Ingin berbuat baik kepada ibu bapa yang sudah meninggal dunia?
Bersedekahlah atas nama mereka.
Latest
Monday, May 08, 2023
Sunday, May 07, 2023
Beristiqamah Solat Di Awal Waktu
Beristiqamah Solat Di Awal Waktu
Rasulullah s.a.w pernah ditanya, amalan apakah yang paking terbaik?
Bagindapun menjawab, solat di awal waktunya.
(Hadis riwayat Imam Abu Daud dlm Sunan Abu Daud)
Saturday, May 06, 2023
Perbanyakkan istighfar (mohon keampunan dari Allah) atas dosa-dosa
Perbanyakkan istighfar (mohon keampunan dari Allah) atas dosa-dosa yang disedari atau tidak disedari, dosa-dosa besar atau kecil, yang baharu atau telah berlalu.
أَسْتَغْفِرُ اللَّهَ الْعَظِيمَ الَّذِي لاَ إِلَهَ إِلاَّ هُوَ الْحَيَّ الْقَيُّومَ وَأَتُوبُ إِلَيْهِ
Semoga Allah mengampuni kerana Allah Maha Pengampun dan suka mengampuni.
Recite Surah Al-Ikhlas, Surah Falaq, Surah An-Nas 3 times in the morning and in the evening...
Recite Surah Al-Ikhlas (112), Surah Falaq (113), Surah An-Nas (114) 3 times in the morning and in the evening...
Friday, May 05, 2023
Puisi: USIA
Puisi: USIA
Usia seorang insan....
ibarat air yang mengalir
dari hulu ke hilir
melintas aral melintang
menerpa, menerjang semua penghalang
Terlahir sebagai insan....
di sanalah bermula usia dikira
tiada yang tahu bila akhirnya
tidak pula berapa lamanya
Hidup seorang insan....
berjalan seiring masa
tak kira kering ataupun hujan
melangkau zaman meredah masa
Hidup sebagai insan....
hendaklah berpegang pada iman
jadikan rasul dan sunnahnya sebagai tauladan
agar hidup penuh aman
Takdir kematian seorang insan....
tiada yang tahu bila masanya
tak kira muda atau pun tua
pabila maut telah menyeru
sahabat handai pun tak boleh membantu
Insan hidup insan bernyawa
ketika hidup hendaklah berjasa
Insan mati jasad tak bernyawa
di akhirat kelak semua ditanya
adakah ikhlas membungkus jasa
ataukah ia riya' belaka
Hidup di dunia hanya sesaat
ibarat kilat pantas melesat
hendaklah iman teguh dan kuat
ditambah pula amal ibadat
semoga menjadi insan yang berkat
The best among you (Muslims) are those who learn al-Quran and teach it
Prophet Muhammad ﷺ said:
"The best among you (Muslims) are those who learn al-Quran and teach it."
[Sahih Bukhari (5027)]
Subscribe to:
Posts (Atom)








