Latest

Tuesday, March 07, 2023

A Muslim has 6 rights over another Muslim...

Amalan Sunnah Di Bulan Syaaban

Amalan Sunnah Di Bulan Syaaban

Usamah bin Zaid bertanya kepada Nabi s.a.w mengapa baginda banyak berpuasa pada Bulan Syaaban, Nabi s.a.w menjawab: 
ذَلِكَ شَهْرٌ يَغْفُلُ النَّاسُ عَنْهُ بَيْنَ رَجَبٍ وَرَمَضَانَ، وَهُوَ شَهْرٌ تُرْفَعُ فِيهِ الْأَعْمَالُ إِلَى رَبِّ الْعَالَمِينَ، فَأُحِبُّ أَنْ يُرْفَعَ عَمَلِي وَأَنَا صَائِمٌ
“Itulah bulan yang manusia lalai mengenainya; antara Rejab dan Ramadan. Padanya (Bulan Syaaban) diangkat amalan hamba-hamba Allah. Aku suka tidak diangkat amalanku, melainkan aku dalam keadaan berpuasa.”(Riwayat Ahmad, al-Nasai dll, dinilai hasan)

Aisyah r.aha juga menyebut: “Aku tidak pernah melihat Rasulullah s.a.w berpuasa dalam bulan lain lebih daripada puasa Syaaban. Baginda pernah berpuasa Syaaban sepenuhnya, kecuali hanya beberapa hari (tidak puasa).” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Berbuat Baik Kepada Ibu Bapa, Kerabat, Anak Yatim Dan Orang Lain


Berbuat Baik Kepada Ibu Bapa, Kerabat, Anak Yatim Dan Orang Lain

Allah Subhanahu Wa Ta'ala berfirman:

وَٱعۡبُدُواْ ٱللَّهَ وَلَا تُشۡرِكُواْ بِهِۦ شَيۡئًا ۖ وَبِٱلۡوَٰلِدَيۡنِ إِحۡسَٰنًا وَبِذِي ٱلۡقُرۡبَىٰ وَٱلۡيَتَٰمَىٰ وَٱلۡمَسَٰكِينِ وَٱلۡجَارِ ذِي ٱلۡقُرۡبَىٰ وَٱلۡجَارِ ٱلۡجُنُبِ وَٱلصَّاحِبِ بِٱلۡجَنۢبِ وَٱبۡنِ ٱلسَّبِيلِ وَمَا مَلَكَتۡ أَيۡمَٰنُكُمۡ ۗ إِنَّ ٱللَّهَ لَا يُحِبُّ مَن كَانَ مُخۡتَالًا فَخُورًا

Dan hendaklah kamu beribadat kepada Allah dan janganlah kamu sekutukan Dia dengan sesuatu apa jua; dan hendaklah kamu berbuat baik kepada kedua ibu bapa, dan kaum kerabat, dan anak-anak yatim, dan orang-orang miskin, dan jiran tetangga yang dekat, dan jiran tetangga yang jauh, dan rakan sejawat, dan orang musafir yang terlantar, dan juga hamba yang kamu miliki. Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang sombong takbur dan membangga-banggakan diri;

(Quran, Surah An-Nisa' 4: Ayat 36)

Anak Soleh dan Solehah Berbuat Baik Kepada Ibu Bapa

Anak Soleh dan Solehah Berbuat Baik Kepada Ibu Bapa

“Daripada Abdullah bin Abbas r.a bahawa Sa’ad bin Ubadah r.a, ibunya meninggal dunia ketika ia tiada. Lalu dia datang kepada Nabi Muhammad s.a.w dan bertanya, "Wahai Rasulullah, sesungguhnya ibuku telah meninggal sedang saya tidak ada ketika matinya, apakah jika saya bersedekah untuknya bermanfaat baginya"? Rasulullah s.a.w menjawab: "Ya.” Lalu Saad berkata: "Saksikanlah bahawa kebunku yang banyak buahnya aku sedekahkan (dan pahala) untuknya.” 

(Hadis riwayat Imam Bukhari dlm Sahih Bukhari)

Monday, March 06, 2023

Taubat - Maha Pengampunnya Allah

Taubat - Maha Pengampunnya Allah

Dari Anas bin Mâlik r.a ia berkata, “Aku mendengar Rasulullah s.a.w bersabda, ‘Allah Azza wa Jalla berfirman, ‘Wahai anak Adam! Sesungguhnya selama engkau berdoa dan berharap hanya kepada-Ku, nescaya Aku mengampuni dosa-dosa yang telah engkau lakukan dan Aku tidak peduli. Wahai anak Adam! Seandainya dosa-dosamu setinggi langit, kemudian engkau minta ampunan kepada-Ku, nescaya Aku mengampunimu dan Aku tidak peduli. Wahai anak Adam! Jika engkau datang kepadaku dengan membawa dosa-dosa yang hampir memenuhi bumi kemudian engkau bertemu dengan-Ku dalam keadaan tidak mempersekutukan-Ku dengan sesuatu pun, nescaya Aku datang kepadamu dengan memberikan ampunan sepenuh bumi.” 

(Hadis riwayat Imam Tirmizi No: 3463) 
Status: Hadis Hasan Sahih

۞ اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ ۞

Let's say shalawat 1000 times every day or as many as possible and follow Sunnah of Prophet Muhammad s.a.w


Let's say shalawat 1000 times every day or as many as possible and follow Sunnah of Prophet Muhammad s.a.w.

اَللَّهُمَّ صَلِّ َعلى سيدنا مُحَمَّدٍ وَ عَلَى آِل سيدنا مُحَمَّد

Sunday, March 05, 2023

Bersyukurlah Dan Allah Akan Tambah Nikmat-Nya


Bersyukurlah Dan Allah Akan Tambah Nikmat-Nya

Allah Subhanahu Wa Ta'ala berfirman:

وَإِذۡ تَأَذَّنَ رَبُّكُمۡ لَئِن شَكَرۡتُمۡ لَأَزِيدَنَّكُمۡ ۖ وَلَئِن كَفَرۡتُمۡ إِنَّ عَذَابِي لَشَدِيدٞ

Dan (ingatlah) ketika Tuhan kamu memberitahu: "Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmatKu kepada kamu, dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azabKu amatlah keras".

(Quran, Surah Ibrahim 14: Ayat 7)

Taubat

Taubat

Rasulullah s.a.w bersabda,
“Setiap daripada kamu adalah orang yang berbuat salah, dan sebaik-baik orang yang berbuat salah adalah orang yang bertaubat.”
(Musnad Ahmad)

Purata Umur Umat Nabi Muhammad s.a.w: 60-70 tahun

Purata Umur Umat Nabi Muhammad s.a.w: 60-70 tahun

Daripada Abu Hurairah r.a, bahawa Nabi s.a.w bersabda:
أَعْمَارُ أُمَّتِي مَا بَيْنَ السِّتِّينَ إِلَى السَّبْعِينَ، وَأَقَلُّهُمْ مَنْ يَجُوزُ ذَلِكَ
Maksudnya: "Umur umatku di antara 60 hingga 70 tahun dan amat sedikit yang lebih daripada itu."
(Hadis Riwayat Tirmizi, No. 3550, Status Hadis Hasan)

۞ اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ ۞

Sunat dan afdhal baca doa ini di penghujung solat (selepas tahiyat akhir, sebelum salam)

Please Join my facebook's fan page