Latest

Sunday, November 26, 2023

Amalan-amalan semasa Qiyamullail

Amalan-amalan semasa Qiyamullail:

i) Solat  tahajjud.

“dan bangunlah pada sebahagian dari waktu malam dan kerjakanlah solat tahajjud sebagai solat tambahan bagimu. Semoga tuhanmu membangkit dan menempatkanmu pada hari qiamat di tempat yang terpuji.” (Surah Al-Isra’, ayat 79)

“Sebaik-baik solat selain daripada solat fardhu ialah solat malam.” (Sahih Muslim)

ii) Solat taubat, istikharah, hajat, witir dan solat-solat sunat yang lain.
iii) Berzikir, berselawat, berdoa.
iv) Membaca al-Quran.
v) Amalan-amalan lain seperti muhasabah dan memikirkan keagungan dan kekuasaan Allah.

Istighfar


Istighfar

أَسْتَغْفِرُ اللَّهَ الْعَظِيمَ الَّذِي لاَ إِلَهَ إِلاَّ هُوَ الْحَيَّ الْقَيُّومَ وَأَتُوبُ إِلَيْهِ

Saturday, November 25, 2023

Sayyidul Istighfar


Jom hafal, fahami dan amalkan sayyidul istighfar setiap hari (siang dan malam)....

Sayyidul Istighfar (Penghulu Istighfar)

Antara zikir Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم yang dibaca pada setiap pagi dan petang ialah sayyidul istighfar (penghulu istighfar) yang dijanjikan dengan syurga kepada sesiapa yang membacanya lalu dia meninggal pada hari itu sama ada pagi atau petang sebagaimana hadis yang diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari.

LAFAZ SAYYIDUL ISTIGHFAR:

اللَّهُمَّ أَنْتَ رَبِّى لا إِلَهَ إِلا أَنْتَ ، خَلَقْتَنِى وَأَنَا عَبْدُكَ ، وَأَنَا عَلَى عَهْدِكَ وَوَعْدِكَ مَا اسْتَطَعْتُ ، أَعُوذُ بِكَ مِنْ شَرِّ مَا صَنَعْتُ ، أَبُوءُ لَكَ بِنِعْمَتِكَ عَلَىَّ ،وَأَبُوءُ بِذَنْبِى ، فَاغْفِرْ لِى ، فَإِنَّهُ لا يَغْفِرُ الذُّنُوبَ إِلا أَنْتَ.

Maksudnya:

Ya Allah, Engkaulah Tuhanku, Tiada Tuhan selain Engkau, Engkaulah yang menjadikan aku. Sedang aku adalah hamba-Mu dan aku di dalam genggaman-Mu dan di dalam perjanjian setia (beriman dan taat) kepada-Mu sekuat mampuku.

Aku berlindung kepada-Mu dari kejahatan yang telah ku lakukan. Aku mengakui atas segala nikmat yang telah Engkau berikan kepada ku dan aku mengaku segala dosaku. Maka ampunilah aku. Sesungguhnya tidak ada yang dapat mengampuni segala dosa kecuali Engkau.

WAKTU DIBACA:

Afdalnya selepas solat subuh dan selepas solat asar. Boleh dibaca pada masa-masa lain juga seperti pada waktu sahur (waktu sebelum masuk fajar) yang mana kita digalakkan untuk perbanyakkan istighfar.

KELEBIHAN SESIAPA YANG MENGAMALKANNYA :

مَنْ قَالَهَا مِنَ النَّهَارِ مُوقِنًا بِهَا ، فَمَاتَ مِنْ يَوْمِهِ ، قَبْلَ أَنْ يُمْسِىَ ، فَهُوَ مِنْ أَهْلِ الْجَنَّةِ ، وَمَنْ قَالَهَا مِنَ اللَّيْلِ ، وَهُوَ مُوقِنٌ بِهَا ، فَمَاتَ قَبْلَ أَنْ يُصْبِحَ ، فَهُوَ مِنْ أَهْلِ الْجَنَّةِ )

Sesiapa yang mengucapkannya pada siang hari (pagi) dengan penuh keyakinan dengannya lalu dia meninggal dunia pada hari tersebut sebelum petang maka dia dari kalangan ahli syurga. Dan sesiapa yang mengucapkannya pada waktu malam (petang) dengan penuh keyakinan dengannya lalu dia meninggal dunia maka dia dari kalangan ahli syurga. (Hadis riwayat Imam al-Bukhari).

Fadhilat membaca penghulu istighfar :

Daripada Syaddad bin Aus RA daripada Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم bersabda: Penghulu istighfar ialah "Allahumma anta……". Sesiapa yang membacanya dengan penuh keimanan waktu petang dan mati pada malam itu, maka masuk syurga. Demikian juga siapa yang membacanya waktu pagi dan mati pada hari itu masuk syurga. (Hadis riwayat Imam Bukhari)

Terdapat banyak kelebihan istighfar jika amalan ini dilakukan secara istiqamah dan ikhlas semata-mata kerana Allah.

