kulit dan tanduk disedekahkan kepada orang fakir dan miskin, dan haram bagi pihak orang yang berkorban memakan daging korbannya atau memanfaatkan sembelihan itu untuk kepentingan dirinya.

PEMBAHAGIAN DAGING KORBAN SUNAT

1/3 pihak berkorban dan ahli keluarganya 

1/3 fakir dan miskin

1/3 sahabat handai termasuk orang kaya atau jiran-jiran

Tolong kongsikan info ini. Semoga ibadah korban yang kita laksanakan diterima dan diberkati Allah SWT.

Sumber: Garis Panduan Ibadah Korban JAKIM

Arafah

Jom kita perbanyakkan zikir dan doa Hari Arafah pada 9 Zulhijjah

Please Join my facebook's fan page