Selamat beramal.

Friday, November 24, 2023

Doa Mohon Dicukupkan dengan Yang Halal

Kewajipan Menunaikan Solat Jumaat

Empat Perkara Akan Ditanya Pada Hari Kiamat

Empat Perkara Akan Ditanya Pada Hari Kiamat

عَنْ أَبِي بَرْزَةَ الْأَسْلَمِيِّ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لَا تَزُولُ قَدَمَا عَبْدٍ يَوْمَ الْقِيَامَةِ حَتَّى يُسْأَلَ عَنْ عُمُرِهِ فِيمَا أَفْنَاهُ وَعَنْ عِلْمِهِ فِيمَ فَعَلَ وَعَنْ مَالِهِ مِنْ أَيْنَ اكْتَسَبَهُ وَفِيمَ أَنْفَقَهُ وَعَنْ جِسْمِهِ فِيمَ أَبْلَاهُ

قَالَ هَذَا حَدِيثٌ حَسَنٌ صَحِيحٌ.رواه الترمذي والدارمي

Maksud hadis:
Daripada Abu Barzah Al Aslami berkata: Rasulullah SAW bersabda: "Tidak akan berganjak kedua kaki seorang hamba pada hari kiamat sehinggalah akan di tanya tentang umurnya untuk apa dihabiskannya, tentang ilmunya apakah yang dia amalkan, tentang hartanya daripada mana diperolehi dan kemana diinfakkan dan tentang tubuhnya untuk apa digunakannya."
 
(Hadis riwayat At-Tirmizi : 2417)
Abu Isa berkata: Hadis ini hasan sahih

Thursday, November 23, 2023

Solat Tahajjud


Solat Tahajjud

وَمِنَ اللَّيْلِ فَتَهَجَّدْ بِهِ نَافِلَةً لَكَ عَسَى أَنْ يَبْعَثَكَ رَبُّكَ مَقَامًا مَحْمُودًا

“Dan pada sebahagian malam hari bersolat tahajudlah kamu sebagai suatu ibadah tambahan bagimu: mudah-mudahan Tuhan-mu mengangkat kamu ke tempat yang terpuji.” (Quran, Surah Al-Isra', ayat 79)

Wednesday, November 22, 2023

Doa Ketika Ditimpa Musibah


Doa Ketika Ditimpa Musibah 🤲

Doa yang diajarkan oleh Rasulullah ﷺ: 

إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ، اللَّهُمَّ أْجُرْنِي فِي مُصِيبَتِي وَأَخْلِفْ لِي خَيْرًا مِنْهَا 
 
“Sesungguhnya kami adalah milik Allah dan kepada-Nya kami akan kembali. Ya Allah, berikanlah ganjaran kepadaku di atas musibah yang menimpaku dan gantikanlah untukku sesuatu yang lebih baik darinya”. 
 
[Hadis Riwayat Imam Muslim (918)]

Zikir 10 Kali Selepas Solat Subuh dan Maghrib


Zikir 10 Kali Selepas Solat Subuh dan Maghrib

لَاإِلَهَ إِلَّا اللهُ وَحْدَهُ لَا شَرِيْكَ لَهُ، لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ يُحْيِيْ وَيُمِيْتُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْئٍ قَدِيْرٌ

“Tidak ada Tuhan Selain Allah Yang Maha Esa, tidak ada sekutu bagi-Nya, milik-Nya segala kekuasaan dan bagi-Nya segala pujian. Yang menghidupkan dan mematikan. Dia Maha Kuasa atas segala sesuatu.”

Jom amalkan.

Tuesday, November 21, 2023

Jangan Berputus Asa Dari Rahmat Allah


Jangan Berputus Asa Dari Rahmat Allah

Allah Subhanahu Wa Ta'ala berfirman:

قُلۡ يَٰعِبَادِيَ ٱلَّذِينَ أَسۡرَفُواْ عَلَىٰٓ أَنفُسِهِمۡ لَا تَقۡنَطُواْ مِن رَّحۡمَةِ ٱللَّهِ ۚ إِنَّ ٱللَّهَ يَغۡفِرُ ٱلذُّنُوبَ جَمِيعًا ۚ إِنَّهُۥ هُوَ ٱلۡغَفُورُ ٱلرَّحِيمُ

Katakanlah (wahai Muhammad): "Wahai hamba-hambaKu yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa; sesungguhnya Dia lah jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani."

(Quran, Surah Az-Zumar 39: Ayat 53)

Please Join my facebook's fan page